Kata orang, ada tiga
perkara yang menjadi misteri iaitu rezeki, ajal dan jodoh. Menjadi misteri
kerana sebagai manusia kita tidak tahu bila kehadirannya.
Berbicara soal jodoh,
ternyata tiada yang
mampu mengungkap tabir rahsia-Nya. Siapa dengan siapa, bila dan di mana tetap menjadi rahsia. Tika kita telah bersiap sedia, jodoh tak
kunjung tiba. Namun, terkadang jodoh muncul tanpa diduga.
Ada yang bertahun-tahun
lama memadu kasih kononnya serasi bersama, akhirnya berpisah juga. Menariknya,
setelah berpisah, bertemu seseorang terus bernikah tanpa sempat bercinta. Ada pula,
yang hanya bertemu jodoh setelah berkali-kali bertukar cinta. Namun, ada juga baru
bercinta lalu terus bernikah.
Begitu juga, ada yang jodohnya ditentukan oleh orang
tua dan ternyata berkekalan ke akhir hayat. Sebaliknya, ada yang pernikahannya
diibaratkan wedding of the year tapi
ternyata jodoh tak panjang.
Google image
Mengapa Allah
merahsiakan jodoh seseorang? Mengapa sukar mendapat jodoh? Nantikan kupasannya malam ini dalam rancangan Semanis Kurma yang akan membincangkan tajuk "Misteri Jodoh" bersama-sama Ustazah Siti Norbahiyah Mahamood dan Ustaz Wan Akashah. Panel undangan ialah Dr. Robiah K.Hamzah dan Ustaz Muhammad Jazlan.
p/s: Jom Tonton!
Tak sempat tgk smalam ... huhuhu...
BalasPadamAlhamdulillah sempat dengar perkongsian dalam semanis kurma semalam :)
BalasPadamcomel ustazah bahyah & ustaz wan akasyah gaduh2 manje ^_^
tak sempat nak tngok...rugi betul...
BalasPadamM pun x tengok ari tu..ruginya....
BalasPadamtak sempat tengok.. misteri jodoh. =) memang misteri..~
BalasPadamMisteri jodoh mmg satu tajuk yg menarik untuk pengetahuan bersama. Boleh tengok dekat youtube kan?
BalasPadam