Isnin, 16 April 2012

Sepetang di Tepian Kolam @ Felda Residense Tekam

Petang semalam ibu bawa anak-anak mandi-manda. Turut sama tiga orang adik ibu dengan anak masing-masing. Daerah ibu ni tidak berlaut. Jadi, kalau nak mandi-manda sekadar di air terjun atau kolam je. 

Semalam kami ke sini…

Tempat ni tak jauh; lebih kurang setengah jam perjalanan dari rumah ibu. Setengah jam tu bukan jalan kaki ye, jalan dengan kereta. hehe.. Sewaktu kami tiba lebih kurang pukul 4.00 petang, dah ramai pengunjung yang berendam di kolam ni.

Bukan main seronok lagi 2F dan sepupu-sepupunya dapat main air. Para ibu dan anak-anak dara hanya melihat dari tepian kolam je.. Bukan tak teringin terjun ke dalam kolam ni, tapi almaklum tempat ni terbuka..

 
Tiga dara pingitan yang hanya mampu melihat adik-adik bersuka ria. 
Mereka ni anak buah ibu..

Pukul 5.30 petang, kami bersiap-siap untuk pulang. Ketika ni, adalah pulak adegan jerit-menjerit. Sorang anak buah ibu tak puas berendam; tak mau balik. hehe.. Jenuh jugalah mak dan pak sedara memujuk. 

 
Ketika berjalan menuju ke kereta, ternampak pemandangan yang menyakitkan mata dan hati ini. Perbuatan orang tak bersekolah agaknya..


4 ulasan:

  1. budak2 mmg sonok la kalau pi ke tempat cam nih kan...cam ank fyzz pn..kalau berendam msti taknak balik..hehe

    BalasPadam
  2. budak2 kalau jumpa air memang xingat nk balik..mesti seronok sakan 2F tu...bila tgk 2F tu baru trperasan, nama anak2 kita pn ada prsamaan..brmula dgn F...ngee.....

    kalau farouk prgi tmpt mcm ni mesti kena pergi pagi...petang baru balik..berendam smpai kecut......he.he.he...

    BalasPadam
  3. anak2 mmg suka sangat pegi tempat2 camni kan kak... sejuk je dot berendam dlm kolam tu.

    hmmm... kat mana2 jadi macam pemandanga biasa bila sampah dibuang merata2. geram sangat kadang2 tu!

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama17 April, 2012

    seronoknya dpt berenang2 ...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA