Rabu, 6 Mac 2013

Sejam Menunggu, Sedetik Berlalu

Assalamualaikum dan salam ceria.

Sudi-sudikanlah baca cerita basi ibu ini. Kisah minggu lepas ketika ibu menyepi buat seketika. Selasa, 26 Februari 2013, Jalan Jerantut-Temerloh yang berhadapan dengan sekolah ibu menjadi laluan para pelumba Le Tour de Langkawi. Oleh itu, semua warga sekolah berpeluang melihat perlumbaan ini dari dekat.

Murid-murid mula beratur di tepi jalan sejak pukul 11.00 pagi. Jenuh menunggu, yang ditunggu tak kunjung tiba. Anak-anak didik dah mula jemu. Lepas seorang, seorang minta izin untuk ke tandas. Ada pula yang dah mula bersila di tepi jalan dek kepenatan.

 
Biarpun kepenatan, mereka tetap ceria.

 
 Faiq pun tak nak lepaskan peluang. Terselit di celah rakan-rakan. 

Sebenarnya, keceriaan dan keterujaan para guru mengalahkan anak-anak murid tau... Tak percaya? Jom tengok...

 GPK pun tak lepaskan peluang

 Tuan blogpun apa kurangnya, namun dah nasib orang tinggi, jika bergambar letaknya mesti di belakang.

Setelah lebih sejam menunggu, akhirnya yang ditunggu pun tiba. 

Sekelip mata je mereka dahpun melepasi kami yang menunggu sekian lama.

Sebenarnya, pengalaman ini adalah yang ketiga buat ibu. Kali pertama dan kedua semasa ibu menetap di Mersing. Berdasarkan pengalaman, ibu berpendapat LTDL sekarang tidak semeriah dulu.


26 ulasan:

  1. owh... ltdl.. ingtkn pe lh tdi.. hihi... biasa mmg gitu.. sekali lalu je... dh kurg mnyengat mcm dulu dh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Maria, tak meriah macam dulu..

      Padam
  2. tu dia semangat dr guru dan murid..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa utk guru2 lepaskan stress. hehe..

      Padam
  3. yelah..sejam tunggu dan x buat apa2 tu boleh membosankan mereka kan? tu yang macam2 kerenah keluar tu ibu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Farah. Rumput2 di tepi jalan terang dicabut mereka..

      Padam
  4. Ohh..lalu di jalan sana rupanya..biasalah lalu ikut Bentong..Seronoknya semua. Teringat zaman sekolah dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok Aini sebab bukan selalu berpeluang macam ni..

      Padam
  5. Ibu mengajar sekolah mana.... Saya pun duk temerloh juga....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibu di SK Temin, Jerantut; terletak di tepi jalan Jerantut-Temerloh

      Padam
  6. betul memang tak semeriah dulu.... dulu bang chik adik pun bertanding sama... Musairi Musa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo.. Musairi Musa tu adik mamaQS rupanya.

      Padam
  7. hee yang penting semangat tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Kadang2 budak gementar berhadapan dgn ramai orang. Guru pengiringlah berperanan memberikan semangat..

      Padam
  8. Ohhh Ibu, saya pun pernah melalui detik ni. Betul lah, cecikgunya yang biasanya lebih2.. hehe.. tapi seronok sangat bila ingat balik detik itu masa saya mengajar di Sekolah Menengah Sungai Puteri Rompin. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya begitulah. Agaknya nak lepaskan stress.. hehe

      Padam
  9. Memang tak dinafikan... nampaknya cikgu-cikgu yang bergitu teruja nampaknya... Eh kalau saya pun sama juga kot... bukan selalu dapat tengok kan Sal... Setahun sekali saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sweetie. Setahun sekalipun tak pasti sebab laluan berubah-ubah.

      Padam
  10. kesiankan budak2 tu..ttp xpelah sekurg2nya mrk boleh 'trlepas' keluar dr kelas seketika....hehehe...

    nasib org tinggi mcm kita mmg tulh tmpat yg sesuai....hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak2 pun macam cikgu.. Lega dapat hilangkan tekanan seketika. hehe..

      Padam
  11. Wahh...seronoknya...mesti meriah..dpt bygkan suasana tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memamg meriah sangat sebab semua kenderaan yang lalu-lalang mereka sorak..

      Padam
  12. menunggu lama sampai bosan ye anak2 tu semua kak mie. mujur ada yg ambil gambar... terhibur juga semuanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak suruh mereka beratur elok dan jaga disiplin kena ambil gambar banyak2. hehe..

      Padam
  13. wah cikgu2 yg lebih excited tu...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak dinafikan Timi. Anak muridpun naik hairan. hehe..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA