Assalamualaikum.
Alhamdulillah sudah dua hari kita di bulan kemenangan ini. Tentu masing-masing sibuk menziarahi saudara mara dan sahabat handai sambil bermaaf-maafan.
Rasanya tidak kurang juga yang beraya di depan televisyen. Maklum sajalah, ketika raya ini stesyen-stesyen televisyen bagai berperang untuk memikat penonton dengan pelbagai rancangan menarik.
Bagi ibu sekeluarga yang menyambut Aidilfitri kali ini di kampung suami, walau apapun rancangan yang disiarkan memang tak akan berjaya menarik perhatian kami.
Suasana raya di sini memang cukup meriah. Selepas solat sunat, aktiviti kunjung-mengunjung pun bermula. Beraya sakanlah kiranya. Jadi, memang tiada peluang untuk mengadap televisyen.
Macam mana pulak dengan sambutan raya di tempat teman-teman. Adakah semeriah sbutan di sini?
Ps: Kali pertama update blog dengan handphone. Kami dalam perjalanan pulang ni. Doakan keselamatan kami ye..