Jumaat, 6 April 2012

Kau Kumiliki; Acer Aspire One

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Setelah tertangguh sekian lama, akhirnya hajat untuk memiliki netbook tercapai juga. Sebelum ni, ibu ada Acer TravelMate yang ibu beli ketika mula menyambung pelajaran pada 2005. Dah lama kan.. kalau tengok rupanya memang dah uzur sangat, tapi masih boleh berkhidmat dengan baik. 

Ibu juga beli PC baru dua tahun lepas, menggantikan yang lama. Ibu lebih suka buat kerja sekolah dan urusan-urusan lain (termasuk berFB dan berblog) di pc je sebab skrinnya besar (almaklumlah ye..) Itulah yang menyebabkan hajat untuk memiliki netbook ibu pendamkan saja. Bimbang jadi satu pembaziran.

Namun, urusan kerja yang memerlukan guru-guru mengisi maklumat secara dalam talian (online) menyebabkan keinginan untuk memiliki netbook makin membara. Bukan tak boleh gunakan lappy lama ibu, tapi saiz gedabaknya tu menyebabkan ibu fikir berpuluh kali untuk usung ke sana sini. Dengan netbook, bolehlah ibu buat kerja menyambil. Sambil menjamu selera di kantinpun boleh (boleh percaya ke.. ngee)

Kelmarin, ibu dah merealisasikan impian yang satu itu. 
Inilah rupanya..

Ada empat pilihan warna, iaitu putih, hitam, merah dan biru. 
Warna merah menjadi pilihan ibu kali ni.


8 ulasan:

  1. sgt comel warna merah.sy suka!sy pun pakai netbook skang lepas lappy rosak terus beli..mmg skrn kecik tp sng nak bawak kemana2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PK, senang bawak sana-sini..

      Padam
  2. wah jeles pulak sy..sbb sy pun blm ada pengganti lagi sejak rosak lappy aritu...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. JS, dpt tunggakan gaji nanti boleh la beli. hehe..

      Padam
  3. kite nak cari desktop pulak kak nak letak rumah heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah, tak lama lagi dapat lah kot..

      Padam
  4. betul kata kak mie tu, sistem on9 dh sebati dgn kita n lappy umpama nyawa utk cikgu2...hr tu yah ada juga beli samsung tab ttp rasa xpuas pulak cz kecik sgt..ttp kalau netbook tu oklh..ngam2 boleh sumbat dlm hbag..tiba2 tringin nk beli lagi 1........ngee....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli Yah, jangan tak beli. Khabar terbaru yg akak dengar, tak lama lagi data nilam pun on9 juga.. Sukanyaaaaa..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA