Rabu, 29 Februari 2012

Akhirnya Kau Tiba Jua..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini, bagi ibu umpama hari-hari lain yang kedatangannya tidaklah dinanti-nanti dan pastinya akan dibiarkan berlalu sepi. Namun begitu, hari ini; 29 Februari amat istimewa bagi sesetengah orang. Istimewa mungkin kerana tarikh lahir mereka jatuh pada tarikh ini dan tidak kurang juga yang menyambut ulang tahun perkahwinan pada tarikh tersebut.

Bagi insan-insan yang sabar menunggu tarikh istimewa ini, tahniah daripada ibu. Moga setiap detik 29 Februari 2012 ini kalian penuhi dengan kegembiraan dan kesyukuran.


Ada tak rakan-rakan ibu yang menunggu tarikh ni??





Selasa, 28 Februari 2012

Lain Diharap, Lain yang Dapat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dah dua hari teratak ibu ni terbiar sepi. Almaklum, kesibukan masih menyelubungi. Yang pasti keadaan ini akan berterusan tanpa ibu tahu bila akan bernoktah. Setiap hari ada saja tugasan baru sedangkan yang sedia ada belum berkurang.

Berbalik kepada tajuk entri, mulai minggu ni, jadual waktu mengajar ibu dah berubah. Sebelum ni, berharap juga agar jadual lebih sekata. Tiada lagi hari Khamis macam dulu (amat memenatkan kerana waktu mengajar yang padat). Rupa-rupanya, harapan tinggal harapan. Disebabkan pelbagai kekangan, hari Khamis itu dah bertambah jadi dua hari. Cuma harinya dah berubah; tidak lagi Khamis.

Kini, ibu akan berhadapan dengan dua hari yang mencabar kekuatan fizikal dan mental. Mana tidaknya, pada dua hari tersebut (Isnin dan Selasa) ibu akan turun naik tingkat tiga berkali2 dalam sehari. Tingkat tiga tu bukan dalam satu bangunan je tau! Ada empat bangunan tiga tingkat di sekolah ibu.

Dalam kepenatan tu ibu tetap bersyukur. Sebenarnya, inilah senaman ibu setiap hari; turun naik tangga. Nak berjoging memang tak sempat. Ketika orang lain berjoging, itulah masa ibu mengadap kerja-kerja sekolah.  Nak beraerobik jauh sekali. Cuma, setiap hari ibu memanjatkan doa agar diberi kesihatan dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang.

 
Salah sebuah bangunan sekolah ibu

P/s: Kepada rakan-rakan guru yang bergotong-royong menceriakan tandas ptg tadi akak minta maaf sebab tak dapat join. Taklimat di PPD tamat dah hampir jam 5.00 petang..


Ahad, 26 Februari 2012

Jom Rasa Jering Rebus

Tentu kalian masih ingat entry ibu tentang bunga kunyit di sini dan sini. Menurut orang² tua, bunga kunyit ini banyak kegunaan dan khasiatnya. Selain dijadikan ulam-ulaman, bunga kunyit juga boleh dibuat kerabu. Menurut mereka, amalan makan bunga kunyit ini baik untuk kesihatan di samping awet muda.
 Kredit: google image

Jom, kita kongsikan resipinya. Maaf kerana tak ada gambar untuk entri masak² kali ni. Ibu sendiri tak pernah buat kerabu bunga kunyit. Resipi ini ibu dapat daripada rakan ibu. Katanya, setiap kali pulang ke kampung, kerabu bunga kunyit ini adalah antara menu wajib mereka. 

Resipi Kerabu Bunga Kunyit 
Bahan-bahan:
  • bunga kunyit
  • kacang panjang
  • kacang botor
  • daun cekur 
  • tauge
  • bawang merah
  • udang kering
  • cili padi
  • jus limau nipis
  • garam
  • gula 

Cara membuatnya:
  1. Bunga kunyit, kacang panjang, kacang botor, dan daun cekur dimayang. 
  2. Cili padi, bawang, dan udang kering ditumbuk.
  3. Campurkan semua bahan dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis. 
  4. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas dan lauk utama yang lain.
p/s: Jom tanam kunyit.

 


Jumaat, 24 Februari 2012

Kisah Semalam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kisah semalam jadi entry ibu untuk hari ni. Macam biasa, semalam bermula dgn tugas rutin di sekolah. Tamat waktu persekolahan jam 1.20 ibu balik tapi sekejap je. Jam 2 petang ibu ke sekolah semula sebab ada kelas tambahan hingga jam 4 petang. Habis kelas tambahan terus ke majlis perjumpaan dengan ibu bapa murid tahun 6. Majlis tamat jam 6 petang. Tak perlulah ibu luahkan apa yang ibu rasa.. Rakan2 tentu faham kan???

Tengah hari sebelum balik, ibu terima panggilan daripada syarikat courier. “Ada kiriman untuk puan daripada Zefa Nor Asmara.” Dengar je nama Zefa, hati ibu berbunga2. Ibu dah tau apa yang sedang menunggu ibu. (Bungkusan tak dihantar ke alamat sebab tiada orang di rumah)

Jadi, sebenarnya, ibu balik sekejap tengah hari semalam bukan saje2. Balik bersebab. Bungkusan kena ambik sebab petang dah tak sempat. Barang dalam bungkusan tu dah lama ibu idamkan. Mana boleh tunggu-tunggu lagi.. Asyik terlepas je kalau ada yang jual di APC. Kebetulan nak jadi rezeki, Zefa tawarkan pada ibu. Apa lagi.. pucuk dicita, ulam mendatang.

Malam, barulah ibu berkesempatan membuka bungkusan. Nak tau apa yang ada di dalamnya?


v


v


v


v


Taraaaaaaaaaa…




Ini dia teko kicap bunga kangkung yang dah lama ibu idamkan..  
Terima kasih Zefa. Kalau ada lagi yang nak diletgo 
roger2 akak ye.. Bukan tamak tau!! 
Kesian teko tu tak berteman.



Rabu, 22 Februari 2012

The Biggest Loser @ SK Temin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Minggu ni giliran ibu bertugas bersama dua orang rakan guru. Nak jadikan cerita, ibu boleh tak perasan yang minggu ni ibu bertugas. Jadi, terpaksalah ibu mengendalikan perhimpunan mingguan tanpa apa-apa persediaan. Nasib baik jugalah topik “Sayangi Sekolah Anda”  yang perlu ibu sentuh agak mudah. Kalau tidak, mahu berpeluh sampai ke kaki.

Minggu ni Panitia PJK bersama Kelab Dr Muda melancarkan program “The Biggest Loser” sebagai menyahut seruan KPM untuk mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan pelajar (termasuk guru sekali sebenarnya tuuuu…)


Inilah banner bagi program tersebut.


Terlupa snap gambar semasa GB merasmikan program ni sebab sibuk atas pentas (Gelabah pun ye juga sebab tetiba je kena bertugas..)      

Sama macam program "The Biggest Loser" yang kita tonton kat tv tu, program ini mencari murid dan guru yang dapat mengurangkan peratusan berat badan tertinggi (macam tak kena je ayat ibu ni.. tapi fahamkan??) 

Petang tadi semasa aktiviti kokurikulum, aktiviti menyukat BMI (Indeks Jisim Tubuh) dijalankan. 

Dr Muda Nuwair & Dr Muda Alia sedang mengukur tinggi seorang rakan.


Berapa bacaannya, Dr Muda Naufal?



Dr Muda Indran & Dr Muda Farah belajar cara mengira BMI.

Murid-murid yang BMI mereka melebihi 23 diwajibkan menyertai program ini manakala guru-guru yang layak dipelawa untuk turut serta.

P/s: Disebabkan BMI ibu masih di tahap normal, maka ibu tak layak menyertai program ini (Wah, bangga gitu!!)


Selasa, 21 Februari 2012

Teratak yang Terbiar Sepi

Sebelum ini pernah ibu berbicara tentang sebuah lagi blog ibu; Teratak Impian. Kini, Teratak Impian kian usang dek kesibukan tuannya. Dah berbulan ibu tak menjenguk ke sana. Berbulan juga ibu menolak sebarang tempahan. 


Selepas pemantauan nazir untuk "New Deal", ingatkan bolehlah teratak ibu yang satu itu beroperasi semula. Namun, rupa-rupanya harapan tinggal harapan. Sekolah ibu dicalonkan pula untuk beberapa pertandingan lagi, baik peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan. Nampak gayanya, kesibukan ini akan berpanjangan, dan semakin usanglah teratak ibu tu.


Ahad, 19 Februari 2012

28th Birthday Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni ibu nak join GA ke-2  anjuran Teratak Mawaddah.
GA ni sempena hari lahir tuan punya blog suami isteri yang kebetulan jatuh pada bulan Februari.

 
Ingin turut serta?
Klik banner atau sini

Tarikh Tutup: 23 Februari 2012

Gurindam khas buat Saida & Fikri:

28th birthday GA ibu sertai,
Buat meraikan Saida dan Fikri.

9 dan 15 Februari tarikh bererti,
Moga kedua-duanya sentiasa diberkati.

Selamat hari lahir ke-28,
Moga bahagia mengiringi kehidupan.

Ya, Allah.. suburkanlah kasih sayang mereka,
Kekal bahagia hingga ke syurga.




Sabtu, 18 Februari 2012

Khidmatmu Berakhir Sudah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tentu ada yang tertanya2. Khidmat siapa yang berakhir? GB ibu bersara ke? Jangan buat pasal tau.. Perkhidmatan GB ibu masih berbaki beberapa tahun lagi.

Sebenarnya, ibu nak ceritakan tentang jam tangan ni...
Sebenarnya, ibu nak ceritakan tentang jam tangan ni...

Jam ni amat istimewa buat ibu kerana... 
Bukan hantaran kahwin.
Juga bukan hadiah ulangtahun perkahwinan. 
Hadiah hari jadi pun bukan.

Sebenarnya, jam ni ibu beli pada tahun 1998. Amat berharga kerana ibu beli dengan duit yang ibu peroleh semasa menerima Anugerah Khidmat Cemerlang. Ibu masih ingat, harganya ketika itu RM300.

Dua minggu lepas, jemarinya berhenti bergerak. Sangka ibu baterinya lemah. Jadi, ibu bawa ke kedai jam untuk mendapatkan bateri baru. Setelah bateri ditukar, jemarinya masih kaku. Sedarlah ibu yang jam ni tak dapat berkhidmat lagi.

Sungguhpun khidmatnya telah berakhir dan telah ada pengganti, namun ibu tetap menyimpannya dengan rapi.


Jumaat, 17 Februari 2012

Hantaran Kasih

Sebenarnya ni cerita basi. Dah hampir setahun berlalu. Gubahan hantaran ini ibu hasilkan buat anak buah ibu, Faizal. Gubahan ni simple je sebab ini hanyalah hantaran untuk majlis pertunangan. 

Ibu memang suka bab gubah-menggubah ni. Kebiasaannya, ibulah yang buat gubahan hantaran untuk adik2 ibu. Pernah juga ibu hasilkan gubahan hantaran untuk rakan2. 

 Cincin pengikat janji


 Sirih junjung

 Gubahan kain pasang yang amat ringkas..

ps: Insyaallah, Faizal akan melangsungkan perkahwinan pada bulan April nanti. Moga impiannya untuk membina istana cinta akan terlaksana.


Khamis, 16 Februari 2012

Demi Kalian..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ni, hampir jam 5.30 ptg barulah ibu sampai ke rumah setelah keluar ke sekolah pagi tadi. Hari Khamis memang agak memenatkan bagi ibu kerana waktu mengajar agak padat. Hari ni, kepenatan tu berganda2 kerana ada beberapa tugasan tambahan.

Habis je tugas rutin mengajar, ibu membantu rakan2 guru penasihat PBSM menyiapkan sepanduk untuk sambutan Maulidur Rasul, esok. Jam 1.30 ptg sempatlah ibu melepaskan lelah sekejap sebelum menyambung tugas mengajar kelas tambahan jam 2.00 - 4.00 ptg.

Sebagai salah seorang guru penasihat kelab olahraga, sepatutnya jam 5.00 ptg ibu membantu rakan-rakan di padang kerana ada sesi pemilihan wakil sekolah. Tapi, dek kepenatan yang teramat tak dapatlah ibu turun ke padang. Sorry ye adik2.. Insyaallah minggu depan akak turun padang ye..

Bila murid2 dah balik, ibu pun duduk sekejap di kelas, konon nak menyemak kertas ujian. Bila dah duduk2, di kelas pulak tu, mulalah tangan gatal nak buat itu ini. Tambahan pulak, projek mendeko kelas belum selesai. Penyudahnya...


Kertas ujian ditolak ke tepi, 
Projek deko-mendeko disambung kembali,
Sudut mata pelajaran akhirnya dah terisi, 
Dinding pulak makin berseri. 
(dah kes syok sendiri la pulak. hehe..)  

Dinding dah berseri sebab ibu pasang "border". Tapi sayang, ibu lupa nak snap gambar sebab tergesa2 nak balik. Kita kongsikan gambarnya lain kali ye..

Sampai ke rumah barulah sedar diri. 
Badan bukan setakat letih, tapi dah naik lesu. 

Walaupun penat, ibu puas hati sebab dapat menyediakan suasana kelas yang kondusif untuk anak2 ibu seramai 33 orang tu. Maklumlah, kelas ibu ni kelas ketiga daripada empat kelas. Jadi, motivasi intrinsik mereka sangat kurang. Sebagai guru kelas, ibu rasa bertanggungjawab untuk menyuntik motivasi dalam diri mereka. Diharapkan dengan suasana kelas yang kondusif, minat belajar mereka akan meningkat.


Selasa, 14 Februari 2012

Kelasku, Rumahku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari berganti minggu, minggu bertukar bulan, bulan berganti tahun.. Kini dah 23 tahun ibu berkhidmat dalam bidang pendidikan. Selama 23 tahun itu jugalah ibu telah menjadi guru kelas. Dah menjadi kebiasaan bagi ibu untuk menghias bilik darjah yang ibu pegang sebaik mungkin. Bagi ibu, bilik darjah perlu kondusif supaya murid-murid dapat belajar dengan selesa di dalamnya.

Seingat ibu, tidak kurang 20 buah bilik darjah dah ibu kerjakan. (Tiga kali ibu pegang kelas yang sama) Semua bilik darjah tu ibu hias ikut selera ibu baik warna cat, langsir, papan kenyataan, alas meja murid dan alas meja guru.

Tahun ni ibu masih guru kelas tahun 6 tapi kelas lain. Jadi, ibu bertukar bilik darjah lagi. Ibu hias kelas ni beransur-ansur bermula pada cuti tahun baru cina yang lepas. Almaklum, sebelum ni ibu dan rakan2 cukup sibuk. Ceritanya ada di sini dan sini. Ayah dan 2F (Faiz dan Faiq) menjadi peneman setia ibu. Hingga hari ni, kerja-kerja menceriakan kelas belum siap sepenuhnya.

Jom, ibu kongsikan hasil deko bersama keluarga yang tak seberapa

v

v

v

v

v

 Inilah bilik darjah ibu dilihat dari belakang 

Ini pulak papan kenyataan yang maklumatnya belum lengkap.

Ini pintu belakang yang ibu hiasi dengan pantun dan gurindam pelajar hasil nukilan Mas Adeki. (Ibu terlupa la nak snap gambar pintu depan)

Inilah teman yang cukup setia menemani ibu dan menolong ibu mengecat kelas sejak dulu lagi..

Nak mintak pendapat rakan-rakan ni.
Alas meja murid tu ibu nak tukar baru. Warna apa yang sesuai?


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA