Khamis, 22 November 2012

Perkembangan Terbaru di Gaza

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Hari ini adalah hari bersejarah buat Palestin. Akhirnya, Gaza kembali tenang. Hasil usaha Mesir, gencatan senjata antara Gaza dan Israel telah berjaya dilaksanakan . Akhirnya Israel tewas dan menarik balik tenteranya. Alhamdulillah, kemenangan untuk Islam.

Petikan kata-kata pimpinan Hamas:
  1. Kemenangan ini adalah hasil pertolongan dari saudara kita seluruh dunia.
  2. Terutama wakil dari Turki, Raja Qatar dan Mesir terutamanya. Terima kasih kerana keperihatinan kalian dalam menyelesaikan masalah ini.
  3. Kami sangat menghargai usaha kalian. 
  4. Sesungguhnya,ini bukanlah penamat bagi usaha kami, bahkan ianya hanya satu perhentian dari banyak perhentian yang lain. Akan kami teruskan perjuangan kami, iaitu membebaskan Palestin sepenuhnya dari genggaman Israel. 
  5. Kami tidak akan sama sekali mengktiraf keberadaan Israel di atas tanah kami.
Rakyat Palestin meraikan berita gencatan senjata antara Gaza dan Israel
Kredit: CahayaIslam.net
p/s: Teruskan berdoa agar hak-hak rakyat Palestin dikembalikan. 


21 ulasan:

  1. Syukur Alhamdulillah. Semoga musuh Islam itu mendapat balasan yang sewajarnya.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...bersatu kite teguh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Ena..
      Tragedi ni telah menyatukan puak Hamas dan Fatah.. Moga tiada lagi pertelingkahan antara mereka..

      Padam
  3. Alhamdulillah...
    semoga penderitaan rakyat Palestin berakhir..amin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Atie.. Teruslah kita berdoa agar suatu hari nanti hak mereka dikembalikan..

      Padam
  4. bercerai kita roboh !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar dya.. perpaduan tu amat penting..

      Padam
  5. Syukur Alhamdulillah..Allah Sentiasa Lindungi Umat Islam Yang teraniaya...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. semalam sempat join live di tv al-jazeerah proses gencatan nie berlaku.. seronok sangat2 bila tengok mereka happy.. tersenyum. :) Allah sentiasa melindungi Umat Islam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menurut berita tadi, pukul 9.00 mlm waktu tempatan dan 3.00 pagi waktu Malaysia..

      Moga mereka terus dilindungi dan mendapat balik hak mereka..

      Padam
  7. alhamdulillah...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..Semoga Palestin terus aman.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah syukur sgt Allah makbulkan doa umat Islam seluruh dunia..semoga mrk mampu kecapi keamanan selamanya.....InshaAllah...

    BalasPadam
  10. alhamdulillah.. teruskan berdoa.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah akhirnya Allah mendengar smua doa org 2 mukmin tuk palestin.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah.. bersama sama doakan kesejahteraan umat islam di seluruh dunia.. dengar dengar sekarang krisis di sri lanka pulak..

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah...smoga ALLAH melindungi rakyat Palestin..Amin..

    BalasPadam
  14. Berkat doa umat Islam d seluruh dunia n saling brtolak ansur antara satu sama lain..umat Islam perlulah berfikiran terbuka dalam apa jua keadaan skaly pun..wasalam

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA