Alhamdulillah, bertemu lagi 30 April. Hari ni, 17 tahun yang lalu, ibu dan ayah dianugerahkan seorang lagi permata hati; puteri ketiga yang terus menceriakan hidup kami.
Ude mempunyai semangat ingin tahu yang kuat. Disebabkan sifat inilah sebelum menjejakkan kaki ke taski ketika berusia 4 tahun, Ude dah boleh membaca. Ude akan bertanya dan terus bertanya sehingga boleh membaca tanpa bimbingan guru. Ude akan mengekor ke mana saja ibu berada untuk bertanyakan apa yang tidak difahami. Malah, menjadi kebiasaan Ude belajar di depan bilik air sementara menunggu ibu mandi.
Sebaik pandai membaca, Ude dah tak kisah dengan benda lain. Ke hulu ke hilir dengan buku. Ude mula membaca novel ketika berusia 5 tahun. Novel-novel mak sedara dipinjamnya ketika bercuti di kampung. Terpaksalah ibu dan ayah belek-belek dulu bimbang ada yang tak sesuai untuk bacaannya.
Ude juga berani orangnya. Sewaktu zaman kanak-kanaknya, Ude boleh pegang dan bermain-main dengan katak. Semasa mengikuti perkhemahan di sekolah rendah, ketika rakan-rakan lain menjerit-jerit kegelian dan ada yang lari ketakutan, Ude pula boleh pegang-pegang dan main-main dengan pacat
Tahun ni Ude menggalas tanggungjawab berat; berjuang di medan peperiksaan SPM. Buat Ude..
