Khamis, 16 Februari 2012

Demi Kalian..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ni, hampir jam 5.30 ptg barulah ibu sampai ke rumah setelah keluar ke sekolah pagi tadi. Hari Khamis memang agak memenatkan bagi ibu kerana waktu mengajar agak padat. Hari ni, kepenatan tu berganda2 kerana ada beberapa tugasan tambahan.

Habis je tugas rutin mengajar, ibu membantu rakan2 guru penasihat PBSM menyiapkan sepanduk untuk sambutan Maulidur Rasul, esok. Jam 1.30 ptg sempatlah ibu melepaskan lelah sekejap sebelum menyambung tugas mengajar kelas tambahan jam 2.00 - 4.00 ptg.

Sebagai salah seorang guru penasihat kelab olahraga, sepatutnya jam 5.00 ptg ibu membantu rakan-rakan di padang kerana ada sesi pemilihan wakil sekolah. Tapi, dek kepenatan yang teramat tak dapatlah ibu turun ke padang. Sorry ye adik2.. Insyaallah minggu depan akak turun padang ye..

Bila murid2 dah balik, ibu pun duduk sekejap di kelas, konon nak menyemak kertas ujian. Bila dah duduk2, di kelas pulak tu, mulalah tangan gatal nak buat itu ini. Tambahan pulak, projek mendeko kelas belum selesai. Penyudahnya...


Kertas ujian ditolak ke tepi, 
Projek deko-mendeko disambung kembali,
Sudut mata pelajaran akhirnya dah terisi, 
Dinding pulak makin berseri. 
(dah kes syok sendiri la pulak. hehe..)  

Dinding dah berseri sebab ibu pasang "border". Tapi sayang, ibu lupa nak snap gambar sebab tergesa2 nak balik. Kita kongsikan gambarnya lain kali ye..

Sampai ke rumah barulah sedar diri. 
Badan bukan setakat letih, tapi dah naik lesu. 

Walaupun penat, ibu puas hati sebab dapat menyediakan suasana kelas yang kondusif untuk anak2 ibu seramai 33 orang tu. Maklumlah, kelas ibu ni kelas ketiga daripada empat kelas. Jadi, motivasi intrinsik mereka sangat kurang. Sebagai guru kelas, ibu rasa bertanggungjawab untuk menyuntik motivasi dalam diri mereka. Diharapkan dengan suasana kelas yang kondusif, minat belajar mereka akan meningkat.


4 ulasan:

  1. tau sgt kakakku sorg ni..selagi kerja deko2 tu xsiap mmg hatinya xtenteram....trbawa2 smpai ke rumah.

    mmg penat k.mie dgn tugasan diluar bidang..nk xnk kena sertai jugak...xkira pagi ptg siang mlm..skrg ni yah trpaksa buat kelas malam cz xde masa sebelah ptg......

    Apapun jaga kesihatan ye k.mie....

    BalasPadam
  2. nanti akak snap gmbar kelas yg dah siap di deko tu ya....mesti cantik...
    Tugas2 luar bidang ni mmng memenatkan kak....tapi dah t/jwab kita...terpksa hadapi jugak....

    BalasPadam
  3. Salam akak..

    Sungguh memahami rutin seorang pendidik..kerana UA juga sepertimu..awal2 tahun ni memang banyak program dan kerja nak kena buat..

    apa-apapun selamat menjalankan tugas kak..

    keikhlasan dan ketulusan dalam memegang amanah mulia ini Insya Allah akan dinilai di sisi Allah sebagai ibadah.

    BalasPadam
  4. Wah, komen drp rakan2 guru ni!!
    NzA, MP & UA, memang tugas kita kini memerlukan pengorbanan yang amat tinggi. Bukan setakat berkorban masa, malah tenaga dan wang ringgit..
    Tapi itu semua tak menjadi halangan buat kita kerana kejayaan anak didik lebih penting..
    Betul tak??

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA