Memaparkan catatan dengan label Cuba Teka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuba Teka. Papar semua catatan

Isnin, 24 Disember 2012

Jawapan Cuba Teka 4

Ramai yang cuba beri jawapan bagi entri pagi tadi [SINI]Nak tahu apa jawapannya? Jom tengok..





Kita biasa melihat mata dari pandangan biasa. Gambar dalam entri Cuba Teka 4 adalah gambar mata hitam (termasuk anak mata) dari pandangan yang sangat dekat. 

Tahniah buat Pn Kartini dan Izan Ishak yang berjaya meneka dengan tepat. Seronok pulak main teka-teka ni. Dapat juga tambah pengetahuan. 

Ingin ibu kongsikan sedikit maklumat tentang kaitan antara mata dan hati yang ibu peroleh dari SINI.   

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
  • Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan  kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

Syukurlah kita dikurniakan oleh Allah SWT dengan sepasang mata untuk melihat keindahan dunia ini. Inilah nikmat yang tiada tolok bandingnya. Andai diberi pilihan untuk menggantikan mata dengan harta sekalipun rasanya tiada yang sanggup berbuat demikian.

Kredit: Google image


Cuba Teka 4: Gambar apa?

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Insyaallah, pagi ini ibu sekeluarga ada misi jejak kasih ke Mersing, Johor. Dah lama ibu tak menjejakkan kaki ke tempat yang meninggalkan banyak kenangan pahit manis buat ibu. Malah, 4 daripada 5 orang anak ibu adalah anak Mersing.

Kepada rakan-rakan yang berkunjung pagi ini sudi-sudilah meneka gambar di bawah.

Agak-agaknya gambar apakah ini?


Jumaat, 30 November 2012

Bermain Laga Biji Getah

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga ibu menjengah ke sini. Malam ini ibu bersiaran dari Kuala Terengganu. Kami baru je sampai lebih kurang jam 10.00 malam tadi. Beberapa kali juga pusing keliling Bandar Kuala Terengganu barulah berjumpa dengan tempat penginapan walaupun dah kali kedua menginap di sini.

Tentu masih ingat, ibu ada bertanyakan tentang sejenis buah dalam entri di sini. Ramai yang cuba menjawab dan ramai juga yang meneka dengan tepat. Sebenarnya buah tu ialah buah getah muda.
  
[Google image]

Sebenarnya, buah getah ini mengembalikan ingatan kepada zaman kanak-kanak ibu. Dulu rumah ibu berhampiran kebun getah. Apabila tiba musim panas, suasana kebun getah meriah sekali. Ketika inilah, buah getah yang dah tua meletup memuntahkan biji-bijinya. Irama pup! pap! pup! pap! inilah yang menjadi halwa telinga kami selama berpuluh tahun.

[Google image]

Pada waktu petang, ibu, adik-adik dan rakan-rakan akan ke kebun getah tersebut dan mengutip biji-biji getah ini. Biji getah ini kami gunakan untuk bermain laga biji getah. Dulu manalah ada permainan macam sekarang. Jadi, dapat main laga biji getah inipun dah cukup menyeronokkan. Ada yang pernah main tak? 

Biji getah akan diletakkan di kedua-dua pangkal tapak tangan. Kemudian, biji getah ini akan dilagakan dengan mengepitkannya sekuat hati hingga ada yang pecah. Biji getah yang tidak pecah dikira menang. Ada juga yang menindihkannya di atas lantai sebelum diketuk dengan tapak tangan. Jadi, untuk bermain, kenalah pandai memilih biji getah yang kuat untuk dilagakan. 

Ketika ini jugalah permainan congkak menjadi permainan popular. Lubang-lubang congkak dibuat di atas tanah. Puas bermain laga biji getah, kami bermain congkak pula. Namun, semua ini cuma tinggal kenangan. Kenangan yang akan tersimpan kukuh selagi hayat dikandung badan, Insyaallah. Dan kini, kenangan tersebut ibu kongsikan di sini buat tatapan anak cucu.


Khamis, 29 November 2012

Cuba Teka 3: Buah Apa?

Malam ni ibu nak minta pengunjung-pengunjung blog ibu ini meneka lagi. Sebelum ini ibu suruh teka pasal bunga dalam entri di sini. Kali ini cuba teka buah apakah dalam gambar ni?


Bagi yang tahu jawapannya, cubalah kongsikan pasal buah ini. 
Ibu pun ada cerita tentang buah ni. Nanti ibu ceritakan ye..

p/s: Terkenang semasa dulu.. hatiku berasa rindu.


Khamis, 22 November 2012

Inilah Bunga Kunyit..

Semalam ibu ada bertanyakan tentang sejenis bunga dalam entri di sini. Ramai yang kata tak pernah tengok. Memanglah bunga ni jarang dilihat sebab ia bukanlah bunga daripada pokok hiasan. 
 
Sebenarnya, ini adalah bunga kunyit. 
Tahniah Sya Kiffli kerana telah memberikan jawapan yang tepat. *takde hadiah tau..

 
Baru-baru ini, ibu terpandang bunga kunyit di kebun mini emak ibu. Di celah-celah rumpun kunyit ini ada dua kuntum bunga. Bunganya sangat cantik; putih kekuningan tapi gambar yang ibu snap kurang jelas. Sebab tu semalam ibu pinjam gambar en. google je.

Sebenarnya, ada banyak spesies kunyit. Bagi masyarakat Melayu perkataan kunyit dikhaskan kepada kunyit biasa (Curcuma domestica) manakala kunyit jenis lain dipanggil temu seperti temu lawak, temu emas, temu putih, temu hitam, temu pauh dan banyak lagi. Spesies yang berlainan ini akan menghasilkan bunga yang berbeza juga.


Bunga kunyit ini bukan sahaja cantik untuk dibuat hiasan, malah boleh dibuat ulam atau boleh juga dibuat kerabu. Insyaallah, nanti ibu kongsikan resipinya.

p/s: Pernah minum air kunyit tak?


Selasa, 20 November 2012

Cuba Teka 2: Bunga Apa?

Beberapa hari lepas semasa ke rumah mak, ternampak bunga macam ni...
 

 Cuba teka..
 Bunga apakah ini? 
 Bunga ini banyak kelebihannya. Kepada sesiapa yang tahu, bolehlah kongsikan di sini.


Ahad, 5 Ogos 2012

Cuba Teka 1: 3 atau 4?



 

Pendapat kalian?


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA