Jumaat, 9 Ogos 2013

Raya Sakan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah sudah dua hari kita di bulan kemenangan ini. Tentu masing-masing sibuk menziarahi saudara mara dan sahabat handai sambil bermaaf-maafan.
 
Rasanya tidak kurang juga yang beraya di depan televisyen. Maklum sajalah, ketika raya ini  stesyen-stesyen televisyen bagai berperang untuk memikat penonton dengan pelbagai rancangan menarik.
 
Bagi ibu sekeluarga  yang menyambut Aidilfitri kali ini di kampung suami, walau apapun rancangan yang disiarkan memang tak akan berjaya menarik perhatian kami.
 
Suasana raya di sini memang cukup meriah. Selepas solat sunat, aktiviti kunjung-mengunjung pun bermula. Beraya sakanlah kiranya. Jadi, memang tiada  peluang untuk mengadap televisyen.
 
Macam mana pulak dengan sambutan raya di tempat teman-teman. Adakah semeriah sbutan di sini?

Ps: Kali pertama update blog dengan handphone. Kami dalam perjalanan pulang ni. Doakan keselamatan kami ye..


3 ulasan:

  1. Saya macam biasa saja Sal. Seperti tahun-tahun lepas atau mungkin raya kali ini agak 'lesu' sikit. Si Ojet saja yang bersiap mengemas rumah, membuat biskut dan melayan tetamu yang berkunjung ke rumah.

    BalasPadam
  2. Sini biasa je kak, kampung saya jauh kat lagkawi. Jadi hanya satu kereta je yg dpt gerak balik sana. Maklumlah family saya besar, slmt hari raya maaf zahir batin ye ibu..

    BalasPadam
  3. mia ni pun sibuk raya sana sini.... sofea pula sibuk mengumpul duit raya...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA