Khamis, 14 Mac 2013

Alhamdulillah, Rezeki Kami Lagi...

Assalamualaikum wbt dan salam ceria.

Petang ini ibu ingin berbicara tentang rezeki yang dianugerahkan kepada kami, warga Sekolah Kebangsaan Temin, Jerantut. Syukur, Alhamdulillah.. semakin murah rezeki kami sejak akhir-akhir ini. Kejayaan demi kejayaan diraih oleh anak didik dalam setiap pertandingan yang disertai. 

Beberapa hari lepas ibu ada berbicara tentang kejayaan sekolah ibu dalam kejohanan olahraga peringkat zon. Ibu juga pernah berbicara tentang kejayaan tiga puteri SK Temin pada Karnival Koakademik bahasa Melayu

Minggu lepas kami diizinkan mengecapi beberapa kejayaan lagi:
  • Badminton - johan perseorangan perempuan
  • Bola baling lelaki - johan
  • Bola baling perempuan - keempat
  • Menang beberapa kategori pada perkhemahan bersepadu peringkat negeri
 
 Pasukan badminton perempuan.

Pasukan bola baling lelaki

Kejayaan yang diperoleh semalam, 13 Mac 2013:
  • Bola jaring - johan
  • Bola tampar lelaki - naib johan
  • Bola tampar perempuan - ketiga

Alhamdulillah, SK Temin juga cemerlang dalam Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) peringkat zon yang juga diadakan semalam, 13 Mac 2013:
  • Tilawah al-Quran lelaki - ketiga
  • Tilawah al-Quran perempuan - johan
  • Hafaz al-Quran lelaki - johan
  • Hafaz al-Quran perempuan - johan
  • Bercerita Kisah al-Quran lelaki - naib johan
  • Bercerita Kisah al-Quran perempuan - naib johan
  • Tulisan Jawi lelaki - ketiga
  • Tulisan Jawi perempuan - johan

Rezeki itu milik Allah. Dia memberi kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dia juga berhak mengambilnya semula pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu, bersabar dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Biarpun sedikit, moga di dalam yang sedikit itu ada keberkatan. Apatah lagi dalam yang banyak.


P/s: Tahniah buat semua warga SK Temin, Jerantut!


33 ulasan:

  1. Assalamualaikum ibu, alhamdullilah. rezeki ni. hehehe bagusnya anak murid semua :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa’alaikumussalām, Sheila..
      Alhamdulillah, semangat mereka tengah berkobar-kobar sekarang..

      Padam
  2. tahniah ibu ^_^ saya tumpang bergembira ye..

    BalasPadam
  3. tahniah...semoga terus cemerlang ank didik sis ye...

    BalasPadam
  4. Salam manis buat cikgu.. :)

    Alhamdulillah Allah itu Maha Pemberi Rezeki, tahniah kerana kejayaan anak murid, semoga Ibu terus menjdai pendidik yang cemerlang...amin...insyaAllah :D

    * Suka dengan blog Ibu, blog yang kemas dan bersih. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..
      Terima kasih, Ummi..

      Padam
  5. Tahniah :D ,maaf lama tak singgah,baru habis exam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nazmin..
      Moga Nazmin mendapat keputusan yang cemerlang..

      Padam
  6. Promosi Rainbow AlQuran & Ribbon Watch! Sehingga 23 Mac 2013. Siapa cepat dia dapat.

    http://bit.ly/cd2aQx

    BalasPadam
  7. Tahniah..kejayaan guru2 juga ni.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.mmg rezeki..tahniah buat akk n semua warga sekolah..:)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..
    Tahniah kepada semuanya... =D

    BalasPadam
  10. tahniahhhh.. wahh ni skolah kwn sy dlu ni.. hihi memang hebak la, men johan naib johan je ye.. tahniah semuaa :)

    BalasPadam
  11. Tahniah kak......tumpang bangga ngan pencapaian sekolah akak.....

    BalasPadam
  12. tahniahh....guru cemerlang anak murid terbilang..syabas...

    BalasPadam
  13. Tahniah buat sekolah anda.
    Btl.....guru cemerlang..anak murid gemilang

    BalasPadam
  14. wah taniah buat sekolah ibu yer, hehe tumpang gembira jugak ^___^

    BalasPadam
  15. Hebat...mmg hebat..yah amat2 kagum...Semua kejayaan ini biasanya bermula dr sokongan padu org atas, guru2, staf dan seterusnya insan2 yg merealisasikan impian...TAHNIAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Yah..
      Betul sekali Yah. Tahun ni semuanya benar2 bersemangat.

      Padam
  16. Wah tahniah ibu! mesti sekolah yang bagus ni :)

    BalasPadam
  17. Terima kasih Amalina. Alhamdulillah, berkat kerjasama semua pihak..

    BalasPadam
  18. tahniah kepada adik2 tu...:)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA