Memaparkan catatan dengan label Hantaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hantaran. Papar semua catatan

Selasa, 22 Disember 2015

Hantaran Kasih Fara ❤ Syed

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Rasanya dah lama benar ibu tak buat gubahan hantaran. Seingat ibu, kali terakhir dua tahun lepas. Ketika itu, ibu buatkan gubahan hantaran untuk sepupu ibu, Helmi. Tapi sayang, tak dapat ibu kongsikan di sini kerana semua gambar dalam kamera dah terpadam.

Bila ibu godek² balik entri hantaran, rupa-rupanya entri terakhir yang ibu postkan di sini ialah Hantaran Kasih Sharina ❤ Azman. Macam ada yang tak kena je.. Selepas hantaran untuk adik bongsu ibu tu, sebenarnya, ibu ada buatkan hantaran kahwin untuk kakaknya pula. Macam mana entri tu tak ada?

Godek punya godek, akhirnya jumpa juga. Rupa-rupanya gambar² hantaran tersimpan rapi dalam draf. Tuan blog tak publish sebab entri tergantung, tak sempat mengarang. Agaknya sibuk sangat masa tu. hihi.. Sayang pulak kalau sesuatu yang sepatutnya menjadi kenangan terus disimpan. Jadi hari ini dengan rasminya ibu postkan gambar² hantaran tersebut untuk kenangan di kemudian hari.











Sabtu, 8 Jun 2013

Hantaran Kasih: Sharina ❤ Azman

Alhamdulillah, pada 24 Mei yang lalu, adik bongsu ibu, Nor Sharina telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Azman Azli. Majlis kenduri kahwin telah diadakan pada keesokan harinya.

Sekali lagi ibu diamanahkan untuk menyiapkan hantaran perkahwinan. Alhamdulillah, dalam kesibukan tugas, berjaya juga ibu menyiapkan sembilan dulang hantaran. Jika hantaran pertunangan dulu bertema hijau-putih, hantaran perkahwinan pula bertema merah-putih. 

Jom tengok gubahan hantaran yang simple hasil tangan ibu.

Sirih
 
Buku agama

Bunga rampai

Set wangian

Jam tangan

Wallet dan tali pinggang

Kemeja dan seluar panjang

Kasut

Coklat


Isnin, 17 Disember 2012

Hantaran Pertunangan


Seperti yang ibu nyatakan dalam entri 1.2.34 ♥ 1 Safar 1434 Hijrah ramai yang mengambil kesempatan untuk mengabadikan tarikh unik tersebut dengan melangsungkan majlis istimewa untuk dikenang sepanjang hidup.  
Salah seorang yang tidak mahu melepaskan peluang melakar kenangan sekali seumur hidup ini adalah sepupu lelaki ibu yang telah melangsungkan pertunangannya semalam. 
 
Helmi minta ibu siapkan 5 dulang hantaran untuk bakal tunangnya. Untuk hiasan dan gubahan, dia menyerahkan sepenuhnya kepada ibu. Jemputlah tengok hasil kreativiti ibu yang tak berapa nak kreatif ni.

 Dua bekas pilihan ibu

 Gubahan kain pasang bersama sehelai selendang.
Gubahan paling ringkas ibu buat kerana tidak mahu merosakkan kain.

Gubahan telekung

  Gubahan sirih dan buah-buahan. 
Belum siap sepenuhnya ketika gambar ini diambil.

 Bekas cincin untuk 2 bentuk cincin; cincin merisik dan cincin pertunangan.

Alhamdulillah, nampaknya Helmi suka dengan hasil tangan ibu ni. Kalau nak tengok hasil tangan ibu yang lain boleh jengah ke sini, sini dan sini.



Khamis, 27 September 2012

Bermesyuarat & Menyiapkan Hantaran Perkahwinan


Makin sepi nampaknya teratak maya ibu ni dek kesibukan tuannya. Kepada rakan-rakan yang berkunjung ke sini, maaf kerana kunjungan belum sempat dibalas. Insyaallah, akan ibu lakukan apabila berkesempatan. Janganlah serik untuk berkunjung ke sini lagi ye..

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini ibu bersama 21 orang guru Bahasa Melayu dari beberapa buah sekolah di daerah ini berkampung di sini lagi.  


Isnin hingga Rabu kami bermesyuarat di sini dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang. Alhamdulillah, semalam dahpun selesai. Bukan selesai macam tu saje tau.. Kami balik bersama tugasan yang perlu disiapkan dan dibawa ke sini semula pada 8 dan 9 Oktober.

Jika pagi hingga petang ibu di sini, malamnya pula ibu sibuk menyiapkan baki hantaran pernikahan anak saudara ibu, Faizal. Dalam entry sebelum ni ibu dah tunjukkan lima gubahan hantaran. Hari ni ibu nak tunjukkan baki tiga gubahan lagi.

Al-Quran & telekung

Sirih & buah-buahan

Mas kahwin dan rantai tangan ni tidak termasuk dalam hantaran.
Yang ini akan dibawa pada majlis akad nikah manakala tujuh hantaran
yang lain tu akan dibawa semasa majlis persandingan.



Petang tadi Faizal bersama mamanya (adik ipar ibu) datang untuk mengambil hantaran-hantaran ni. Nampaknya, mereka suka sangat dengan hasil tangan ibu ni. Dah tentu ibu lagi gembira kerana hasil kreativiti ibu dapat menggembirakan mereka. 

Oklah, kita jumpa lagi esok.Assalamualaikum.


Isnin, 24 September 2012

Hantaran Perkahwinan Anak Saudara


Isnin datang lagi (dah nak berlalu sebenarnya). Semalam teratak ibu ni sepi lagi. Nasib baik ada rakan-rakan yang menyinggah. Terima kasih kepada yang sudi singgah dan meninggalkkan komen. Terima kasih juga bagi yang baru datang dan sudi menjadi rakan ibu.

Malam ni ibu nak buat entry pasal minat ibu; gubah-menggubah. Beberapa hari lepas ibu ada buat entry tentang Mencari Idea untuk Hantaran Perkahwinan. Alhamdulillah, setelah beberapa hari mencari idea, akhirnya semalam siap juga lima buah hantaran.

Sebenarnya, gambaran idea untuk menghias bekas hantaran dah ada sebelum ibu beli barang-barang keperluan. Jadi, tiada masalah untuk ibu menghias bekas tu. Tambahan pula, hiasan untuk kesemua bekas hantaran serupa je.. Yang menjadi masalah ialah menyusun barang-barang hantaran di dalam bekas yang telah siap dihias. 


Nampak simple je namun untuk mendapatkan hasil macam ni ibu terpaksa buat berulang kali. Sejadah ni tebal, jadi susah nak lipat.

 
Yang ini tiada masalah. Masukkan je barang-barang yang dah dibalut kemas ke dalam bekas yang dah dihias.

Gubahan macam ini je yang dapat ibu buat. Dah cuba pelbagai gaya namun tak menjadi sebab bekas ni comel sangat.

 
Yang inipun nampak simple tapi agak cerewet untuk menyiapkannya. Bunga-bunga oren tu digamkan satu-persatu supaya tak berguguran semasa berarak nanti. 

 
 Ini yang terakhir ibu buat semalam. Perfume ini dah dibungkus cantik sebenarnya tetapi bungkusannya terlalu besar. Jadi, tengah malam semalam terpaksalah ibu buatkan tempat baru untuknya. 

Masih ada tiga gubahan yang perlu ibu siapkan termasuk gubahan mas kahwin. Dah siap nanti ibu ibu kongsikan di sini. 

P/s: Ketara sangat tuan blog tak pandai ambik gambar. Semua gambar diambil dari depan. Sudahnya, bunga hiasan tu nampak besar gedabak.


Jumaat, 14 September 2012

Hantaran Pertunangan Adinda Tersayang

Hari Sabtu, 08.09.2012 yang lalu adik bongsu ibu, Nor Sharina telahpun selamat ditunangkan dengan jejaka pilihan hatinya dari Segamat. Akhirnya, bertemu juga dengan pilihan hati setelah sekian lama mencari.. hehe.. Jangan marah ye achu..

Tarikh tu dipilih lebih awak namun penghujung Ramadhan lepas, kementerian pelajaran umumkan yang sekolah boleh memohon cuti lebih awal untuk sambutan Aidilfitri. Cuti yang dipohon perlulah diganti pada tarikh tersebut (08 September). Nak buat macam mana.. terpaksalah akur..

Jadi, pada tarikh tersebut macam orang lain juga ibu melangkah ke sekolah macam biasa. Ibu tak memohon cuti memandangkan UPSR sudah terlalu hampir. Lagipun, pada hari itu bilik-bilik peperiksaan perlu dikemaskan. Ibu hanya meminta kebenaran daripada boss untuk balik pada pukul 10.30 pagi. Kebetulan jadual ibu pada hari Khamis habis sebelum waktu rehat. 

Ok lah.. Kali ni ibu nak kongsikan gubahan hantaran pertunangan hasil tangan ibu buat adinda tersayang. 








Hampir dua minggu juga ibu berulang-alik ke rumah emak untuk menyiapkan gubahan hantaran ini. Nasib baik rumah mak tak terlalu jauh. Semua barang dibeli sendiri oleh adik ibu memandangkan ibu terlalu sibuk ketika itu. Ibu hanya menggubah mengikut  permintaan tuan badan. 

P/s: Mata dah tak sanggup nak buka lagi ni. Esok ibu kongsikan gambar-gambar lain pulak.


Jumaat, 17 Februari 2012

Hantaran Kasih

Sebenarnya ni cerita basi. Dah hampir setahun berlalu. Gubahan hantaran ini ibu hasilkan buat anak buah ibu, Faizal. Gubahan ni simple je sebab ini hanyalah hantaran untuk majlis pertunangan. 

Ibu memang suka bab gubah-menggubah ni. Kebiasaannya, ibulah yang buat gubahan hantaran untuk adik2 ibu. Pernah juga ibu hasilkan gubahan hantaran untuk rakan2. 

 Cincin pengikat janji


 Sirih junjung

 Gubahan kain pasang yang amat ringkas..

ps: Insyaallah, Faizal akan melangsungkan perkahwinan pada bulan April nanti. Moga impiannya untuk membina istana cinta akan terlaksana.


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA