Sabtu, 28 April 2012

Hitam Menawan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap semuanya sihat. Hari ni tentu masing-masing ambil kesempatan cuti hujung minggu untuk berehat bersama keluarga. Ibu pun berehat di rumah je sepanjang hari ni.

Sebenarnya bukan takde kerja.. Kertas ujian pengesanan tahun 6 belum habis ibu semak. Tapi, hari ni memang ibu nak berehat je.. Tak nak pening-peningkan kepala. Tau-tau aje lah kalau terjumpa skrip jawapan yang merepek meraban tu, bukan kepala je sakit tau.

Jadi, malam ini ibu nak buat entri yang bisa menyenangkan hati dan melapangkan minda. Tentang apa tu? Dah tentu yang berkaitan dengan minat ibu; pml. Ibu nak kongsikan koleksi ros pensel yang ibu ada.
Sebenarnya, ibu baru je dapat tau yang bunga ini dinamakan ros pensel. Dinamakan sebegitu kerana motif ros ini seolah-olah dilukis dengan pensel. Koleksi ros pensel ibu ini seciput je, hanya sebiji teko aladin dan sebiji pinggan kek. Ibu pernah buat entry pasal aladin ros pensel ini sewaktu baru tiba di teratak ibu [sini]. Ketika tu, pak din ini hanya pakai tutup bulat. Jadi, kuranglah sikit kehensemannya.

 Gambar pinjam daripada CT Fatimah



Setelah beberapa bulan bermastautin dalam gobok ibu, 
akhirnya, pak din ni berjumpa dengan tutup yang sepadan.


Cer tengok tutupnya tu. Cantik sebab ada bunga. 
Tutup ni ibu dapat daripada Tasya ChanTique. Tqvm Tasya.


Tak lama kemudian, CT Fatimah offer pinggan kek tu kat ibu. 
Apa lagi, pucuk dicinta, ulam mendatang lah.

Ini je yang ibu ada. Harap-harap lepas ni ibu akan berjumpa dengan kaum kerabatnya yang lain. Paling ibu hajati adalah cawan dan piring kuih. Kalau dapat creamer jar dan sugarpotnya lagi cantik..

Ok, ini saja buat kali ni. Jumpa lagi..


7 ulasan:

  1. Tanpa Nama29 April, 2012

    yang lama tetap cantik kan...

    BalasPadam
  2. Ye lah, JS.. nampak klasik je..

    BalasPadam
  3. ok nice even hitam tp ttp nmpak elegen..tui kata ibu ..hitam itu menawan..

    BalasPadam
  4. memang menawan... cepat2 cari kaum kerabatnya mesti lagi menawan... hehhehe saya yg beria

    BalasPadam
  5. Cantik sgt3....kak mie mmg gigih membuat koleksi yg cantik tu....semoga koleksi kak mie brtmbah....

    BalasPadam
  6. Saya ingatkan akak yang melukisnya, hehe. But this is a beautiful piece of design

    BalasPadam
  7. kak mie... cantiknya corak ros pensel tu. kalau dah minat kan, mmg boleh release tension bila tatap koleksi2 pml kesayangan ni kan...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA