Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
NEW YORK 30 Nov. - Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengiktiraf Palestin sebagai negara
pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu, sekali gus memberi
kekalahan diplomatik besar kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Kemenangan kepada Presiden Mahmoud Abbas di Perhimpunan Agung PBB
(UNGA) di New York itu, turut mencetuskan suasana meriah di Tebing Barat
apabila beribu-ribu orang meraikannya dengan melepaskan tembakan ke
udara dan bersorak di bandar Ramallah.
Pengiktirafan yang disifatkan Abbas sebagai 'sijil lahir' untuk
negara Palestin itu mendapat undian 138 daripada 193 negara anggota PBB.
Sembilan negara termasuk AS dan Israel menentang undi tersebut,
manakala 41 lagi negara seperti Britain dan Jerman, mengambil pendirian
berkecuali.
Bendera Palestin turut dikibarkan di UNGA selepas kemenangan itu
diumumkan, tetapi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam
ucapan Abbas yang disifatkannya sebagai 'menyakitkan hati'.
Pengiktirafan itu menyebabkan status Palestin di PBB kini dinaik
taraf daripada entiti pemerhati kepada negara pemerhati bukan anggota
iaitu sama seperti status yang dimiliki oleh Vatican City.
Walaupun Palestin masih tidak layak untuk mengundi dalam UNGA, tetapi
negara itu boleh menyertai agensi-agensi PBB lain terutamanya Mahkamah
Jenayah Antarabangsa (ICC), membolehkan siasatan dilakukan ke atas
kekejaman Israel.
Menurut Abbas, pengiktirafan itu akan digunakan sebagai landasan
kepada penyambungan semula rundingan secara langsung dengan Israel yang
telah dibekukan selama lebih dua tahun.
AS dan Israel segera mengecam undian itu dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menyifatkannya sebagai 'tidak produktif'.
Netanyahu pula menyifatkan pengiktirafan itu sebagai sesuatu yang
'tidak akan membawa makna' dan menuduh Abbas menyebarkan 'propaganda
palsu' ke atas Israel dalam ucapannya di UNGA, semalam.
"Resolusi PBB itu tidak akan mengubah apa-apa dan tidak akan membawa
kepada penubuhan negara Palestin, malah akan membantutkan lagi usaha
tersebut," katanya.
Kredit:
1. Utusan Online
2. Google images
Kredit:
1. Utusan Online
2. Google images
PBB selama ni memang x bleh buat apa2 pun.. Cam xberfungsi pun..hmmmmm
BalasPadam