Memaparkan catatan dengan label Blog Matters. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog Matters. Papar semua catatan

Ahad, 18 Mei 2014

Dapat Balik Status Glitterati


Alhamdulillah, akhirnya pihak Nuffnang telah mengembalikan status Glitterati ibu setelah sehari akaun berstatus Non-Glatterati. Terima kasih Nuffnang!


Kenapa dan bila status tu bertukar boleh baca dalam entri di sini. Memang pantas pihak Nuffnang bertindak. Tidak sampai 24 jam tiket pertanyaan dihantar, dah dapat maklum balas.

Sekarang ibu dalam penantian untuk mendapatkan CPUV aka Buffered Earning setelah sekian lama menyepi. Harap-harap pihak Nuffnang bermurah hati untuk memberi. Bolehkan Encik Nuffnang? Bolehlah buat entri dapat CPUV pulak lepas ni.

Apa-apa pun terima kasih sekali lagi kepada Nuffnang atas pengembalian status Glitterati tersebut. Bagi sesiapa yang berkeinginan menjana pendapatan dengan Nuffnang, bolehlah melayari laman web mereka di Nuffnang.com.my




Selasa, 2 Julai 2013

Trafik Ibu Berbicara - Jun 2013

Syukur, Alhamdulillah kerana masih ramai yang sudi berkunjung ke blog ini biarpun bilangan entri semakin berkurangan. Ini membuktikan terdapat entri-entri lama yang menjadi tarikan kepada para pengunjung. 

Setelah semakan dibuat di Google Analytics, didapati ada peningkatan yang ketara dalam jumlah kunjungan berbanding bulan-bulan sebelumnya. Jika Trafik Bulan Mei adalah sebanyak 30,832, bilangan kunjungan pada bulan Jun pula telah meningkat kepada 58,718.   



Pecahan trafik adalah seperti berikut:

Search Traffic: 46,288 kunjungan

Direct Traffic: 10,436 kunjungan

Refferal Traffic: 1,994 kunjungan

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke sini. Kehadiran kalian amatlah dihargai.

Ps: Laporan trafik bulanan kali kelima. 


Ahad, 9 Jun 2013

Trafik Ibu Berbicara - Mei 2013

Ini adalah kali keempat ibu keluarkan laporan trafik bulanan bagi blog ini setelah semakan dibuat di Google Analytics.

Pecahan trafik adalah seperti berikut:



Search Traffic: 23,207 visits

Direct Traffic: 6,102 visits

Refferal Traffic: 1,523 visits

 

 

Alhamdulillah, walaupun menyepi lebih seminggu pada bulan Mei lepas, jumlah kunjungan ke sini tetap menggembirakan ibu. Prestasi Trafik Bulan Mei meningkat kepada 30,832 berbanding Trafik Bulan April sebanyak 22,498. 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung yang sudi singgah di sini. Kehadiran kalian amatlah dihargai.


Sabtu, 4 Mei 2013

Trafik Ibu Berbicara - April 2013

Kali ketiga ibu keluarkan laporan trafik bulanan bagi blog ini setelah semakan dibuat di Google Analytics.


 

Pecahan trafik adalah seperti berikut:

Search Traffic: 17,620 visits
Direct Traffic: 3,625 visits
Refferal Traffic: 1,252 visits
 
Seperti yang ibu jangkakan, prestasi Trafik Bulan April agak merosot berbanding Trafik Mac 2013. Lebih seminggu menyepikan diri tanpa sebarang entri mungkin salah satu faktor penyebab. 

Namun demikian, ibu tetap bersyukur dengan kehadiran seramai 22,498 orang pengunjung sepanjang April ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung yang sudi singgah


Selasa, 2 April 2013

Trafik Ibu Berbicara - Mac 2013

Kali kedua ibu keluarkan laporan trafik bulanan bagi blog ini setelah semakan dibuat di Google Analytics


Alhamdulillah, syukur dengan kehadiran 24,237 orang pengunjung pada bulan Mac 2013. Prestasi trafik bulan Mac 2013 ini memperlihatkan peningkatan yang agak ketara berbanding trafik Februari 2013Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung yang sudi singgah.


Isnin, 18 Mac 2013

Trafik Ibu Berbicara - Februari 2013

Hari ini saja-saja keluarkan laporan trafik bulanan bagi blog ini setelah semakan dibuat di Google Analytics. Alhamdulillah, seramai 15,002 orang pengunjung sudi bertandang ke blog ini pada bulan Februari 2013. 



Secara purata, 535 orang pengunjung singgah di sini setiap hari. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung.


Ahad, 17 Mac 2013

Header Baru

Assalamualaikum dan salam mesra. 

Bagi rakan-rakan yang selalu singgah tentu perasan akan perubahan header blog ini sejak beberapa hari yang lalu. Header sebelum ini dah agak lama tak bertukar, timbul pulak rasa jemu. Jadi, tiga hari lepas ibu cuba buatkan header baru. 

Header yang baru ini tidak terlalu ketara perubahannya kerana ibu masih gunakan doodle yang sama cuma ton warnanya ibu lembutkan sedikit. Ibu suka dengan doodle tu, terasa sayang jika ditukar dengan yang lain. Ibu juga masih gunakan font yang sama bagi header baru ini, cuma warnanya bertukar dari hijau ke warna pink.

Header baru


 
Header lama

Sebenarnya, sudah beberapa kali ibu cuba tukar warna doodle tu dengan pelbagai kombinasi warna yang lain, namun nampaknya ibu kena terima hakikat yang selera ibu masih tidak berubah. Hijau dan pink tetap di hati.


Untuk tampak lebih harmoni, warna bagi border blog dan latar belakang tarikh dan tajuk widget juga ibu selaraskan dengan warna header.

Harap pengunjung blog ini suka dengan perubahan yang telah dibuat. Jika sudi bolehlah beri pendapat agar dapat ibu perbaiki lagi penampilan blog ibu yang tidak seberapa ini. Rupa asal blog ibu boleh di lihat di sini.

P/s: Insyaallah, ada sedikit cenderahati buat pengomen tegar bulan Mac.


Sabtu, 9 Februari 2013

Masalah "Untrusted Connection"

Sejak malam tadi ibu menghadapi masalah untuk log masuk ke blog ini. Bukan itu sahaja, ibu juga tidak dapat publish komen di blog rakan-rakan. Setiap kali tekan butang publish akan keluarlah mesej “This Connection is Untrusted”.

 
Nak kata ada serangan virus, setelah ibu check, ok je. Cuba juga cari penyelesaian di beberapa buah laman web. Kebanyakannya mengesyorkan supaya klik “I Understand the Risks” - “Get Certificate” - “Confirm Security Exception”. Dah cuba namun tetap tak berjaya. Akhirnya tutup komputer dan zzzzzzzzzz.

Pagi tadi masalah sama tetap berlaku. Tak boleh publish entri baru sebab tak boleh log in ke blog. Hanya boleh baca komen rakan-rakan. Nak balas komen tak boleh, begitu juga komen di blog rakan-rakan. Setiap kali nak publish komen akan keluarlah ayat-ayat cinta “This Connection is Untrusted”. Jenguk ke sidebar, widget Google+ Follower pulak tak muncul-muncul. Cuba pula ke laman Google+, semuanya kosong.. kosong.. kosong.. Hati mulalah rasa sebal semacam.

Sambil menyediakan sarapan, sempat buka beberapa laman web untuk mencari penyelesaian. Akhirnya dapat tahu bahawa salah satu punca kepada masalah ini adalah tetapan waktu yang tidak tepat di komputer yang kita gunakan. Jadi, terus ibu betulkan tarikh dan masa di komputer. Yeah, berjaya juga akhirnya! 

Lepas ni bolehlah balas kunjungan dan komen rakan-rakan. Widget Google+ Follower di sidebar pun dah muncul kembali. Begitu juga dengan laman Google+. Alhamdulillah…


Khamis, 7 Februari 2013

Edit Blog Rakan ~ Bunga Kehidupan

Assalamualaikum. Salam ceria semuanya..
Dah lebih setahun ibu aktif dalam dunia maya ini. Blog Ibu Berbicara inipun dah beberapa kali berubah wajah. Sebenarnya, selama ini ibu sendirilah yang 'mengerjakan' blog kesayangan ibu ni. Semuanya berpandukan tutorial yang dibuat oleh rakan-rakan blogger yang lain. Alhamdulillah, tetap berpuas hati walaupun tidak secantik blog lain.

Baru-baru ini seorang rakan sekerja ibu, Najmiah meminta ibu mengedit blognya. Mulanya ibu menolak kerana berasakan ilmu yang ada terlalu cetek. Bimbang pulak jadi tikus yang cuba membaiki labu. Namun akhirnya ibu bersetuju setelah Najmiah beritahu nak blog yang simple je



Najmiah ada beritahu, buatlah apa yang patut. Apa lagi, kawan yang seorang ini terus lupa diri. Usik sana ubah sini, akhirnya inilah hasilnya. Yang kekal hanyalah headernya. Harap Najmiah puas hati. 

Kalau nak tengok keseluruhan blog, klik SINI.


Rabu, 30 Januari 2013

Timbang Berat Ibu Berbicara

Sejak beberapa hari ini, ibu lihat ramai blogger yang bercerita pasal berat blog. Ibupun tak nak ketinggalan. Nak tahu juga saiz dan berat blog ibu ni. Kebetulan semasa singgah di mialiana.com sebentar tadi Mia ada kongsikan link untuk tujuan tersebut. Apa lagi, terus ibu timbang blog Ibu Berbicara di SINI.

Jomlah kita tengok hasilnya.. 
size : 158.48 KB
load time : 0.45 seconds

Hehe.. orang timbang blog, ibupun nak timbang juga tapi dah dapat keputusannya tak tahu nak komen apa. Ibu akui memang kurang arif soal ini. Jadi kepada rakan-rakan yang lebih arif tu sudilah kiranya komen dan berikan cadangan untuk perbaiki blog ibu ni.


Ahad, 27 Januari 2013

Banner Ibu Berbicara daripada Mialiana

Ibu Berbicara
 
Akhirnya setelah berusia setahun sebulan, blog kesayangan ibu ini dah punya banner sendiri. Sebelum itu, pagi semalam, 26 Januari 2013 ibu dapat mesej daripada Mialiana di shoutbox.


Lepas baca mesej terus klik link tersebut. Rupa-rupanya ada entri Banner untuk Ibu Salmi dan Lily di mialiana.com...

Gembiranya ibu tak terkata. Coding untuk diletakkan di sidebar blog pula telah Mia emelkan. Terus buka emel, ambil coding lalu tampal di sidebar blog. 

Sebenarnya ibu adalah antara pemenang bagi Segmen Follow dan Blogwalking Oleh Mialiana.com. Mia anjurkan segmen tersebut sempena followernya yang mencecah 8500 orang ketika itu. Walau bagaimanapun, sehingga entri ini ditulis, follower Mialiana.com dahpun mencecah 9254 orang.

Ibu suka sangat dengan banner tu, simple dan sudah tentu menepati citarasa ibu yang sukakan bunga ros dan warna pink. Jutaan terima kasih buat Mia. Sayang Mia...


Sabtu, 26 Januari 2013

Banner









Isnin, 31 Disember 2012

Follower ke-555 Ibu Berbicara

Semalam, 31.12.2012 follower blog ini dahpun mencecah 555 orang. Sangat gembira biarpun angka 5 itu hanya dalam tiga digit bukan empat digit macam blog-blog lain tu. Dapat juga ibu printscreen 555 tu.

Tak sabar ibu nak kenal siapa Ann Ishak. Terus je klik icon Ann Ishak tu untuk ke blognya. Ann Ishak adalah pemilik blog Before, Now, Forever. Sempat juga ibu baca beberapa entri di blognya. Ann baru saja menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua pada 24 Disember yang lalu. Tahniah ye Ann! Moga Ann dan suami, Faizal sentiasa bahagia menyulam cinta.

Header blog Ann ni sangat simple. Hampir-hampir tak nampak tulisannya.

Dah lama Ann bergelar blogger, sejak tahun 2007 lagi. Namun, Ann hanya aktif menulis sekitar 2010. Terima kasih Ann kerana sudi follow Ibu Berbicara. Salam perkenalan daripada ibu. Buat rakan-rakan yang belum mengenali Ann, bolehlah terjah ke Before, Now, Forever.

P/s: Terima kasih juga buat para follower yang lain.


Khamis, 13 Disember 2012

Follower ke-500 @ 12.12.12


Semalam, 12.12.12, follower iBu BeRbiCaRa dahpun mencecah 500 orang. Alhamdulillah,sukanya apabila semakin ramai yang sudi berkunjung ke sini dan follow sekali.

Meh kita tengok siapakah follower yang ke-500 tu..

*Maaf ye Mayang, ibu ambil gambar tanpa kebenaran

Ibu dahpun berkunjung ke blog Mayang, Oven Bulat Burok. Mayang ni ibu kepada empat orang anak dan pandai memasak. Banyak resipi di dalam blog Mayang. Ada resipi masakan Melayu, masakan barat, kuih muih, dan desert. Resipi jeli kelapa pun ada. Bolehlah ibu buat jeli kelapa. Selama ni suka makan je tapi tak pandai buat. Mayang juga menerima tempahan kuih-muih tau... 

Lepas ni, bolehlah berkunjung ke Oven Bulat Burok. Kalau berkenan, bolehlah tempah sekali.

Buat Mayang, terima kasih kerana sudi berkunjung dan follow blog akak ni. Lain kali silalah berkunjung lagi. 

p/s: Maaf ye.. ibu tak dapat bw pagi ni. Sedang menyiapkan hantaran pertunangan sepupu ibu. Insyaallah, malam nanti ibu balas kunjungan kalian.


Selasa, 4 Disember 2012

Follower ke-444 ♥ Terima Kasih Amalina


Assalamualaikum. Selamat pagi. Apa khabar hari ni? Moga semuanya sihat. Pagi ini ibu ada mesyuarat di sekolah. Sebelum ke sekolah, sempat juga ibu jenguk blog ibu ni. Jeling-jeling ke sidebar, follower iBu BeRbiCaRa dahpun mencecah angka 444. Cantikkan nombor tu.. Siapakah gerangan follower ke-444 itu?

Inilah follower  iBu BeRbiCaRa yang ke-444 tu.

Pohon manggis di tepi kali,
   Dahan tersangkut pagar berduri;
Orangnya manis, cantik sekali,
   Amalina Khalid nama diberi.

Ibu dahpun berkunjung ke blog Amalina. Dalam mengejar waktu, sempat juga ibu baca beberapa entri. Amalina mula bergelar blogger pada 12 Ogos 2012. Masih baru lagi. Berdasarkan entri Mana Mak??, rasanya Amalina ni bakal pendidik. Betul tak Amalina? Maafkan ibu andai tekaan ibu ni salah.*Maaf juga sebab ambil gambar Amalina tanpa kebenaran.

Kepada rakan-rakan yang belum mengenali Amalina, jomlah ke Osem La!! beramai-ramai. Blog Amalina ni nampak ceria je dengan latar belakang merah. Kita beri sokongan kepada Amalina yang baru je berjinak dalam dunia blogging ni.


P/s: Gembira apabila rakan makin bertambah


Isnin, 3 Disember 2012

Triple-S Review Ibu Berbicara ~ Terima Kasih Sheila!


Petang tadi sempat jengah ke blog untuk balas komen rakan-rakan. Terbaca komen Sheila dari blog Triple-S. Katanya dia ada review blog ibu. Terus ibu terjah ke Triple-S. 
 
Rupa-rupanya dalam Entri yang ke-600 Shiela berjanji nak review blog yang follow Triple-S sepanjang bulan November. Ada 22 blog semuanya termasuk blog ibu. Sehari Shiela review tiga blog dan iBu BeRbiCaRa adalah blog yang ke-18 direview oleh Shiela. Kiranya, ini adalah tanda penghargaan Shiela buat follower blognya. Terima kasih Shiela kerana menghargai kehadiran ibu di blog Shiela. 

Blog ibu direview bersama-sama blog Nadia Farahida dan blog Chot. Jom tengok apa komen Shiela.
 
Nampaknya Shiela tulis yang baik-baik je pasal blog ibu ni. Agaknya Shiela bimbang nak komen lebih-lebih. Takpe Shiela, ibu tak kisahpun kalau nak beri komen tentang kekurangan blog ibu ni. Dapatlah ibu perbaiki mana yang patut. Apa-apapun, terima kasih buat Shiela. Sudi-sudilah berkunjung ke sini lagi ye..

Kepada yang belum mengenali Shiela, bolehlah terjah ke Triple-S. Shiela mula bergelar blogger pada 31 Ogos 2010. Ibu sempat baca beberapa entri Shiela dan ibu suka baca entri saya bernama Norsheila Salleh
 
BicaraHati: Selepas baca beberapa entri Shiela, terasa macam kenal rapat je dengan Shiela. 


Khamis, 29 November 2012

Tambah Widget Google+ Followers di Blog

Tentu ramai yang dah tahu bahawa Blogger telah pun memperkenalkan widget follower baru; Google+ Followers. Ibupun perasan tentang perkara tu namun tak bercadangpun nak masukkan ke dalam blog ibu ni.

Walau bagaimanapun, semasa bw ke blog Mia pagi tadi barulah ibu tahu yang Google pernah membuat pengumuman akan menutup Google Friend Connect. Boleh baca tentang hal tersebut dalam entri Mia di sini. Macam manalah ibu boleh ketinggalan pasal tu.

Sayangnya jika GFC tu tiba-tiba hilang je. Walaupun follower blog ibu ni ciput je tapi ibu sayang dan amat menghargai kehadiran mereka di sini. Selepas baca entri Mia, ibupun terus masukkan widget Google+ Followers ke sidebar blog ibu ni. Selepas ini, ibu harap rakan-rakan bolehlah Add Ibu di Google+ Followers ini ye...

Kalau ada sesiapa nak masukkan widget Google+ Followers ke dalam blog masing-masing bolehlah ikuti tutorial yang Mia dah buat di sini. Sebelum itu, kenalah tukar kepada Google+ profile dulu.

p/s: Terima kasih Mia!


Selasa, 27 November 2012

Terima Kasih Teman ~ Bukan Tak Nak Kawan


Perkara pertama yang ibu tengok bila buka blog ialah widget followers di sidebar sebelah kanan blog ibu ni. Nak tau juga, makin bertambah ke rakan kita hari ni atau makin berkurang.*Eh, ada ke yang berkurang?  Manalah tahu kot-kot ada yang dah tak suka atau berjauh hati, terus putus sahabat. Harap-harap tak adalah kejadian macam tu kan..

Selepas Ude ke sekolah, terus ibu jenguk teratak maya ibu ni. Alhamdulillah, makin ramai rakan ibu. 
Jangan gelakkan ibu ye. Orang lain teruja dengan follower yang dah mencecah ribuan orang, ibu pulak bukan main seronok lagi dengan follower yang baru mencecah 414 orang. Tak apalah, semua orang bermula dari bawah kan. Apa yang penting ibu amat menghargai rakan-rakan yang sudi berkunjung dan menjadi mengikut blog ibu ni. Sayang kalian..

Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang buat ibu rasa tak seronok. Kebiasaannya, ibu akan balas kunjungan semua follower baru dan masukkan blog mereka ke dalam bloglist ibu.

Masalahnya, ada rakan-rakan yang tak meletakkan link blog di profil blogger mereka. Mereka juga tidak meninggalkan jejak lain seperti komen di shoutbox. Jadi, tak dapatlah ibu balas kunjungan mereka seterusnya menyenaraikan blog mereka di bloglist ibu. 

Lepas ni cubalah check blogger profile visibility kalian. Perkara macam ni kita tak perasanpun sebab kita tak klikpun profil blogger kita tu kan.. Hanya orang lain je yang perasan. Untuk pengetahuan pengguna blogger, sekarang ini profil blogger boleh di ditukarkan ke Google+. Ramai yang dah berbuat macam tu termasuk ibu.

Bagi rakan-rakan yang dah follow blog ibu, sudilah kiranya berkunjung ke Bloglist Ibu Berbicara. Sila tinggalkan komen andai blog kalian tidak tersenarai dalam bloglist tersebut. Bagi yang dah letakkan blog ibu di bloglist masing-masing, sila maklumkan juga kerana blog kalian akan ibu senaraikan di bloglist utama blog ibu ni.


p/s: Tanpa pengunjung dan rakan followers siapalah ibu di dunia maya ini.


Rabu, 21 November 2012

Wardah Alisya Review Blog Ibu

Kelmarin terbaca mesej di shoutbox daripada Wardah Alisya .

Terus ibu ke blog Wardah. Rupa-rupanya Wardah buat entri tentang blog ibu sempena menjadi followernya yang ke-999. Jom baca apa yang Wardah tulis tentang blog ibu.

  
Terima kasih Wardah sebab sudi buat entry tentang blog ibu yang tak seberapa ni. Untuk pengetahuan, Wardah juga seorang guru. Jika nak berkenalan dengan Wardah, jom lah ke blog Wardah Alisya.

p/s: Gembira kerana kehadiran kita disedari dan dihargai.


Ahad, 18 November 2012

Ibu Berbicara Direview oleh Sembang Cyber

Gembira dan terharunya ibu apabila dapat tahu yang blog kesayangan ibu ni direview oleh MRie RNie dari SeMbAnG CyBeR. [Entry] Terima kasih MRie RNie. Dah lebih seminggu berlalu, baru semalam ibu perasan. Itupun secara tak sengaja. Jadi, memang lambatlah ibu update tentang ni.


Jom tengok apa yang MRie RNie komen tentang blog ibu ni...

Pasal reply comment threaded tu sebenarnya dah letak sebelum ni tapi hilang gara-gara gatal tangan. Saja-saja ibu tukar ke pop-up window. Manalah ibu tahu reply comment threaded tu tak ngam dengan pop-up window. Maklumlah mak budak baru belajar. Sekarang dahpun balik kepada asal.

Tentang Linkwithin tu sebenarnya ibu bercadang nak tukar ke Related Post tapi dah berkali cuba dan rujuk beberapa tutorial tak juga menjadi. Terbaca juga pasal nRelate tapi belum berkesempatan nak cuba. Lepas baca komen Sembang Cyber ni, terus ibu ke nrelate.com. Malam tadi, widget nRelate Related Content dahpun terpasang di blog ibu ni.

Buat MRie RNie, terima kasih sebab sudi review blog ibu. Segala kritikan dan cadangan akan ibu gunakan untuk perbaiki blog ibu ni. Jangan jemu untuk terus singgah dan komen di blog ibu ni ye...

Untuk pengetahuan, Ibu Berbicara adalah blog ketiga yang direview oleh Sembang Cyber selepas Hanif Idrus dan miZ ruHa. Kepada yang belum kenal, jomlah terjah ke Sembang Cyber.


p/s: Ibu nak minta pendapat ni.. Di manakah lebih elok dan sesuai nak paparkan widget nRelate Related Content tu:

1.  Posts Only 
     Widget will only appear below individual posts. It will not appear on your site's homepage
2.  Posts and Homepage
     Widget will appear on your site's homepage (page 1) and will also display below individual 
     posts 
3.  All Blog Sections
     Widget will display on all sections of your blog. This will include the homepage, posts, search, 
     archive, and any other area of your blog that contains content. 

Yang terpapar di blog ibu sekarang ni yang nombor 3.


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA