Sejak semalam banyak mesej yang diterima melalui aplikasi whatsapp yang memohon doa buat rakyat Gaza. Hari ini, Israel laknatullah dijangka menyerang Gaza secara besar-besaran. Allah!
Marilah kita sama² menadah tangan, memanjatkan doa untuk saudara² kita di Palestin dengan membaca Qunut Nazilah.
Kita digalakkan membaca Qunut Nazilah ketika didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti kezaliman, penganiayaan, ketakutan, ditimpa wabak dan sebagainya supaya kita dilindungi Allah.
Berikut dikongsikan cara membaca Qunut Nazilah yang dirujuk dari laman web Jakim.
Cara Membaca Qunut Nazilah
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
Peringatan:
Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka mengaminkan bersama doa tersebut.

- Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
- Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran.
- Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.
Peringatan:
Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka mengaminkan bersama doa tersebut.
Maksudnya:
Ya Allah, Sesungguhnya kami bermohon pertolongan-Mu,
kami meminta ampun kepada-Mu, kami memohon petunjuk dari-Mu, kami
beriman kepada-Mu, kami berserah kepada-Mu dan kami memuji-Mu dengan
segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri-Mu, kami
melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada-Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat
dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap
rahmat-Mu dan kami takut akan azab-Mu kerana azab-Mu yang sebenar akan
menyusul mereka yang kufur.
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di
mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala,
peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari
segala bala kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan
Engkau, ya Allah.”
Insyaallah boleh dibaca ketika solat fardhu pada rakaat yang terakhir.
BalasPadamKita tidak sampai berjuang dengan mata pedang, kita mampu berjuang dengan doa dan wang
Perkongsian yang berguna ini akak. Boleh di amalkan ketika bacaan dalam solat subuh sebagai tambahan.
BalasPadam