Selasa, 21 Februari 2012

Teratak yang Terbiar Sepi

Sebelum ini pernah ibu berbicara tentang sebuah lagi blog ibu; Teratak Impian. Kini, Teratak Impian kian usang dek kesibukan tuannya. Dah berbulan ibu tak menjenguk ke sana. Berbulan juga ibu menolak sebarang tempahan. 


Selepas pemantauan nazir untuk "New Deal", ingatkan bolehlah teratak ibu yang satu itu beroperasi semula. Namun, rupa-rupanya harapan tinggal harapan. Sekolah ibu dicalonkan pula untuk beberapa pertandingan lagi, baik peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan. Nampak gayanya, kesibukan ini akan berpanjangan, dan semakin usanglah teratak ibu tu.


2 ulasan:

  1. kesibukkan kita yg xpernah brpenghujung..makin hari mkn sibuk kan k.mie...trkdg rasa stress sgt.....Xpelah k.mie, InsyaAllah..moga ada ruang waktu utk k.mie brbz semula.....

    BalasPadam
  2. nanti dah senang boleh renovate balik teratak yg usang tu ye..:)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA