Memaparkan catatan dengan label Pinggan Mangkuk Lama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pinggan Mangkuk Lama. Papar semua catatan

Ahad, 6 Januari 2013

Koleksi Ros Hitam Nan Seciput

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Apa khabar?

Alhamdulillah hari ini dapatlah berehat setelah sibuk sepanjang minggu. Sebelum sesi persekolahan bermula dah sibuk dengan mesyuarat dan mengemas bilik darjah. Guru kelas kena pastikan kerusi meja untuk anak murid cukup pada hari pertama persekolahan. Alhamdulillah, ada dua bujang ibu membantu. Semalam pula ada program motivasi untuk murid-murid tahun 6. Sambil itu sempat curi masa mengemas bilik guru memandangkan tahun ini bilik guru di bawah tanggungjawab ibu.

Hari ini ingin merehatkan minda dengan koleksi pinggan mangkuk lama (pml) ibu. Dah lama benar tidak berbicara soal minat ibu yang satu ini. Pagi tadi sempat menyusun pml dalam lemari. Penat seminggu terus hilang apabila menatap koleksi pml yang ada. Oh ye, untuk pengetahuan rakan-rakan yang baru berkunjung ke sini, ibu adalah peminat pinggan mangkuk antik porselin. Adalah sedikit koleksi namun tidaklah sehebat koleksi peminat tegar pml yang lain.

Hari ini ibu nak kongsikan koleksi seciput ros hitam yang ibu ada. Sebelum itu, kita tengok dulu mengapa dinamakan ros hitam.

 
Bunga ros berwarna hitam seolah-olah dilukis dengan pensel. Inilah motif yang tertera pada permukaan barangan porselin yang mungkin menyebabkan ia dinamakan ros hitam.
 
 
Sebiji teko aladin dan sebiji cawan mulut lebar (ml) tanpa piring.

Mulanya tak berniatpun untuk mengumpul set ini sehinggalah suatu hari 'terbeli' teko aladin ni melalui jualan di sebuah blog. Apabila dah terbeli maka terpaksalah meneruskan langkah. Kemudian, cawan tanpa piring ini ibu dapat semasa membeli beberapa barangan lain. 

Tidak lama kemudian, dapat pula pinggan 10 inci ini daripada seorang rakan APC. Ini sahaja koleksi ros hitam yang ibu ada setakat ini. Harap-harap tahun ini dapatlah melengkapkan set ros hitam ni. Sekurang-kurangnya lengkap untuk tea set. Tak nak meletakkan sasaran yang tinggi sebab sedar akan kemampuan diri. Untuk melengkapkan koleksi, kita perlu rajin mencari di sana-sini. Memang ibu tak mampu berbuat begitu. 

Selalunya ibu menambah koleksi melalui Antique Porcelain Collectors Group (APC) di FB dan melalui jualan di blog. Bila-bila masa saja seller akan postkan barangan jualanWalau bagaimanapun disebabkan kekangan masa, ibu tak boleh berlama-lama mengadap lappy. Jadi, seringlah terlepas peluang.

Ada ke yang berkongsi minat dengan ibu?


Khamis, 31 Mei 2012

Sama Tak Serupa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 

Assalamualaikum dan selamat petang.. 

Setelah dua hari menyepi tanpa entry, hari ni ibu nak berkongsi minat ibu dengan rakan-rakan. Minggu lepas, koleksi mug ibu bertambah lagi. Kali ini, dua biji mug tiba berselang hari. Kedua-duanya mug bunga kangkung. Namun demikian, terdapat perbezaan antara kedua-duanya. 


Meh tengok..


 

Kalau nak tau perbezaan antara kedua-duanya, jemputlah ke  

My Precious..

 

 



Ahad, 13 Mei 2012

♥ 5 Roses nan Ayu

Lamanya ibu tak bersiaran. Rindu kepada rakan² semua. Maaf ibu pohon kerana kunjungan rakan-rakan ke sini tak disambut. Maaf juga andai ada sapaan yang belum berbalas. Ibu tak ke mana², masih di sini cuma sepanjang minggu mood dah ke laut.

Sepanjang minggu ibu agak stress. Kecewa sangat dengan keputusan ujian anak-anak didi. Walaupun ada peningkatan berbanding ujian sebelumnya, tapi bagi ibu, peningkatan tu tidak seperti yang ibu harapkan. Sesetengah murid menunjukkan peningkatan yang berterusan. Namun, masih ada yang masihduduk di takuk lama. Bukan ibu tak bersyukur, tapi terlalu kecewa.

Untuk mengubat rasa kecewa, ibu nak buat entry tentang minat ibu yang juga merupakan terapi minda buat ibu. Ibu mohon maaf kerana asyik menghidangkan entry berkaitan pml. Rasanya tak salah kan?? Dah nama pun minat. Lagipun, apa salahnya kita berkongsi minat. Manalah tau, kot-kot berjangkit pulak minat ni..ngee

Kali ni ibu nak berkongsi rasa gembira memiliki cawan berpenutup atau lebih dikenali dengan mug. Mug pertama yang ibu miliki adalah yang bermotif 5 roses.






Sedang menanti pasangan yang bakal tiba.

Sebelum ini ibu tak berminatpun untuk menjadikan set 5 roses sebagai koleksi ibu. Tapi, setelah memiliki mug ini dan menatap sendiri keayuan motif 5 roses, hati dah mula terpikat. Mulalah berangan nak dapatkan teko dan cawannya pulak.

Ps: Ada tak rakan-rakan yang mempunyai teko dan cawan 5 roses ni.. atau mungkin ada tersimpan dalam lemari di kampung? 




Sabtu, 28 April 2012

Hitam Menawan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap semuanya sihat. Hari ni tentu masing-masing ambil kesempatan cuti hujung minggu untuk berehat bersama keluarga. Ibu pun berehat di rumah je sepanjang hari ni.

Sebenarnya bukan takde kerja.. Kertas ujian pengesanan tahun 6 belum habis ibu semak. Tapi, hari ni memang ibu nak berehat je.. Tak nak pening-peningkan kepala. Tau-tau aje lah kalau terjumpa skrip jawapan yang merepek meraban tu, bukan kepala je sakit tau.

Jadi, malam ini ibu nak buat entri yang bisa menyenangkan hati dan melapangkan minda. Tentang apa tu? Dah tentu yang berkaitan dengan minat ibu; pml. Ibu nak kongsikan koleksi ros pensel yang ibu ada.
Sebenarnya, ibu baru je dapat tau yang bunga ini dinamakan ros pensel. Dinamakan sebegitu kerana motif ros ini seolah-olah dilukis dengan pensel. Koleksi ros pensel ibu ini seciput je, hanya sebiji teko aladin dan sebiji pinggan kek. Ibu pernah buat entry pasal aladin ros pensel ini sewaktu baru tiba di teratak ibu [sini]. Ketika tu, pak din ini hanya pakai tutup bulat. Jadi, kuranglah sikit kehensemannya.

 Gambar pinjam daripada CT Fatimah



Setelah beberapa bulan bermastautin dalam gobok ibu, 
akhirnya, pak din ni berjumpa dengan tutup yang sepadan.


Cer tengok tutupnya tu. Cantik sebab ada bunga. 
Tutup ni ibu dapat daripada Tasya ChanTique. Tqvm Tasya.


Tak lama kemudian, CT Fatimah offer pinggan kek tu kat ibu. 
Apa lagi, pucuk dicinta, ulam mendatang lah.

Ini je yang ibu ada. Harap-harap lepas ni ibu akan berjumpa dengan kaum kerabatnya yang lain. Paling ibu hajati adalah cawan dan piring kuih. Kalau dapat creamer jar dan sugarpotnya lagi cantik..

Ok, ini saja buat kali ni. Jumpa lagi..


Isnin, 9 April 2012

...dan Bila Sakura Berguguran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lama juga rasanya ibu tak buat entry tentang minat ibu yang satu ni. Sebenarnya, selain padi dan mawar, sakura juga antara yang mekar di teratak ibu. Ibu sendiri tak pasti, apa yang membuatkan hati ibu tertawan dengan bunga sakura ni.

Walaupun sakura ni tidaklah secantik mawar (macam dua orang gadis pulak; Melayu vs Jepun.. hehe) tapi bila dah berguguran dan melekat kat pinggan mangkuk, banyak hati yang tertawan.

Untuk pengetahuan, ibu tak berkesempatan hunting pml di kedai-kedai apek macam orang lain. Semua koleksi sakura ni hasil buruan ibu di alam maya.

Alkisahnya, aladin ni adalah antara koleksi terawal ibu sejak jatuh cinta dengan bunga-bunga sakura. Aladin ni ibu dapat daripada Erien.

Teko mini ibu dapat daripada Bonnie Long manakala teko bulat pula daripada Erien juga. Selepas itu ibu dapat pula sepasang cawan mini daripada Nannie utk digandingkan dengan teko cinonet tu. 

Empat pasang cawan mulut lebar (ml) ini ibu dapat daripada Erien juga.

Baru-baru ni, koleksi ibu bertambah dengan kehadiran creamer jar yang cun tu. Creamer ni daripada Aina. Lepas itu, kaum kerabat yang lain muncul iaitu cake plate dan oval plate. Cake plate ibu dapat daripada CT Fatimah bersama 4 biji piring sos manakala oval plate daripada Alan Antik. Tapi sayang, semasa sesi fotografi, OP tu belum sampai. Sekarang, ibu dalam penantian tau.. Menanti kehadiran pinggan makannya pulak. Harap-harap semuanya selamat dalam perjalanan.

Setakat ni, hanya ini koleksi yang ibu ada. Ciput je jika dibandingkan dengan koleksi peminat tegar pml yang lain. Kalau berminat nak tengok koleksi sakura ni, boleh berkunjung ke teratak peminat tegar dan otai pml di sini, sini dan sini.


Ahad, 11 Mac 2012

Cinonet Bunga Kangkung

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bertemu lagi dalam edisi pml (pinggan mangkuk lama). Agak lama juga ibu tak buat entry pasal hobi yang satu ni. Beberapa hari lepas ibu terima satu bungkusan dari seberang tambak.
Ada apa dalam bungkusan?

v

v

v

v

Ini dia... Teko cinonet Bunga kangkung

Perbandingan saiz dengan teko kicap, cawan dan teko aladin. Memang comel kan?

Corak bunga kangkung ni merupakan koleksi wajib bagi penggemar pml (pinggan mangkuk lama). Sebenarnya, awal2 dulu ibu tak berminat pun dengan corak bunga kangkung ni. Minat ibu baru je bercambah apabila melihat koleksi rakan2. Nampak gayanya, lepas ni melenggang-lengganglah si kangkung masuk ke lemari ibu.

Terima kasih Shieda Hazz.. 





Jumaat, 24 Februari 2012

Kisah Semalam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kisah semalam jadi entry ibu untuk hari ni. Macam biasa, semalam bermula dgn tugas rutin di sekolah. Tamat waktu persekolahan jam 1.20 ibu balik tapi sekejap je. Jam 2 petang ibu ke sekolah semula sebab ada kelas tambahan hingga jam 4 petang. Habis kelas tambahan terus ke majlis perjumpaan dengan ibu bapa murid tahun 6. Majlis tamat jam 6 petang. Tak perlulah ibu luahkan apa yang ibu rasa.. Rakan2 tentu faham kan???

Tengah hari sebelum balik, ibu terima panggilan daripada syarikat courier. “Ada kiriman untuk puan daripada Zefa Nor Asmara.” Dengar je nama Zefa, hati ibu berbunga2. Ibu dah tau apa yang sedang menunggu ibu. (Bungkusan tak dihantar ke alamat sebab tiada orang di rumah)

Jadi, sebenarnya, ibu balik sekejap tengah hari semalam bukan saje2. Balik bersebab. Bungkusan kena ambik sebab petang dah tak sempat. Barang dalam bungkusan tu dah lama ibu idamkan. Mana boleh tunggu-tunggu lagi.. Asyik terlepas je kalau ada yang jual di APC. Kebetulan nak jadi rezeki, Zefa tawarkan pada ibu. Apa lagi.. pucuk dicita, ulam mendatang.

Malam, barulah ibu berkesempatan membuka bungkusan. Nak tau apa yang ada di dalamnya?


v


v


v


v


Taraaaaaaaaaa…




Ini dia teko kicap bunga kangkung yang dah lama ibu idamkan..  
Terima kasih Zefa. Kalau ada lagi yang nak diletgo 
roger2 akak ye.. Bukan tamak tau!! 
Kesian teko tu tak berteman.



COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA