Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Julai 2014

Tragedi MH17

Sekali lagi seluruh dunia tersentak. Belumpun reda dengan tragedi kehilangan pesawat MH370, malam tadi kita dikejutkan dengan satu lagi tragedi dahsyat yang melibatkan Pesawat Malaysia Airlines apabila pesawat Boeing 777 MH17 ditembak jatuh di Ukraine. Dugaan buat kita, seluruh rakyat Malaysia.

Ibu mengetahui tentang kejadian ini semasa bangun sahur pukul 4.30 pagi tadi. Allahu akhbar! Sukar untuk mempercayainya, namun itulah ketentuan Allah. Apa² sahaja boleh berlaku dengan izin-Nya.




MH17 DITEMBAK 
295 penumpang, anak kapal terbunuh

Kuala Lumpur: Pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, malam tadi.
Ketika kejadian, pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.

MAS melalui laman Facebooknya, mengesahkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat itu ketika kedudukan terakhir pesawat berkenaan di ruang udara Ukraine.
(sumber:Berita Harian)

Kejadian ini berlaku hanya sepuluh hari sebelum kita menyambut Aidilfitri. Ibu amat bersimpati dan turut merasai kesedihan yang ditanggung oleh keluarga mangsa. Moga mereka tabah dengan dugaan ini.



Ps: Satu lagi ujian Allah buat kita. Namun, usah sama sekali kita mengalih perhatian terhadap isu GAZA. Teruskan menyumbang dan berdoa buat saudara² kita di sana.




Selasa, 11 Disember 2012

Malaysia patut jadi contoh negara Islam sedunia: Hamas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

GAZA: Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia, kata Menteri Kesihatan Hamas, Dr Mufid El Mukhalalati.
 
Sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.

"Sebab itulah, kini ramai pelajar kami pergi ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan sarjana," katanya ketika menerima kunjungan hormat penasihat Yayasan Aman Global Perdana (PGPF) Datuk Mukhriz Mahathir di Hospital Al-Shifa' di sini pada Isnin.

Berita selanjutnya baca di sini


Jumaat, 7 Disember 2012

Eksklusif Metro Bersama Komando al-Qassam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.

Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.

Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai apabila wakil Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.

BERANI MATI… anggota Komando Qassam

Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.

Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil. 

Sheikh yang berusia 40-an itu memberitahu anggota Komando Qassam pejuang terpilih di kalangan pemuda Islam Gaza yang mempunyai pengetahuan agama mendalam selain tidak gentar untuk mati syahid.

Menurutnya, pemilihan untuk menjadi Komando Qassam perlu melalui syarat ketat, antaranya mereka perlu solat Subuh berjemaah tanpa gagal walau sehari selama enam bulan. 

Selain itu, bakal pejuang diwajibkan menghafaz al-Quran dan hadis, selain melakukan sembahyang tahajud setiap awal pagi.

“Amalan berterusan ini bukan hanya menjadi bekal iman di medan perang, tapi juga untuk memastikan setiap langkah kami sentiasa dirahmati Allah,” katanya.

Menurutnya, setiap pejuang Qassam dirahsiakan identiti masing-masing berikutan ada antara mereka golongan profesional, guru dan penuntut universiti.

“Setiap mereka yang mempunyai asas agama kukuh akan bekerja pada waktu siang dan menjaga keselamatan Gaza pada waktu malam hingga pagi.

“Saya amat berharap rakyat Islam di Malaysia sentiasa mendoakan perjuangan suci kami. Doa kamu semua memberikan kami kekuatan untuk berdepan tentera Israel,” katanya.

Sheikh berkata, Komando Qassam kini lebih yakin untuk berdepan tentera Israel apabila mereka kini memiliki ribuan roket model AM75, Fajar 5 dan roket Al-Qassam.

“Malah, pasukan Qassam yang dipecahkan kepada beberapa unit kini turut mempunyai kepakaran untuk menghasilkan bom tangan bagi menghadapi tentera Israel.

“Walaupun kelengkapan senjata api kami amat minimum, kami yakin Allah sentiasa memberi bantuan dan kekuatan tidak terhingga ketika kami berdepan Zionis di medan tempur.

“Kami akan menghujani bandar Tel Aviv, Israel dengan roket lebih hebat dan berkuasa. Nescaya mereka akan gerun dan tidak percaya dengan ‘hadiah’ yang kami tujukan nanti,” katanya. 

Kredit penuh: Harian Metro Online


Jumaat, 30 November 2012

Palestin Negara Pemerhati PBB

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


NEW YORK 30 Nov. - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu, sekali gus memberi kekalahan diplomatik besar kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Kemenangan kepada Presiden Mahmoud Abbas di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York itu, turut mencetuskan suasana meriah di Tebing Barat apabila beribu-ribu orang meraikannya dengan melepaskan tembakan ke udara dan bersorak di bandar Ramallah.

Pengiktirafan yang disifatkan Abbas sebagai 'sijil lahir' untuk negara Palestin itu mendapat undian 138 daripada 193 negara anggota PBB.

Mahmoud Abbas melambai ke arah perwakilan ketika 
berucap di Perhimpunan Agung PBB semalam 

Sembilan negara termasuk AS dan Israel menentang undi tersebut, manakala 41 lagi negara seperti Britain dan Jerman, mengambil pendirian berkecuali.

Bendera Palestin turut dikibarkan di UNGA selepas kemenangan itu diumumkan, tetapi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam ucapan Abbas yang disifatkannya sebagai 'menyakitkan hati'.

Pengiktirafan itu menyebabkan status Palestin di PBB kini dinaik taraf daripada entiti pemerhati kepada negara pemerhati bukan anggota iaitu sama seperti status yang dimiliki oleh Vatican City.

Walaupun Palestin masih tidak layak untuk mengundi dalam UNGA, tetapi negara itu boleh menyertai agensi-agensi PBB lain terutamanya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), membolehkan siasatan dilakukan ke atas kekejaman Israel.

Menurut Abbas, pengiktirafan itu akan digunakan sebagai landasan kepada penyambungan semula rundingan secara langsung dengan Israel yang telah dibekukan selama lebih dua tahun.

AS dan Israel segera mengecam undian itu dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menyifatkannya sebagai 'tidak produktif'.

Netanyahu pula menyifatkan pengiktirafan itu sebagai sesuatu yang 'tidak akan membawa makna' dan menuduh Abbas menyebarkan 'propaganda palsu' ke atas Israel dalam ucapannya di UNGA, semalam.

"Resolusi PBB itu tidak akan mengubah apa-apa dan tidak akan membawa kepada penubuhan negara Palestin, malah akan membantutkan lagi usaha tersebut," katanya. 

Kredit:
1. Utusan Online
2. Google images  



Rabu, 28 November 2012

PALESTINE, TOMORROW WILL BE FREE… Aamiin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Mereka tidak memerlukan kita ke sana tetapi mereka memerlukan doa yang berterusan daripada kita di sini. Cakna kita haruslah berterusan. Isu ini harus diperjuangkan sehingga tanah Palestin menjadi milik Umat Islam semula.



Selasa, 27 November 2012

Hilang Berganti ~ Indahnya Perancangan Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Semasa serangan Israel ke atas Gaza minggu lepas, 300 bayi selamat dilahirkan di Khanyounis. [sumber] 


Isnin, 26 November 2012

Sumpah Ariel Sharon: “Saya Akan Bakar Setiap Bayi Dilahirkan Di Palestin!”

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

“Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…”

Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin.

Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.
“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).
Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.

Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama itu. 

Berita penuh di sini

p/s: Teruskan usaha membantu saudara kita di sana. Sumbangan melalui sms, Taip PALESTIN<jarak>10 (nilai:10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin)


Bantu Palestin ~ Hentikan Keganasan, Bebaskan Palestin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Sumbangan BERMULA dari: 21 November 2012 hingga 12 Dis 2012

Ahli GBS dan GROUP BLOGGER APAKAH? telah melancarkan satu aktiviti amal yang dinamakan BANTU PALESTIN dengan mengambil inisiatif mengadakan satu kutipan sumbangan untuk membantu saudara Islam di Palestin. Sumbangan ini terbuka kepada semua pihak sama ada blogger mahupun bukan blogger.

Kepada yang sudah memberi sumbangan, anda hanya perlu inform Yuyu Ali (Nur Maizatul Idayu Mazlan) dan Nabiel Faan (Nabil Farkhan Radzuan) untuk GBS dan MK Syahir 0132757252 untuk Group Apakah samada secara PM di facebook mahupun mesej/hubungi no. telefon yang tertera di poster untuk memudahkan urusan sumbangan.

[sumber]

p/s: Moga usaha ini dapat membantu saudara Islam kita di sana


Ride for Gaza

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Satu acara amal berbasikal untuk Gaza akan diadakan pada 1 Disember ini di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Sumbangan dana Ride for Gaza boleh dibuat menerusi akaun:

Aqsa Syarif Berhad
Maybank Islamic 5515 7500 4299
 
Borang sumbangan dana: http://alturl.com/3r86y

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.facebook.com

p/s: Hulurkan sumbangan. Ringankan beban saudara-saudara kita di sana.



Sabtu, 24 November 2012

As-Syahid Ahmad Al-Ja’bari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Rabu, 14 November 2012, Ketika umat Islam seluruh dunia bersiap menyambut kehadiran tahun baru 1434 Hijrah, saudara-saudara kita di Palestin sekali lagi terpaksa 'menyambut' kehadiran roket-roket rejim Israel. Inilah serangan udara besar-besaran ke atas Gaza sejak 2008. 

Serangan ganas yang digelar Operation Pillar of Defence ini telah memusnahkan gudang simpanan pelancar roket dan membunuh Ketua Sayap Hamas, Ahmed Said Khalil al-Jabari dalam satu serangan yang mensasarkan beliau. Turut sama maut adalah pengawal peribadinya, Mohammed al-Hams.

Ahmad Jabari yang lahir pada 1960 adalah seorang ahli berpangkat tinggi Hamas dan pemerintah sayap tentera pergerakan itu, Briged al-Qassam, di Semenanjung Gaza. 

Digelar Abu Mohammed, Jabari bermula sebagai anggota parti Fatah Presiden Palestin Mahmoud Abbas, tetapi dihidupkan kesetiaannya kepada Hamas selepas berkhidmat 13 tahun dalam penjara Israel, di mana beliau telah bertemu dengan beberapa pemimpin Hamas. 

Ahmed Jabari sudah lama menjadi target man oleh Israel selepas penculikan seorang tentera Israel, Gilad Shalid pada 2006. Shalit telah disimpan sebagai banduan selama lebih lima tahun sebelum ditukar untuk 1027 tahanan Palestin pada tahun 2011.

 Ahmed Jabari dan Shalid

Pada tahun 2006, beliau menjadi komander sayap tentera Hamas bertindak selepas pendulunya, Mohammed Deif  cedera teruk dalam serangan Israel. Beliau juga dikreditkan sebagai ketua dalam pengambilalihan Genting Gaza dari angkatan Fatah pada tahun 2007. 

Ja'bari terselamat dalam empat percubaan membunuhnya oleh Israel sebelum ini. Dalam satu percubaan pada tahun 2004 anak sulungnya, saudaranya dan tiga saudara-mara lain terbunuh. 

Inilah video saat kereta As-Syahid Ahmed Ja'bari dibom oleh tentera israel Laknatullah.

kekejaman terbaru rejim Israel yang menyerang Wilayah Palestin di Gaza sejak 14 November lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121121/dn_06/Sepakat-kecam-serangan-Israel#ixzz2D3bfPU4P
© Utusan Melayu (M) Bhd
kekejaman terbaru rejim Israel yang menyerang Wilayah Palestin di Gaza sejak 14 November lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121121/dn_06/Sepakat-kecam-serangan-Israel#ixzz2D3bfPU4P
© Utusan Melayu (M) Bhd
kekejaman terbaru rejim Israel yang menyerang Wilayah Palestin di Gaza sejak 14 November lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121121/dn_06/Sepakat-kecam-serangan-Israel#ixzz2D3bfPU4P
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tentera Udara Israel telah menembak tepat kereta yang dinaiki Ahmed Al-Ja'bari di Bandar Gaza.



Warga Palestin memberikan penghormatan terakhir dan mengucapkan selamat tinggal kepada jenazah Ahmed Al-Ja'bari semasa majlis pengebumiannya di Bandar Gaza 15 November 2012

 
Ratusan ribu berhimpun di Gaza bagi menghadiri majlis pengkebumian Ahmed Al-Ja'bari.

[sumber]

p/s: israel berjaya membunuh Ahmed al-Ja'bari namun mereka tidak akan mampu menyekat kelahiran lebih ramai al- Ja'bari selepas ini.


Sejarah Palestin & Israel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

14 November 2012, bermula satu lagi episod kekejaman rejim Israel dengan serangan secara besar-besaran terhadap wilayah Palestin di Gaza. Pada hari yang sama, ketua sayap tentera kumpulan Islamis Hamas Palestin, Ahmaed said Khalil al-Ja;bari terbunuh dalam satu serangan udara yang mensasarkan beliau.
kekejaman terbaru rejim Israel yang menyerang Wilayah Palestin di Gaza sejak 14 November lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121121/dn_06/Sepakat-kecam-serangan-Israel#ixzz2D3bfPU4P
© Utusan Melayu (M) Bhd
kekejaman terbaru rejim Israel yang menyerang Wilayah Palestin di Gaza sejak 14 November lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121121/dn_06/Sepakat-kecam-serangan-Israel#ixzz2D3bfPU4P
© Utusan Melayu (M) Bhd
kekejaman terbaru rejim Israel yang menyerang Wilayah Palestin di Gaza sejak 14 November lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121121/dn_06/Sepakat-kecam-serangan-Israel#ixzz2D3bfPU4P
© Utusan Melayu (M) Bhd

Seingat ibu, sejak kecil ibu telah dihidangkan dengan berita-berita kekejaman Israel. Banyak pengetahuan tentang Palestin yang ibu peroleh melalui pembacaan. Namun, ibu sedar pengetahuan anak-anak ibu tentang sejarah Palestin amat cetek. Beberapa hari ini Faiz dan Faiq banyak bertanya tentang Palestin dan Israel. 

Jadi, ibu ingin simpan sedikit maklumat tentang sejarah Palestin di laman ini sebagai rujukan mereka. Boleh saja ibu minta mereka cari sendiri namun ibu bimbang maklumat yang diterima salah dan terpesong dari kenyataan. Dalam pencarian, ibu terjumpa beberapa artikel yang menyokong perjuangan Israel dan menegaskan bahawa bumi Palestin itu sebenarnya hak Israel. 

Hari ini ibu nak kongsikan maklumat tentang Sejarah Palestin dan Israel.

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka.

Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa.

Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.

Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.

Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya.

Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).

Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.

Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.

Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian.

Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.

Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi.

Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan.

Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan 'fatwa' mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi.

Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat.

Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.

Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.

Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai.

Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.
Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah.

Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary.

Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain.

Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis.

Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab.

Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain.

Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.

Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, "Hari ini, Perang Salib sudah berakhir".

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.

Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann.

Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.

Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut.

Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju.
Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:

"Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?"

"Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!"

"Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!"

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama.

Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.

British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.

Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular.

Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu, "Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?"

Lord Curzon menjawab, "Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam".

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.

Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.

Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan.

Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri.

Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler.

Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4.
Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel.

Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki.

Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman.

Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan.
Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB.

Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.

Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.

Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust tersebut.
Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika.

Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.

Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin.

Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.

Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya dua; sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam yang menyokong perjuangan Palestin.

Di manakah kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan.
[sumber]


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA