Sabtu, 10 November 2012

7 Perkara Jangan Dilakukan Selepas Makan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


 

Sering kali kita baca dan dengar kenyataan daripada pakar kesihatan bahawa anda adalah apa yang anda makan. Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa punca segala penyakit adalah dari perutApakah asas kepada pendapat-pendapat ini?

Secara analoginya, sistem pencernaan tubuh kita boleh disamakan seperti jentera ataupun kilang-kilang pemprosesan. Ini bermakna, kadar kecekapannya untuk memproses dan menyaring nutriens yang diperlukan oleh tubuh bergantung kepada apa yang kita berikan kepadanya.

Amalan selepas makan juga sebenarnya banyak mempengaruhi diet dan sistem pencernaan tubuh kita. Jom kita kongsikan amalan selepas makan yang boleh mengganggu sistem pencernaan tubuh yang ibu petik daripada Berita Harian yang ibu baca sebentar tadi. Jika ada antara perkara tersebut menjadi amalan kita selama ini, segera hentikan.

1. Makan Buah
Ramai yang beranggapan buah elok dimakan sebagai pencuci mulut. Tanggapan ini salah kerana makan buah sebaik sahaja selesai makan akan menyebabkan perut kembung kerana terlalu banyak air. Jadi, lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan.
 
2. Minum Teh
Asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan segera mengeras. Seterusnya makanan tersebut sukar untuk dicernakan. Justeru, kita disarankan agar minum air putih sahaja.
 
3. Mandi
Tabiat mandi selepas makan boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di kawasan perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut kita.

4. Banyak Berjalan
Aktiviti berjalan terlalu banyak selepas makan boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja-kerja harian.
 
5. Tidur
Sikap gemar tidur sebaik sahaja lepas makan boleh membahayakan sistem pencernaan. Hal ini demikian kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika kita tidur. Justeru, jarakkan masa makan dan tidur sekurang-kurangnya satu atau dua jam.

6. Merokok
Berdasarkan kajian, menghisap sebatang rokok selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok sudah pasti membahayakan kesihatan. Justeru, langkah terbaik adalah berhenti merokok.

7. Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan. Namun, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam sebaik sahaja selesai makan.

p/s: Mencegah lebih baik daripada mengubati.


9 ulasan:

  1. as salam

    thanks 4 sharing kak...fakta yang berguna..:)

    parcel akak dah sampai kan ? :)

    BalasPadam
  2. mmg tahu tapi kadang2 suka jugak buat.hehe

    BalasPadam
  3. hehe..kdg2 bedal je..=P

    BalasPadam
  4. tahu.. tapi kekadang buat juga...

    BalasPadam
  5. saya pun pernah buat entri ni kak. tapi bulan2 lepas la.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA