Ahad, 17 Mac 2013

Header Baru

Assalamualaikum dan salam mesra. 

Bagi rakan-rakan yang selalu singgah tentu perasan akan perubahan header blog ini sejak beberapa hari yang lalu. Header sebelum ini dah agak lama tak bertukar, timbul pulak rasa jemu. Jadi, tiga hari lepas ibu cuba buatkan header baru. 

Header yang baru ini tidak terlalu ketara perubahannya kerana ibu masih gunakan doodle yang sama cuma ton warnanya ibu lembutkan sedikit. Ibu suka dengan doodle tu, terasa sayang jika ditukar dengan yang lain. Ibu juga masih gunakan font yang sama bagi header baru ini, cuma warnanya bertukar dari hijau ke warna pink.

Header baru


 
Header lama

Sebenarnya, sudah beberapa kali ibu cuba tukar warna doodle tu dengan pelbagai kombinasi warna yang lain, namun nampaknya ibu kena terima hakikat yang selera ibu masih tidak berubah. Hijau dan pink tetap di hati.


Untuk tampak lebih harmoni, warna bagi border blog dan latar belakang tarikh dan tajuk widget juga ibu selaraskan dengan warna header.

Harap pengunjung blog ini suka dengan perubahan yang telah dibuat. Jika sudi bolehlah beri pendapat agar dapat ibu perbaiki lagi penampilan blog ibu yang tidak seberapa ini. Rupa asal blog ibu boleh di lihat di sini.

P/s: Insyaallah, ada sedikit cenderahati buat pengomen tegar bulan Mac.


16 ulasan:

  1. cantik la tu ibu. simple je :)

    BalasPadam
  2. ibu ! saya suka yang ini.. memang peberet pink dan hijauuu :D
    ahaa itu la perasan yg hijau2 kt header mencantikkan lagi :D

    BalasPadam
  3. warna tu sesuai dgn perwatakan kak mie yg sntiasa ayu n cool.....

    BalasPadam
  4. simple tp nie la ibu..:)

    BalasPadam
  5. Comel... Simple tapi smart... Ada unsur2 seni tersmbunyi...tpi nak citer pun x reti apa mksud header tu... But it's smart... Heee...

    BalasPadam
  6. ia tetap nampak manis dan cantik di mata adik maya mu ini...

    BalasPadam
  7. buat kot mana pun tttp nampak cantik..tahniah panndai ibu buat

    BalasPadam
  8. lebih menarik dan nampak matang.... cantik...

    BalasPadam
  9. patutlah masa dtg sini smlm rasa lain mcm je....rupanya dah bertukar wajah...hehe...

    mmg sy pon rasa doodle tu sgt sesuai dgn blog ibu ni....

    BalasPadam
  10. Pandainye buat sendiri. Kalau sy idok le tahu..

    BalasPadam
  11. salam kak mie...sya suka dengan blog kak mie...cantik dan kemas...tabik springg lah kak mie sebab pandai create blog sendiri....sya masih tak berapa pandai...banyak lagi yg kena xplore...:)

    BalasPadam
  12. cantik... ^_^

    selongkar entri lama...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA