Ahad, 25 November 2012

Kerabu Bunga Kunyit

Tentu masih ingat entry ibu tentang bunga kunyit di sini dan sini. Menurut orang-orang tua, bunga kunyit ini banyak kegunaan dan khasiatnya. Selain dijadikan ulam-ulaman, bunga kunyit juga boleh dibuat kerabu. Menurut mereka, amalan makan bunga kunyit ini baik untuk kesihatan di samping awet muda.
 Kredit: google image

Jom, kita kongsikan resipinya. Sebelum tu, untuk entri masak-masak kali ni, tak ada gambar ye. Sebenarnya, ibu sendiri tak pernah buat kerabu bunga kunyit ni. Resipi ni ibu dapat daripada rakan ibu. Katanya, setiap kali pulang ke kampung, kerabu bunga kunyit ini adalah antara menu wajib mereka. 

Resipi Kerabu Bunga Kunyit 
Bahan-bahan:
  • bunga kunyit
  • kacang panjang
  • kacang botor
  • daun cekur 
  • tauge
  • bawang merah
  • udang kering
  • cili padi
  • jus limau nipis
  • garam
  • gula 

Cara membuatnya:
  1. Bunga kunyit, kacang panjang, kacang botor, dan daun cekur dimayang. 
  2. Cili padi, bawang, dan udang kering ditumbuk.
  3. Campurkan semua bahan dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis. 
  4. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas dan lauk utama yang lain.
p/s: Jom tanam kunyit.


11 ulasan:

  1. rumah tak de tanah.... takleh nak tanam2 huhuhuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tanam dalam pasu je mia.

      Padam
  2. tak kira kerabu apa pun, semua tu feveret yah tau....xpernah lagi rasa kerabu daun kunyit nie..mesti sedapkan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akakpun belum pernah rasa, Yah..

      Padam
  3. tak pernah makan lagi kerabu bunga kunyit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibupun teringin nak rasa.. kena tunggu kunyit berbunga dulu.. hehe

      Padam
  4. lar..selalu makan daun kunyit je..hiris kecik2 tabur dlm masakan..terutama rendang..xtaw plak bunga pon boleh mkn..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh fatin.. kena pastikan pokok kunyit tu betul2 subur, barulah berbunga.. Lepas tu cubalah buat kerabu ni..

      Padam
  5. mmg ada tanam kunyit kat rumah tapi bunganya tak ada..huhu..teringin nak tengok bunga kunyit real..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pastikan pokok tu betul2 subur kot macam pokok kunyit di rumah mak akak tu. Barulah dia nak berbunga..

      Padam
  6. mana nak dapat bunga kunyit nie kak?nak gak awet muda..muka nie dah berkedut2, blom pun masuk 3series lg.huhu

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA