Setiap minggu, ibu sekeluarga tidak akan melepaskan
peluang menonton rancangan Running Man. Bagi yang tidak tahu, Running Man merupakan
sebuah variety show dari Korea. Sejak
bermula pada tahun 2010, rancangan ini semakin popular di negara-negara Asia
termasuklah Malaysia.
Ibu mula terjebak dengan Running Man ini setelah
diperkenalkan oleh anak-anak. Mereka akan download
episod terbaru dan kami akan tonton bersama-sama. Selain itu, episod-episod
yang terdahulu juga boleh ditonton melalui siaran di Astro Channel 393 (ONE HD)
pada setiap hari Jumaat jam 8.00 malam, Ahad
jam 11.20 malam dan Isnin 1.30 petang. Running Man Marathon pula disiarkan pada
setiap hari Sabtu jam 11.20 malam hingga 4.00 pagi.
Secara ringkasnya, Running Man mempunyai tujuh
orang peserta tetap. Setiap minggu akan ada artis jemputan untuk menjayakan episod
baru. Selalunya, mereka akan dibahagikan kepada dua pasukan dan kadang kala
secara individu. Kemudian, mereka akan diberi misi yang menarik untuk
diselesaikan.
Running
Man members: Ji Hyo, Kwang Soo, Suk Jin, Jae
Suk, Jong Kook, Haha dan Gary.
Personaliti setiap ahli Running Man adalah berbeza,
mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta amat menghiburkan. Paling ibu
suka, setiap ahli dalam Running Man ini tidak control macho atau cover cun.
Sudah biasa melihat Ji Hyo muncul tanpa solekan.
Semalam ibu sekeluarga menonton Running Man episod 138. Kepada yang belum pernah menontonnya, cubalah
tonton. Sudah pasti kalian akan menggemarinya.
Ps: Jika ingin menonton Running Man dengan sari kata, bolehlah ke sini.
wah tak sangka ibu peminat running man...hehe
BalasPadamDah terjebak susah nak tinggalkan Timi..
Padamsis js lum cuba2 lg tengok ni...ntikan berebut ngan ank dara js pulak...kihkih
BalasPadamAkak rasa anak dara JSpun pasti suka kalau tengok ni. Artis2 jemputan selalunya yg diminati anak2 muda..
PadamBetul..tak sangka ibu juga boleh terjebak menonton running man ni. hehe. ^___^
BalasPadamMemang dah terjebak ni Aini. Seronok tengok bersama anak2..
Padamdah lama x tgk drama korea. ada tgk pun kejap2 je
BalasPadamDrama Korea memang akak tak tengok Sue. Tak berkesempatan. RM ni je yang tak lepaskan peluang tonton bersama anak2. Memang menghiburkan..
Padambest ke citer nie ibu?
BalasPadamBukan cerita tapi game show. Memang menghiburkan.. cubalah tengok sekali pasti jadi pengikut setia nanti..
Padamsalam ibu..wardah salah seorang peminat RM ni.. dah tak boleh tinggal dah, mesti nak tengok setiap episod.. boleh hilangkan stress sebab mencuit hati.. hehe
BalasPadamOwh, wardahpun suka RM ke.. Betul tu wardah.. boleh hilangkan stress..
Padamsaya ada jugak tengok sekeja[ dulu masa tak tau nak tengok cite ape..
BalasPadammemang kelakar, part yang sya tengok tu meke tengah nyorok dalam office...tapi sorang pun saya tak kenal nama2 artis tu...hebat lah akak ni :)
Akak mula tgk dulupun sebab tak tau nak tgk apa. Akak jarang tgk drama. Entahlah.. byk yg tak menyenangkan walaupun kadang2 mesejnya memang bagus. Jadi, anak2 ajak tengok RM ni. Lepas tu terus terjerat..
PadamWaa,ibu pun sama...wee :D In pun suka,bila sedih ke,stress... tonton running man habis lupa semua perkara yang tak menyenangkan tu :)) Kekadang In pun ajak ibu In menonton... kami gelak sama-sama ^^, In prefer tengok dekat TV .. tapi abang2 In download dr episode 1 sampai sekarang/ambil daripada kawan dan tonton di laptop .. hehe =)
BalasPadamsama dengan fyna lah. fyna pun suka. ibu suka episod yang mana? fyna suka episod yunho dan max changmin (phantom of opera)
BalasPadamwahh kelas lahh ibu layan running man.. tp mmg bes pn game show ni kan, kalo tgk mmg terhibur ;)
BalasPadamWahhh! Ibu pun layan RM jugak? Arol tak pernah tengok pun RM walaupun ramai kawan yang syorkan suruh tengok. Dorang kata, gelak tak kering gusi kalau tengok. Betul ke? :D
BalasPadamakk layan rungging man,tak sgka ye..tp mmg best kan
BalasPadamKomedi ã…‹ã…‹ã…‹ã…‹ã…‹ã…‹ã…‹
BalasPadam