Ahad, 29 April 2012

Rezeki dan Tanggungjawab

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum,
Tiada apa yang menarik nak ibu kongsikan malam ni, Cuma nak kongsikan rasa gembira dan syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang dilimpahkan buat ibu dan keluarga.

Esok berakhirlah suku pertama tahun 2012. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai suka duka dah ibu alami. Sesetengahnya dah ibu kongsikan dengan rakan-rakan di teratak maya ibu ni. Yang lain tu, bukan ibu tak nak kongsikan, cuma tidak berkesempatan dan ada juga yang masih menunggu masa yang sesuai untuk dikongsi bersama. (perkataan untuk hari ni; kongsi.. ngee..)

Alhamdulillah, menyambut suku kedua 2012 ni, rezeki dimurahkan.. Selain tunggakan pelarasan gaji, ibu juga dah terima ganjaran tawaran baru untuk guru besar (new deals) yang pernah ibu ceritakan di sini. Insyaallah, jika dipanjangkan usia, Oktober nanti dapat pula kenaikan gaji tahunan.. Syukur ya Allah atas rezeki yang Kaulimpahkan.. 

 Kredit: Google Image

Apabila gaji bertambah, dah tentulah tanggungjawab pun makin besar. Berpadanan dengan imbuhan yang kita dapat. Betul tak?? Jadi, ibu berazam dan berjanji dengan diri sendiri untuk meningkatkan prestasi kerja yang dah agak lemau sejak akhir-akhir ni.. Moga Allah berikan kesempatan dan kesihatan yang baik untuk ibu merealisasikan azam ibu ni..

Bagaimana dengan kalian semua?

P/s: Yang penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita dapat sebaliknya ada atau tidak keberkatan dalam rezeki itu.. 


12 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. semoga kak Mi terus dimurahkan rezeki.. amin

    BalasPadam
  2. salam kak mi..syukur pada Allah atas rezeki yg diberikan..fyzz setuju kata2 akhir kak mi tuh..Yang penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita dapat sebaliknya ada atau tidak keberkatan dalam rezeki itu..


    moga rezeki kita diberkati oleh Allah swt..amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam Fyzz..
      Betulkan?? Biarlah hidup serba sederhana asal bahagia dgn rezeki yg diberkati..

      Padam
  3. Tanpa Nama30 April, 2012

    syukur alhamdulillah atas rezeki yg dilimpahkan...semoga kita sama2 tidak lupa utk mensyukuri atas nikmatnya...ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, JS.. kita perlu sentiasa bersyukur.. barulah terasa nikmat rezeki yg dikurniakan..

      Padam
  4. alhamdulillah kak mie.. moga Allah terus murahkan rezki utk akak sekeluarga...

    BalasPadam
  5. Syukur Alhamdulillah dgn rezeki yg kak mie dpt..tumpang gembira dgn rezeki kakakku yg melimpah ruah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Yah.. Rezeki yg tak seberapa bagi orang lain tapi amat berharga bagi akak..

      Padam
  6. Sykur Alhmdulillah atas rezeki yg dikurniakan..,

    kak, sekolah saya tak dapat ND tu..tak de rezekilah nmpaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih MP..

      Insyaallah, ada peluang lagi tahun depan..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA