Rabu, 21 November 2012

Malaysia Kecam Serangan Israel Ke Atas Gaza

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Berikut ketetapan-ketetapan usul mengecam serangan Israel ke atas wilayah Gaza yang telah dibincangkan di Parlimen pagi tadi:

 
  1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang melibatkan wanita, kanak-kanak, orang tua, kehilangan harta benda serta kemusnahan infrastruktur. Mengesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin  di Gaza dan Tebing Barat.
  2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serangan dengan gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi memantau proses gencatan senjata. 
  3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas (Uniting For Peace) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawab. 
  4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat menyambung semula usaha proses damai dan mematuhi pelbagai resolusi yang ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel. 
  5. Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menanggani isu Gaza ini. 
  6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
  7. Menyeru rakyat Palestin agar bersatu padu bagi mempertahankan hak mutlak.
  8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin serta merta.
  9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi pendakwaan jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.
  10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan khasnya kepada Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.

p/s: Gaza, doa kami bersamamu! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA