Selasa, 19 Ogos 2014

Strawberi nan Sebiji

Assalamualaikum. Salam 23 Syawal 1435H.

Nak cerita sikit pasal pokok strawberi yang ibu tanam.
Pokok ni ibu beli di nursery awal tahun yang lalu.
Sedang memilih pokok bunga, terpandang pokok strawberi ni.
Terpikat dan terus terbeli. 
Tetiba rasa nak tanam walaupun tahu cuaca tak sesuai.

Beberapa minggu kemudian pokok mula beranak-pinak. 
Anak² pokok diubah ke pasu lain.
Tidak lama kemudian pokok mula berbunga. 
Adalah 3 kuntum dan membesar menjadi putik. 
 Tapi sayang, bukan rezeki tuannya.
Belum sempat besar dah dijamah oleh sang semut. 

Kini dia berbuah lagi. Tak banyak pun, hanya sebiji. 
Wah, tuannya gembira sekali! Harap² kali ini rezeki untuk diri sendiri.
 
Strawberi sebiji ni ditatang bagai minyak yang penuh.
Dibelek setiap pagi dan petang. Besarlah harapan tuannya untuk
melihat ia terus membesar dan akhirnya boleh dijamah.
 
Sibuk je ibu ni kan. Strawberi sebiji riuh sekampung.
Orang lain petik strawberi berbakul² tak bisingpun.
 
 
 





5 ulasan:

  1. Allhamdulillah... seronoknyer bila tgk dah berbuahkan...

    BalasPadam
  2. Bukan senag nak dapat hasilnya kalau bukan tempat dan cuaca yang sejuk. tahniah akak dapat juga hasilkan.

    BalasPadam
  3. wah..bebuah..alhamdulillah..:)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah.. moga2 ada rezeki tuannya itu, aamiin

    BalasPadam
  5. Kalau sy pun akn teruja jgk.. :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA