Khamis, 22 November 2012

Inilah Bunga Kunyit..

Semalam ibu ada bertanyakan tentang sejenis bunga dalam entri di sini. Ramai yang kata tak pernah tengok. Memanglah bunga ni jarang dilihat sebab ia bukanlah bunga daripada pokok hiasan. 
 
Sebenarnya, ini adalah bunga kunyit. 
Tahniah Sya Kiffli kerana telah memberikan jawapan yang tepat. *takde hadiah tau..

 
Baru-baru ini, ibu terpandang bunga kunyit di kebun mini emak ibu. Di celah-celah rumpun kunyit ini ada dua kuntum bunga. Bunganya sangat cantik; putih kekuningan tapi gambar yang ibu snap kurang jelas. Sebab tu semalam ibu pinjam gambar en. google je.

Sebenarnya, ada banyak spesies kunyit. Bagi masyarakat Melayu perkataan kunyit dikhaskan kepada kunyit biasa (Curcuma domestica) manakala kunyit jenis lain dipanggil temu seperti temu lawak, temu emas, temu putih, temu hitam, temu pauh dan banyak lagi. Spesies yang berlainan ini akan menghasilkan bunga yang berbeza juga.


Bunga kunyit ini bukan sahaja cantik untuk dibuat hiasan, malah boleh dibuat ulam atau boleh juga dibuat kerabu. Insyaallah, nanti ibu kongsikan resipinya.

p/s: Pernah minum air kunyit tak?


18 ulasan:

  1. saya tak pernah tgk....guna lg laaa

    BalasPadam
  2. cantiknya bunga kunyit tu....tak pernah tengok..
    Kak, saya tak pernah minum air kunyit masa brpantang..tak sanggup...hehehe

    BalasPadam
  3. bunga kunyit ni sedap buat ulam.. awet muda mak sy kata.. mak sy pntg nmpk ni.. dan2 dia amik.. hehe.. kt kg mmg byk tnm kunyit smpai blh wat kunyit serbuk.. tapi air kunyit tak pnh la minum.. hehe..

    BalasPadam
  4. Mi..cantiknya bunga kunyit tu, pernah juga tengok dulu2, tapi tak tau pula ada macam2 warna..

    BalasPadam
  5. cantiknya bunga kunyit...pelbagai warna pulak tu....

    BalasPadam
  6. cantik lah....mmg slalu je tgk pokok kunyit tapi tak pernah plak dia berbunga

    BalasPadam
  7. tak pernah tengok.. sebab tu tak kenal... cantik bunganya....

    BalasPadam
  8. As salam Kak Salmi,

    Baru saya tahu temu lawak, temu putih & sbgnye tu sejenis kunyit! Saya mmg suka minum air kunyit, mak saya selalu pesan suruh minum... kat sini nnt nak amalkan balik lah...huhuhuuu...tetiba teringat petua ni lepas baca entry ni kak...in shaa ALLAH nak amalkan balik ;))

    Kak, utk tgk colour Ruana tu lebih jelas boleh click pd gambar utk besarkan... :)

    BalasPadam
  9. pernah gak tengok..tp tak pernah lak tgok yg secomel nii..
    p/s: TQ vote sy...

    BalasPadam
  10. slalu tgok kunyit dalam bntuk serbuk ja =_= haha

    BalasPadam
  11. follow 371

    sha pun xpena nmpk sha pena tgk sebuk ja hehe..salam kenal ya..

    BalasPadam
  12. as salam

    saya tk penah tgk kunyit yg ada bunga..kat rumah ni dia tak berbunga kak:)

    BalasPadam
  13. PERNAH MINUM air kunyit......tutup idung pastu telan je...
    n penah juga tgk bunga kunyit ni...jrg2 ada...

    BalasPadam
  14. oooo ye ke? baru mia tahu...

    BalasPadam
  15. izan tak pernah tgk bunga kunyit ni kak mie. cantik rupanya. kalau minum air kunyit tu mmg pernah.. sedap juga.

    BalasPadam
  16. kat umah saya, hanya ada 1 pokok ajer yang ada bunga kunyit..husband pun x pernah tengok...jarang2 la kunyit ada bunga, mcm pokok2 terpilih ajer...

    BalasPadam
  17. Minum air kunyit tu utk apa ek. Tak pernah minum air kunyit pun..pernah tgk bunga kunyit ni tp ssh sgt nak jumpa..

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum ni dh kali ke2 pokok kunyit saya berbunga

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA