Rabu, 14 November 2012

Lawatan ke Pekan, Pahang

Pada Isnin, 29 Oktober yang lalu ibu dan beberapa orang rakan guru menyertai lawatan murid-murid Tahun 6 ke Pekan dan Sungai Lembing. Lawatan ni adalah sebahagian daripada pengisian program selepas UPSR. 


Tempat pertama yang kami lawati ialah Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Di sini terdapat rumah kelahiran Allahyarham Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. Di sekitar kawasan rumah ini terdapat Galeri Tun Abdul Razak yang mempamerkan pelbagai koleksi Tun Abdul Razak serta barangan kebudayaan. 

Di hadapan rumah kelahiran Tun Abdul Razak

Untuk pengetahuan, Kampung Pulau Keladi adalah salah satu daripada empat buah kampung di Pahang yang mengusahakan pusat perkembangan dan promosi sutera melalui Tenun Pahang. Tiga lagi kampung yang terlibat ialah Kampung Sungai Soi di Kuantan, Felda Chini 5, dan Kampung Parit Raja di Rompin. Pusat Tenunan Sutera Kampung Pulau Keladi yang terletak dalam kompleks ini menempatkan pusat latihan, dua buah kedai fabrik tenunan dan dewan pameran.
 
Kami berkesempatan melihat para pelatih menyiapkan tenunan masing-masing.
Sebelum ini, apabila memperkatakan tentang tenun Pahang Diraja dah tentu tergambar harganya yang mahal mencecah ribuan ringgit sepasang. Namun, setelah ke sini dan melihat sendiri proses menyiapkan tenunan dan mutunya, ibu akui harga tersebut amat berpatutan. Hasil tenunannya cukup halus. Kalaulah ibu ni berwang memang ibu dah beli.

 
Kemudian kami ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan. Muzium ni tutup pada hari Isnin. Jadi, tak berpeluanglah untuk masuk. Hanya berpeluang bergambar dengan segala benda yang ada di pekarangan muzium.

Kuda ni diperbuat daripada kayu (macam akar ye juga) menggunakan teknik pasak (tak menggunakan paku).

Hahaha.. Bukan main lagi cikgu. Mengalahkan anak murid. Masa budak-budak dulu tak berpeluang bergambar dengan kuda hidup. Dah tua ni bergambar dengan kuda kayupun bolehlah.

Nampak tak bangau tiga ekor tu? Juga diperbuat daripada kayu.




11 ulasan:

  1. bestnya bu... nama je org pahang.. tak pernah pergi. sobsob. :)

    BalasPadam
  2. Wahh, cantiknya muzium tuu..
    eiqa xpernah lg pergi muzium..
    teringin sgt nak pergi.

    BalasPadam
  3. Cantik kain tenun tu Mi..

    BalasPadam
  4. bnyak pngtahuan yg dapat....suka tengok kuda kayu tu...
    Saya tak pernah sampai lagi ke Pekan....

    BalasPadam
  5. Seronok budak2 ni dpt jalan2.. Cikgu seronok tak? hehe.. teringat zaman budak2 dulu, g rombongan jln2 dgn cikgu dan kawan2.. :D

    BalasPadam
  6. uniknya kuda tu..nmpk pelik tp sungguh kreatif

    BalasPadam
  7. sy pernah pergi muziun abu bakar waktu ikut lawatan tingkatan 1... tahun 2001...
    kalau nak pergi ngan family memang payah sikit...

    BalasPadam
  8. seronoknya pegi lawatan dgn kwn2 :)

    BalasPadam
  9. Lain kali nak buat trip dgn kawan2 pergi pahang pulak lah!

    BalasPadam
  10. Saya Sabtu lepas ke Jerantut. Kalau tak silap Sal tinggal dan mengajar di Jerantut kan?

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA