Jumaat, 18 Julai 2014

Tragedi MH17

Sekali lagi seluruh dunia tersentak. Belumpun reda dengan tragedi kehilangan pesawat MH370, malam tadi kita dikejutkan dengan satu lagi tragedi dahsyat yang melibatkan Pesawat Malaysia Airlines apabila pesawat Boeing 777 MH17 ditembak jatuh di Ukraine. Dugaan buat kita, seluruh rakyat Malaysia.

Ibu mengetahui tentang kejadian ini semasa bangun sahur pukul 4.30 pagi tadi. Allahu akhbar! Sukar untuk mempercayainya, namun itulah ketentuan Allah. Apa² sahaja boleh berlaku dengan izin-Nya.




MH17 DITEMBAK 
295 penumpang, anak kapal terbunuh

Kuala Lumpur: Pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, malam tadi.
Ketika kejadian, pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.

MAS melalui laman Facebooknya, mengesahkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat itu ketika kedudukan terakhir pesawat berkenaan di ruang udara Ukraine.
(sumber:Berita Harian)

Kejadian ini berlaku hanya sepuluh hari sebelum kita menyambut Aidilfitri. Ibu amat bersimpati dan turut merasai kesedihan yang ditanggung oleh keluarga mangsa. Moga mereka tabah dengan dugaan ini.



Ps: Satu lagi ujian Allah buat kita. Namun, usah sama sekali kita mengalih perhatian terhadap isu GAZA. Teruskan menyumbang dan berdoa buat saudara² kita di sana.




2 ulasan:

  1. Terkejut dengan berita ini. Apapun yang terjadi semua pihak perlu muhasabah diri. Mungkin ada perkara yang kita buat sehingga mengundang kemurkaan Allah

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah untuk mangsa. semoga mereka berada dalam kalangan yang dikasihi-Nya

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA