Kelmarin ibu ke sekolah menyiapkan kerja-kerja yang belum selesai. Lama juga ibu di sekolah, namun kerja tak juga siap. Balik pun dah agak lewat. Cepat-cepat ke dapur sebab tak sempat masak sebelum ke sekolah.
Jenguk dalam peti sejuk, daging korban masih banyak. Kebiasaannya kalau ada daging tentu akan masak kicap, sup atau goreng berlada je. Semalam, daging tu ibu masak singgang. Nak buat kelainan kononnya. Lagipun mudah nak disediakan.
Ibu belum pernah masak singgang daging sebenarnya. Makan singgang daging pernahlah. Berdasarkan cerita rakan-rakan, singgang ni banyak variasinya. Ada yang letak lada hitam, ada pulak yang letak cili padi. Begitu juga dengan serai. Ada yang letak dan ada yang tak letak. Ada juga yang letak budu. Semalam ibu masak ikut suka ibu.
Memandangkan ini adalah cubaan pertama ibu masak singgang daging, jadi ibu nak abadikanlah dalam blog ibu ni.
Inilah rupa singgang daging yang ibu masak semalam. Sungguh tak menarik rupanya ditambah dengan gambar yang kelabu asap tapi sedap rasanya tau.. Haha.. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan..
Resipi Singgang Daging
Bahan-bahan:
- 500 gram daging - dihiris
- 3 ulas bawang putih - dihiris
- 3 cm halia - dihiris
- 5 cm lengkuas - dihiris
- 1 batang serai - diketuk
- 3 keping asam gelugur
- 1 sudu besar ketumbar - dikisar
- 1 sudu kecil jintan manis - dikisar
- 10 biji cili padi
- Garam secukup rasa
- Air
Cara memasak:
- Rebus daging bersama semua bahan kecuali garam dan cili padi.
- Setelah daging empuk, masukkan cili padi dan garam.
- Tunggu sehingga kuah mendidih barulah diangkat.
Mudahkan? Lagipun tentu lebih sihat memandangkan singgang ni tak perlu ditumis. Seperti yang ibu nyatakan di atas, masakan ni ada pelbagai variasi. Mungkin resipi dan cara memasak ibu lain daripada orang lain. Bagi yang dah biasa masak singgang daging tu, cer komen sikit. *Komen banyak pun takpe..
p/s: Anak-anak dan ayahpun suka. Nanti bolehlah cuba letak budu pulak..
yummy! sedapnye. terima kasih kongsi resepi
BalasPadamSama-sama PF..
PadamDalam peti dingin beku di rumah kakcik rasanya masaih ada lagi daging korban tempohari. Bolehlah kakcik masak singgang nanti. :)
BalasPadamResipi yg ringkas ni Kakcik.. boleh buat lepas ni..
Padamselalu yana mkn siggang ikan jerk ... menarik nie ^^
BalasPadamBolehlah cuba singgang daging pulak, yana..
Padamada lg daging korban..boleh laa cuba guna rempah masak hitam...mai laa order dr saya..hihi
BalasPadamNanti akak ke blog izan tgk rempah hitam tu..
Padamsedap nyer!!
BalasPadammemang sedap ME..
PadamLagi sedap makan dgn nasi panas. Tambah ikan masin.
dulu pernah sekali jerk buat singgang daging nie...sedap rasanya kan..
BalasPadamMemang sedap.. lebih2 lagi jika makan dgn nasi panas..
PadamKalau kakak suka masukkan daun kunyit dan serai.
BalasPadamAda juga yg letak kunyit hidup.. Lain kali bolehlah cuba.
PadamSedap
BalasPadamkalau versi kelantan singgang daging lbh kurg sama dgn resepi kak mie cuma xletak serai je......
BalasPadamDaging kurban kt rumah ni baru habis masa family adik dtg.....
Akak ni tak pernah buat. Jadi buatlah versi sendiri, Yah. Teringin pulak buat yg letak budu.
Padam