Isnin, 19 November 2012

UPSR 2012 ♥ Alhamdulillah dan Tahniah!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
   
Keputusan UPSR 2012 telahpun diumumkan oleh Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr Na'imah Ishak di Putrajaya pagi tadi. 45,054 calon UPSR seluruh negara telah memperoleh A bagi semua subjek, jatuh 0.54 peratus berbanding 46,012 calon tahun lepas. Menurut Dr Na'imah, pencapaian keseluruhan calon UPSR juga menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 pada 2011 kepada 2.31 pada tahun ini.  [sumber]

Di sekolah ibu, pengumumam dibuat oleh GPK 1 pada pukul 10.00 pagi tadi. Alhamdulillah, 40 orang calon sekolah ibu adalah antara penyumbang kepada bilangan 45,054 orang tersebut. Calon UPSR sekolah ibu pada tahun ni adalah seramai 135 orang. 

Bilangan 40 orang yang mendapat 5A ini meningkat berbanding 39 orang pada tahun lepas. Yang paling menggembirakan ibu, seorang murid kelas ibu, Wan Ahmad Idham bin Nasron turut mendapat 5A. Sesuatu yang tidak dijangkakan *walaupun sentiasa berharap. Untuk pengetahuan, ibu mengajar kelas ketiga daripada empat kelas. 

Sebahagian daripada 135 orang calon yang hadir mengambil keputusan UPSR pagi tadi.
 Antara 40 orang calon yang mendapat 5A.
Idham berdiri nombor 3 dari kiri.

Kejayaan Idham dan rakan-rakan merupakan hadiah yang amat bererti buat ibu dan rakan-rakan. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang amat menggembirakan buat kami. Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang sabar menghadapi bermacam-macam karenah 35 orang murid 6 Taqwa. Entri.

Ibu bersama rakan-rakan guru yang mengajar 6 Taqwa. Dari kiri, Puan Norfiza Nordin (bahasa Inggeris), Puan Wamaniuda Sulong (Pendidikan Islam), Ibu (Bahasa Melayu merangkap guru kelas), Puan Zainun Ibrahim (matematik) dan Puan Zuryani Zaminazha (sains).

p/s: Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa. Peluang masih terbuka luas. Buktikan kecemerlangan kalian di sekolah menengah nanti.


5 ulasan:

  1. TAHNIAH utk anak2 murid kak mie, TAHNIAH utk cikgu2nya juga yang byk memainkan peranan bagi memastikan kecemerlangan...juga TAHNIAH utk idham....kejutan yg biasa kita saksikan bila result UPSR diumumkan....

    BalasPadam
  2. tahniah utk semua ... ^^

    BalasPadam
  3. Tahniah Sal! Kejayaan murid kejayaan cikgu jugak.

    BalasPadam
  4. tahniah buat mereka!!

    gagal sekali x bermakna gagal selamanya..=)

    BalasPadam
  5. as salam

    tahniah untuk akak n anak-anak didik..:)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA