Isnin, 26 November 2012

Minum Jus Delima

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Siapa yang tak kenal buah delima; buah yang amat menarik dari segi bentuk dan warnanya. Apabila kulitnya yang merah berkilat dikupas, akan kelihatanlah kantung-kantung kecil berjus segar tersusun rapi di dalamnya. 

Ibu memang suka buah delima. Ibu gemar rasanya yang masam-masam manis. Sebiji buah delima sekejap je ibu kerjakan. Leka kalau makan buah delima ni. Sambil berbual, kutil seulas-seulas masuk mulut. Memang ralitlah bak kata orang Pahang. 
 
Sebelum ini, selalu juga ibu dengar dan baca tentang buah delima yang merupakan antara buah yang disebut di dalam al-Quran. Namun, ibu tak ambil kisah dan makan hanya kerana rasanya yang sedap.

Kisah bermula apabila baru-baru ini seorang rakan mengesyorkan agar ibu minum jus delima. Ibu mula mencari maklumat di internet. Rupa-rupanya memang banyak khasiat buah delima. Selepas lebih kurang sebulan mengamalkan minum jus delima, badan ibu rasa lebih sihat dan bertenaga. Sekarang ibu telah menjadikan jus buah delima ini sebagai minuman harian.

Ibu kongsikan antara khasiat buah delima yang ibu peroleh di sini.

Khasiat mengikut buku perubatan Parsi:
  • Membaik pulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubah suai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit

Khasiat dari kajian perubatan moden:
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% dalam kalangan pesakit darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara. Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain.
p/s: Jagalah kesihatan sejak muda. Jangan dah senja macam ibu barulah nak makan itu, minum ini.


13 ulasan:

  1. suka mkn buah delima sebab mkn sebutir2 smbl menghayati kesedapan buah tersebut. hehehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan sebutir-sebutir lah hingga tak sedar habis sebiji.. tambah-tambah makan sambil berbual atau tengok tv.

      Padam
  2. buah delima sedap dimakan begitu sahaja.. hehe. Buah delima memang bagus untuk kesihatan kan ibu. Rasanya boleh mengubati kanser kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Aida. Menurut kajian minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Ada juga kajian yg mendapati jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit

      Padam
  3. Kakak juga minum jus delima tapi bukan macam botol yg Salmi tepek. Biarpun masam tapi bila dah selalu dah jadi biasa. Campur madu akan lebih sedap diminum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak jenama Kakzakie. Oo ye ke.. saya belum pernah campurkan dgn madu.

      Padam
  4. tertarikla dgn khasiat dia...mesti jus dia pun sedap kan kak...sy nka try cari la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya masam-masam manis dan ada kelat-kelat manja.hehe.. Kelat tu sebab kulit buah juga diproses. Kulit buah delima mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami usus kita.

      Padam
  5. Baru teringat nak cari dah ada info kat sini ..ada orang promote juz ni so boleh beli lah macam ni..thanks ibu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah Raudzah..
      Banyak khasiatnya.. Tak rugi kalau kita cuba.

      Padam
  6. Terima kasih Farisha.
    Insyaallah, nanti ibu join.

    BalasPadam
  7. kalau kat kelantan, musim buah delima memang meriah kak mie..delima madu..manis sangat2...rasanya buah tu dr thailand kot..murah lak tu....puas makan....

    BalasPadam
  8. Kak,

    Buah Delima salah satu buah yg disebut dlm Al-Quran... Saya pun suka mamam buah ni... :))

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA