Rabu, 14 November 2012

Selamat Tahun Baru 1434 Hijrah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tanpa kita sedari tahun 1433 Hijrah bakal meninggalkan kita. Beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 1434 Hijrah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas peluang dan nikmat yang dikurniakan untuk kita terus menghirup udara dan mengecapi nikmat Iman dan Islam. 

Tibanya 1434 Hijrah bermakna umur kita telah meningkat dan kematian semakin dekat. Bagaimanakah amalan kita sepanjang tahun ini? Sama-samalah kita muhasabah diri. Yang baik kita teruskan manakala yang salah kita perbetulkan. Berdoa agar segala amalan soleh kita diterima Allah hendaknya manakala yang buruk mendapat keampunan-Nya. 

Marilah kita sama-sama menjadikan tahun baru 1434 Hijrah ini untuk kita merencanakan tindakan untuk hari akhirat kita. Dikongsikan di sini doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah.
Maksudnya:
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku banyak melakukan larangan-Mu, tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang sudah ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan aku supaya bertaubat daripada kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku bertaubat dan memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Apa aku lakukan pada tahun ini Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohon daripada Engkau, ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram, terimalah permohonan ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku, wahai Tuhan Maha Mulia.

Selamat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya. Segala puji bagi Allah memelihara dan mentadbir sekalian alam."
Maksudnya: 
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian para sahabatnya.
Ya Allah , Engkaulah yang kekal abadi, demi kelebihan Engkau yang Maha Agung dan kemurahan Engkau yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon kepada-Mu perlindungan daripada syaitan, kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada-Mu. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang lebih penyayang daripada segala yang penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian para sahabatnya. Segala Puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."



4 ulasan:

  1. Salam maal hijrah Mi..moga tahun baru yang lebih baik bagi kita disisi Allah SWT.

    BalasPadam
  2. Salam maal hijrah kak.. semoga 1434 membuka lembaran yg lebih baik buat kita semua..

    BalasPadam
  3. salam maal hijrah juga dan selamat tahun baru..:)

    BalasPadam
  4. salam maal hijrah ibu...
    muhasabah diri...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA