Jumaat, 19 September 2014

7 Tips Hidup Sihat ala Rasulullah

Assalamualaikum. Salam sejahtera buat sahabat sekalian. Moga anda semua dipayungi dengan rahmah dan kasih sayang Allah SWT. 

Sedikit perkongsian untuk kita bersama pagi ini. Islam amat menitikberatkan kesihatan. Dan, sudah tentu orang yang paling sihat di dunia ini ialah Rasulullah SAW. Buktinya, dalam rekod sepanjang hayat Nabi Muhammad, baginda hanya pernah sakit dua kali sahaja. Salah satu daripadanya adalah sakit yang membawa kepada kematiannya.

Berikut dikongsikan 7 tips hidup sihat ala Rasulullah.


7 tips hidup sihat
Sumber: Majalah Ummi

7 Tips Hidup Sihat ala Rasulullah

  1. Tidak makan sebelum lapar, berhenti makan sebelum kenyang.
  2. Mengunyah makanan sehingga 32 kali.
  3. Memilih makanan yang halal dan toyyib.
  4. Istiqamah puasa sunat.
  5. Menjaga kebersihan (gigi, kuku, rambut dll).
  6. Tidur lebih awal bangun lebih awal.
  7. Rasulullah SAW hampir tidak pernah marah.
Banyak lagi sunnah Radulullah yang dapat membuatkan tubuh kita sihat. Jom kita kongsikan di ruangan komen...



Selasa, 16 September 2014

Selamat Hari Malaysia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

16 September 1963 adalah hari penubuhan Malaysia  yang menyaksikan penyatuan Tanah Melayu,  Sabah, Sarawak & Singapura. Walau bagaimanapun Singapura akhirnya telah keluar dari Malaysia.

Pada tarikh tersebut, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan rasminya telah mengisytiharkan penubuhan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Selamat Hari Malaysia yang ke-51. Marilah kita bersama-sama berganding bahu membina kemakmuran ekonomi, mempertahankan kedaulatan dan memelihara keharmonian negara.

Semoga negara Malaysia tetap aman damai dan sentosa serta sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hendaknya.

Ps: Selamat Hari Lahir juga untuk diri sendiri.


Rabu, 10 September 2014

Ujian Sains UPSR Ditangguhkan




Ahad, 31 Ogos 2014

Salam Kemerdekaan ke-57

Hari ini genap 57 tahun kemerdekaan tanah air tercinta ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para pejuang kemerdekaan yang telah mewariskan kepada kita sebuah negara yang merdeka, sebuah negara yang aman, bebas dan makmur. 

Sesungguhnya nikmat yang kita kecapi hari ini tidak datang begitu sahaja sebaliknya diperoleh dengan pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh oleh generasi yang terdahulu. Jasa dan pengorbanan yang tidak terhingga nilainya dan legasi yang tidak sedikit kesannya ini patutlah kita hargai. 

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Kemerdekaan bermakna kita memberikan sepenuh komitmen dan sentiasa mempunyai kasih sayang yang mendalam untuk negara tanah tumpah darah kita. Sama-sama kita tunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi ini melalui komitmen yang tinggi untuk berbakti kepada tanah air melalui bidang dan cara masing-masing. Sama-samalah kita pelihara keamanan dan kestabilan negara ini melalui pemupukan semangat persefahaman dan toleransi yang tinggi. Sama-samalah kita bina kekuatan tanpa mengira siapa kita. 

Selamat ulang tahun kemerdekaan yang ke-57. Semoga bumi Malaysia sentiasa dibawah perlindungan Allah, semoga kita sentiasa diberikan rahmat dan kasih sayang-Nya dan sama-samalah kita menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.


Salam kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Malaysia...
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.






Sabtu, 30 Ogos 2014

CPUV Campaign | HP PC Demand Gen Digital

cpuv-121

Assalamualaikum. Salam Merdeka buat seluruh rakyat Malaysia.

Alhamdulillah, satu lagi CPUV campaign singgah di blog ini; HP PC Demand Gen Digital. Dah lebih seminggu barulah kehadiran dialu-alukan huhu.. Maklumlah tuan blog sibuk memanjang. 

Ini adalah CPUV yang ketiga untuk bulan Ogos. Dua sedang on going manakala satu lagi telah credited. Jadi setakat ini sebanyak 121 CPUV campaign telah terkumpul di blog ini. Alhamdulillah, syukur. Terima kasih Nuffnang, terima kasih HP.

Terima kasih juga kepada pengunjung blog ini yang terus memberikan sokongan biarpun blog kecil ini semakin menyepi. 

 


Ahad, 24 Ogos 2014

MH17: Secebis Kisah

Assalamualaikum buat semua.

Pagi ini ibu menyediakan sarapan bertemankan celoteh juruhebah Radio Klasik, Ebby Halim Al-Firdaus. Seperti biasa, Halim berkongsi sms daripada para pendengar Radio Klasik. Salah satu perkongsian pada pagi ini amat menyentuh perasaan ibu. Pastinya pendengar lain juga rasa begitu malah suara Halim terhenti seketika ketika bercerita, mungkin menahan sebak di dada.

Salah seorang pengirim sms adalah hamba Allah yang hanya ingin dikenali sebagai Swee Lan. Swee Lan menceritakan bagaimana senyuman dan kelembutan seorang pramugari MAS semasa dalam penerbangan pulang dari Beijing suatu ketika dulu telah memikat hatinya lalu mereka berkenalan dan bermulalah persahabatan antara mereka.

Si Pramugari yang dianggap sebagai kakak itu telah banyak membimbingnya mengenali Islam hinggalah akhirnya Swee Lan mendapat hidayah dan memeluk Islam. Hubungan mereka kemudiannya terputus setelah Swee Lan kehilangan telefon bimbit.

Sejak itu Swee Lan tidak lagi mendengar khabar temannya itu sehinggalah suatu hari gambar temannya itu terpampang di muka depan akhbar. Allahu Akhbar... Rupa-rupanya temannya itu merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas MH17.

Moga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin...



Sabtu, 23 Ogos 2014

Bahagia itu Milik Orang yang Bersyukur


Jika kekayaan bisa membuatkan orang bahagia, tentunya Adolf Merckle, orang terkaya dari Jerman tidak akan meniarapkan di atas landasan kereta api.

Jika kemasyhuran boleh membuatkan orang bahagia, tentunya Micheal Jackson, penyanyi terkenal USA tidak akan mengambil ubat tidur secara berlebihan.

Jika kekuasaan bisa membuatkan orang bahagia, tentunya G. Vargas, presiden Brazil tidak akan menembak jantungnya sendiri.

Jika kecantikan boleh membuatkan orang bahagia, tentunya Marilyn Monroe, artis jelita dari USA tidak akan menelan pil tidur dan mengambil ubat terlarang secara berlebihan.

Jika kesihatan bisa membuatkan orang bahagia, tentunya Thierry Costa, doktor terkenal dari Perancis tidak akan membunuh diri hanya kerana kritikan dalam sebuah acara televisyen.

Ternyata bahagia atau tidaknya hidup seseorang itu bukan ditentukan oleh kekayaan, kecantikan, kemasyhuran, kekuasaan, kesihatan atau kejayaan dalam hidupnya. Tapi yang boleh membuat seseorang itu bahagia adalah dirinya sendiri. Mampukah mereka mensyukuri semua yang sudah dimiliki.

Jika kebahagiaan boleh dibeli, pastinya orang² kaya akan membeli kebahagiaan itu dan kita akan sukar mendapatkan kebahagiaan kerana sudah diborong oleh mereka.

Jika kebahagiaan itu ada di suatu tempat, pasti belahan lain bumi ini akan kosong kerana semua orang akan  berkumpul di sana, di mana kebahagiaan itu berada.

Untungnya kebahagiaan itu berada dalam hati setiap manusia. Jadi, kita tidak perlu membeli atau pergi mencari kebahagiaan itu.

Yang kita perlukan ialah HATI yang BERSIH dan IKHLAS serta FIKIRAN yang JERNIH. Maka, kita bisa mencipta rasa BAHAGIA itu pada setiap masa, di mana dan dalam keadaan apa sekalipun.

Sesungguhnya, KEBAHAGIAAN itu milik orang yang BERSYUKUR.

Sumber: FB








Jumaat, 22 Ogos 2014

Kepulangan yang Dinanti

Kira-kira pukul 3.40 petang Khamis (9.40 malam waktu Malaysia), pesawat khas MAS Boeing 747 yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 akhirnya berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Amsterdam. Pesawat MH6129 itu akhirnya mendarat di KLIA tepat jam 9.54 pagi Jumaat.

Satu demi satu keranda dibawa turun dengan penuh istiadat. Upacara penghormatan jenazah selesai jam 10.54 pagi apabila kesemua 17 keranda dan tiga bekas berisi abu mayat mangsa dimasukkan ke dalam 20 kenderaan jenazah. Serentak dengan itu, rakyat Malaysia di seluruh negara bertafakur selama seminit memberi penghormatan terakhir buat mangsa.

Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke destinasi masing-masing untuk dikebumi atau disemadikan.

Hari ini Malaysia menangis. Hibanya hati menyaksikan kepulangan mereka. Lebih sayu melihat anak-anak merintih hiba kerana kehilangan ayah dan ibu sekelip mata. Ratap pilu ibu bapa yang kehilangan anak yang disayangi, isteri yang kehilangan suami tercinta dan suami yang kehilangan isteri yang dikasihi cukup meruntun kalbu.

Tragedi MH17 yang berlaku 37 hari lalu tidak mungkin akan luput dari ingatan ahli keluarga mangsa sepanjang hayat mereka. Biarpun hari ini ketibaan jenazah mangsa diberikan penghormatan tertinggi negara, namun ia tidak mampu menghilangkan kesedihan, kepiluan, kerinduan dan rasa kehilangan yang akan ditanggung mereka sepanjang hayat. Tambahan pula kehilangan insan tersayang dalam keadaan yang cukup tragis dan tidak pernah diduga.

Sesungguhnya, Allah jua yang mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. Daripada Dia kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.




Khamis, 21 Ogos 2014

Pertandingan Kalam Jamaie

Assalamualaikum. Salam 25 Syawal 1435H.

Hari ini pasukan kalam jamaie sekolah ibu menyertai Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Daerah Jerantut yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut.

Untuk pengetahuan, kalam jamaie adalah pertandingan coral speaking dalam bahasa Arab. 

Pada tahun 2012, SK Temin berjaya menduduki tempat ketiga peringkat kebangsaan.  Kejayaan itu pernah ibu ceritakan di sini. Tahun 2013, sekali lagi SK Temin berjaya mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan namun tidak berjaya mendapat tempat. 

Moga penyertaan kali ketiga ini menghasilkan kejayaan yang lebih membanggakan.

Peserta SK Temin bergambar sementara menunggu giliran.
Semoga berjaya!







Rabu, 20 Ogos 2014

Wordless Wednesday 38: Tapai Pulut






Selasa, 19 Ogos 2014

Strawberi nan Sebiji

Assalamualaikum. Salam 23 Syawal 1435H.

Nak cerita sikit pasal pokok strawberi yang ibu tanam.
Pokok ni ibu beli di nursery awal tahun yang lalu.
Sedang memilih pokok bunga, terpandang pokok strawberi ni.
Terpikat dan terus terbeli. 
Tetiba rasa nak tanam walaupun tahu cuaca tak sesuai.

Beberapa minggu kemudian pokok mula beranak-pinak. 
Anak² pokok diubah ke pasu lain.
Tidak lama kemudian pokok mula berbunga. 
Adalah 3 kuntum dan membesar menjadi putik. 
 Tapi sayang, bukan rezeki tuannya.
Belum sempat besar dah dijamah oleh sang semut. 

Kini dia berbuah lagi. Tak banyak pun, hanya sebiji. 
Wah, tuannya gembira sekali! Harap² kali ini rezeki untuk diri sendiri.
 
Strawberi sebiji ni ditatang bagai minyak yang penuh.
Dibelek setiap pagi dan petang. Besarlah harapan tuannya untuk
melihat ia terus membesar dan akhirnya boleh dijamah.
 
Sibuk je ibu ni kan. Strawberi sebiji riuh sekampung.
Orang lain petik strawberi berbakul² tak bisingpun.
 
 
 





Isnin, 18 Ogos 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...





Ahad, 17 Ogos 2014

Meriahnya Raya @ Kelas Terbuka

Jumaat, 19 Syawal 1435H, sekolah ibu mengadakan majlis raya. Murid² cukup seronok sebab dah banyak tahun sekolah tak mengadakan majlis raya. Paling menyeronokkan apabila mereka dibenarkan memakai baju raya. 

Beberapa tahun lepas sekolah pernah mengadakan majlis raya tetapi murid² beraya dengan uniform sekolah. Mengapa dan kenapa.. jangan ditanya sebab ibu tak ada jawapannya.
 Berhimpun untuk mendengar ceramah agama. Ceramah diadakan hingga pukul 9.30. Kemudian, murid² beraya di kelas masing². Selepas menjamu selera di kelas, Mereka mula menziarahi rakan² di kelas lain. Suasana cukup meriah. 

Posing dulu sebelum makan.
Inilah putera puteri kelas ibu seramai 35 orang; 25 perempuan dan 10 lelaki. Terselit putera bongsu berbaju oren.


Tiga jejaka tampan ni antara tetamu terawal datang beraya di kelas ibu. Ketika ini tinggal ibu je yang melayan mereka. 35 orang tuan rumah lesap beraya entah ke mana.  

Banyak makanan yang dibawa dari rumah. Selain biskut dan kerepek ada yang bawa mi goreng, nasi impit, makaroni goreng dan puding. Ibu sendiri bangun awal pagi memasak spiral goreng dengan gigihnya. Tapi sayang, lagi sekali terlupa nak snap gambar.

 Kek yang dibawa oleh seorang murid. 

Pukul 11.30 pagi, kami mula mengemas dan membersihkan kelas. Tak perlu bersusah payah bawa balik makanan yang lebih sebab semuanya habis dimakan. Alhamdulillah.





Sabtu, 16 Ogos 2014

Cerita Raya

Assalamualaikum. Salam Syawal 1435H.

Petang tadi dapat mesej daripada adik yang menjemput kami ke rumahnya selepas Isyak. Rumahnya tak jauh mana tapi baru semalam sempat berkunjung. Maklum aje lah masing² bekerja. Cuti hujung minggu pula sibuk dengan macam² urusan.

Alhamdulillah, rezeki 20 Syawal. Kami dijamu dengan laksam dan pecal. Kebetulan pula dah lama tak merasa kedua² jenis masakan tu. Kesemua kami enam beradik yang tinggal di sini hadir bersama keluarga masing-masing. 

Maaf ibu pinta kerana menghidangkan entri makan² tanpa gambar makanan. Perut tengah kosong, nampak makanan terus ngap.. Makanan dah nak habis baru teringat nak snap gambar. Lebih baik tak usah. Betul tak?

 
 Ibu bersama adik, Nor Fazilah (kanan) dan Nor Azlina (kiri).
Kami bertiga berkongsi kerjaya sebagai guru. Malah pasangan masing² juga bergelar cikgu.  

Ini anak sepupu ibu yang baru berusia tiga bulan. 
Pahang + Kelate = Comel sangat.

Ps: Alangkah bertuahnya andai ada sesiapa nak bagi baby kat ibu..

 


Jumaat, 15 Ogos 2014

Majlis Persaraan Guru Besar

Masih ingat entri Wordless Wednesday 37: Majlis Persaraan? Entri itu sekadar sekeping gambar pentas yang telah siap dihias dengan backdrop tertulis "Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti". Ada antara rakan blogger yang bertanyakan adakah ini majlis persaraan ibu. Ada juga yang mengagak hiasan pentas itu hasil sentuhan ibu.

Sebenarnya majlis pada 6 Ogos 2014 itu adalah majlis persaraan guru besar sekolah ibu, Tuan Haji Hamidon bin Abu Bakar. Maaflah, cerita dah basi baru nak buat entri. 

Tuan Haji Hamidon menjadi guru besar di sekolah ini sejak 16 tahun yang lalu dan bersara pada usia 56 tahun. Banyak kejayaan yang diraih oleh sekolah ini sepanjang berada di bawah pimpinan beliau.

 
Pentas kali ini bukanlah idea ibu dan rakan² setugas seperti kebiasaannya. Masa amat suntuk kerana majlis diadakan hanya 3 hari selepas cuti Aidilfitri. Jadi, hiasan pentas kali ini adalah sentuhan idea orang yang lebih mahir.

Beberapa hari sebelum majlis. Cap ibu jari semua guru dan staf sokongan dikumpulkan menjadi pohon kenangan. Tuan blog tak lepaskan peluang. Gambar terbaik (kononnya) setelah beberapa kali posing.

Ibu dan si bongsu tak ketinggalan bersalaman, menerima cenderamata dan mendengar pesanan terakhir daripada Tuan Guru Besar.

Menulis dan menandatangani rekod kehadiran buat kali terakhir.

Acara memotong kek bersama isteri dan peserta koir. 
Faiq menyorok kat mana la agaknya..

 Lambaian terakhir. Sesungguhnya, Sekolah Kebangsaan Temin telah kehilangan seorang pemimpin yang amat berwibawa.

Acara bebas selepas majlis. Senyum puas hati kerana majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Macam biasa, tuan blog berdiri di belakang sekali.
Kalaulah ini majlis persaraan ibu...





Khamis, 14 Ogos 2014

CPUV | Air Asia Go - Korea Sale & Mayfair Bodyline

Assalamualaikum. Salam Syawal 1435H.

Sejak Ramadhan lalu, blog kecil ini makin sepi. Banyak cerita yang ingin dikongsi namun masa amat terbatas.Ramadan lalu banyak masa diperuntukkan untuk keluarga.Kini masa lebih banyak dihabiskan untuk kerja. Tinggal sebulan sahaja lagi anak didik akan menduduki UPSR.Jadi, cikgunya dah tak boleh duduk diam.Kepada para pengunjung yang sering singgah di sini, maaf dipinta. 


Ini dia 2 CPUV terbaru yang singgah di blog ini; Mayfair Bodyline dan Air Asia Go - Korea Sale. Ini merupakan CPUV ke 119 dan 120 untuk Ibu Berbicara. Terima kasih Nuffnang. Terima kasih Mayfair Bodyline dan Air Asia yang sudi beriklan di sini. Jika ingin tahu lebih lanjut, klik²lah iklan tersebut ye.

Jumpa lagi. Assalamualaikum..




Selasa, 12 Ogos 2014

Jangan Berhenti Memberi Kebaikan

Assalamualaikum. Salam Syawal 1435H.

Jika diberi peluang, yang mana jadi pilihan? Naik pangkat atau rezeki yang berkat? APC atau anak-anak yang 'menjadi'? Rasanya tak sukar untuk kita membuat pilihan. Namun, betulkah pilihan kita dalam realiti kehidupan?

Ramai yang kecewa kerana keikhlasan dan kegigihan bekerja tidak dihargai majikan. Sebaliknya, orang yang bermuka², kaki ampu dan kaki bodek sering diberi pengiktirafan.

Soalnya, penghargaan daripada siapakah yang lebih kita inginkan? Penghargaan manusia yang pemberiannya terbatas atau penghargaan Allah yang Maha Memberi?

Sebenarnya, tanpa sedar kita telahpun diberi ganjaran atas keikhlasan dan kegigihan kita bekerja. Bukankah anak² yang cemerlang dan berjaya dalam hidup merupakan ganjaran yang tidak ternilai harganya? Adakah pasangan yang setia dan membahagiakan itu pemberian yang sia²?


Sesungguhnya Allah maha Mengetahui. Dia memberikan ganjaran yang lebih baik, yang lebih kita sukai dan yang lebih kita perlukan. Begitulah takdir Allah, terlalu misteri dan tidak terjangkau dek pemikiran kita. 

Ingatlah bahawa tidak ada kebaikan yang diperoleh melalui jalan yang salah. Mungkin ada yang hidup senang lenang hasil ampu dan bodek namun hakikatnya, bahagiakah mereka? Mampukah mereka memperoleh ketenangan hati? 

Justeru, teruslah bekerja dengan gigih kerana sesungguhnya, Allah maha melihat.
















Rabu, 6 Ogos 2014

Wordless Wednesday 37: Majlis Persaraan

majlis persaraan



Jumaat, 1 Ogos 2014

Wear Hijab


Dear sisters!
One day you will all covered from head to toe.
Don't let your last day on earth
be the first day you wear hijaab!




Rabu, 30 Julai 2014

Wordless Wednesday 36: Cerita Kita

cerita kita
Sumber:FB


Wordless Wednesday 35: Bahagia dan Syukur




Wordless Wednesday 34: Puasa 6

puasa 6



Isnin, 28 Julai 2014

Salam Aidilfitri 1435H


Ramadhan 1435H telah melabuhkan tirainya.
Terasa betapa pantasnya masa berlalu.
Terlerailah sudah ikatan syaitan
yang akan kembali melakukan kerja² asalnya. 
Para penghuni kubur juga kembali kepada asalnya.
Doakan mereka yang telah pergi mendahului kita.  

Kini, fajar Syawal telah menjengah.
Kita kembali kepada fitrah.
Moga dosa² kita diampunkan.
Dan, nama kita tercatat indah di pintu Syurga. 

Sepuluh jari disusun
Memohon ampun dan maaf
atas segala kekhilafan diri.

Andai kata membekas lara
Andai tingkah menoreh luka
Andai bicara menikam jiwa
Ampun dan maaf dipinta.

SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin
Taqabalallahuminna waminkum 

Moga dapat bertemu lagi denganmu ya Ramadhan 

Daripada:
Ibu sekeluarga






Ahad, 27 Julai 2014

Amalan Malam Hari Raya


Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.

Huraian Hadith: 
  1. Umat Islam digalakkan menyambut hari raya dengan Takbir dan Tahmid sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah. Malah orang-orang yang beriman yang menghidupkan malam hari raya dengan beramal dan beribadat kerana Allah, hatinya akan hidup (bahagia dan gembira). Mereka akan mendapat balasan yang baik di sisi Allah S.W.T.
  2. Sebaliknya orang-orang yang kufur engkar, hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpa dengan sebuiruk-buruk balasan.
Sumber: JAKIM

jangan berhenti berlari





Sabtu, 26 Julai 2014

Ucapan Aidilfitri


Berikut adalah antara ucapan sempena Aidilfitri 

yang bakal disambut esok.
Pilihlah ucapan untuk dikirimkan kepada
saudara mara serta handai taulan.

Ada tikanya..
MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf mentafsir, dan..
HATI tersilap menduga.
Mohon maaf atas segalanya
Salam Aidil Fitri
Maaf zahir dan batin.

Tangan dihulur maaf dipinta,

Salah dan silap harap dilupa,
Erat silaturahim sesama kita,
Ceria dan gembira di hari mulia.
SALAM AIDILFITRI
Maaf Zahir dan Batin.

Kata Imam Al-Ghazali:

Yang jauh itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,
Yang panjang itu AMAL SOLEH,
Yang indah itu SALING MEMAAFKAN.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Satu Syawal menjelang tiba,

Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,

Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Tangan dihulur pohon kemaafan.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi,

Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal di hati.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Andai jemari tak sempat berjabat,

Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Kuhulurkan salam menyambut Aidilfitri.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan.

Jika hati seputih awan, jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Ramadhan kini beransur pergi,

Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Mohon dimaafkan kekhilafan diri,
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Jambangan indah lagi Berseri,

Menjadi hiasan di Aidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa di hati.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat pulut di atas para,

Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dikirim pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN.

Kian berlabuh tirai Ramadhan,

Lambaian Syawal kini mengganti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Moga kesalahan akan dimaafi.
SALAM AIDILFITRI.

Maaf dipinta andainya..

Terkasar bahasa
Tersilap bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya yang tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpinjam harta benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila-bila.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Pelita indah lagi berseri,

Menjadi hiasan di Aidilfitri,
SMS dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Biar hati sejernih air,

Jangan pula dipenuhi lumpur,
Kalau salah saya belum berakhir,
Harap diampun dengan rasa syukur.

Jika budi dipenuhi ikhlas,

Janganlah ia disulam tuba, 
Jika salah masih berbekas,
Harap diampun di hari raya.

Biar amarah disunting senyum,

Ibarat pekerti disulam kasih,
Harap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki yang tidak disisih.
SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.
MOHON AMPUN dan MAAF ATAS SEGALANYA
SALAM AIDILFITRI




Khamis, 24 Julai 2014

Ayam Goreng Bersos Lemon

Assalamualaikum, diharap semuanya sihat walafiat.  
Hari ni ibu nak bercerita pasal masak². 
Maaf ye sebab tepek gambar makanan di bulan puasa ni. 
Tiada niat lainpun, sekadar coretan kenangan buat ibu sekeluarga.  

Hampir sebulan berpuasa barulah berkesempatan bercerita pasal masak².
Walaupun setiap hari ibu memasak untuk juadah berbuka namun tak berkesempatan untuk berkongsi cerita di sini.  

Dah jadi kebiasaan bagi ibu, balik dari sekolah terus kemas² rumah. 
Lepas tu rehat sekejap. Pukul 6 baru sempat ke dapur. 
Masakpun yang mudah² je. Elok siap masak, 
azan Maghrib dah berkumandang. 
Tak sempatlah nak bergambar bagai.  

Ayam Goreng Bersos Lemon inipun bukanlah juadah berbuka kami.
Ude yang masakkan beberapa hari sebelum Ramadhan.


Ayam Goreng Bersos Lemon
Gambar yang kurang menjadi dek pencahayaan yang romantik di mahligai ini.

Resipi Ayam Goreng Bersos Lemon

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Tepung jagung
  • 1 biji telur ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan sos:

  • 2 biji lemon - ambil jus
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1/2 cawan air
  • Gula secukup rasa

Cara Memasak: 
  1. Isi ayam digaul bersama telur serta garam dan gula. Perap seketika.
  2. Gaul isi ayam dengan tepung jagung lalu digoreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 
  3. Untuk sos, panaskan air bersama jus lemon dan gula secukupnya. 
  4. Pekatkan sos dengan tepung jagung yang telah dibancuh air. 
  5. Curahkan ke atas daging ayam tadi atau boleh dihidangkan berasingan.
 Selamat mencuba..





COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA