Khamis, 24 Disember 2015

Kita Sibuk, Dia Laaagi Sibuk

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Beberapa hari ni ibu bertungkus lumus menyiapkan projek gubahan hantaran. Projek kali ini ialah tujuh dulang hantaran pertunangan. Gubahan hantaran kali ini istimewa sikit tau. Mengapa istimewa? Yang itu ibu akan ceritakan kemudian ok..

Baru nak mulakan kerja, datanglah tukang sibuk. Sebelum ini memang dah ada kaki sibuk tapi tidaklah sehebat yang ini. Kita ke kebun seciput di belakang rumah, diapun ikut. Malah macam dialah tuan kebun. Baru je buka pintu dia dulu meluru keluar. Kita duk belek² pokok sayur, dia pun cuit² juga. Silap² haribulan, kita sibuk membelek² pokok sayur, dia pun sibuk mengais² tanah. Habis anak² benih yang baru bercambah. Kena sergah, barulah lari menciput.

Meh la tengok macam mana sibuknya dia menolong ibu.

 
 Dia datang, dengan lenggang lenggoknya..

 Dah mula sibuk kuis sana, kuis sini.

Apa yang kita pegang, diapun nak pegang juga.

 Yang ni tengok je.. kata orang² tua, dah reti bahasa. hihi..

Ini baru seekor. Kalau yang lain² tu jaga, lagi parah jadinya. Sudahnya, ibu simpan barang² ni dan buat kerja lain. Dia dah tidur nanti baru boleh sambung balik. Gitulah gayanya.. masa muda² dulu sibuk melayan karenah anak². Dah tua ni layan aje lah anak² bulus ni.

Jumpa lagi.
Salam sayang.

 



Rabu, 23 Disember 2015

Kalendar Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2016

Beberapa hari sahaja lagi tahun 2015 akan berakhir. Sudah tentu, masing² sedang sibuk membuat persiapan untuk tahun 2016. Dikongsikan di sini Kalendar Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2016  untuk kita sama-sama merancang aktiviti percutian dan lain² lagi pada tahun depan. Almaklumlah sahaja, sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia untuk melancong dan mengadakan kenduri kendara pada masa cuti sekolah.

Kalendar Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2016
Sumber: SINI


Senarai Cuti Umum dan Cuti Negeri 2016
TARIKH
HARI
CUTI PERAYAAN
NEGERI
01 Januari
Jumaat
Tahun Baru 2016
Seluruh negara kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
14 Januari
Khamis
Keputeraan YDB N. Sembilan
Negeri Sembilan
17 Januari
Ahad
Keputeraan Sultan Kedah
Kedah
24 Januari
Ahad
Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
01 Februari
Isnin
Hari Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
08 Februari
Isnin
Tahun Baru Cina
Seluruh negara
09 Februari
Selasa
Tahun Baru Cina (Hari Kedua)
Seluruh negara kecuali Kelantan dan Terengganu
04 Mac
Jumaat
Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
Terengganu
23 Mac
Rabu
Keputeraan Sultan Johor
Johor
25 Mac
Jumaat
Good Friday
Sabah dan Sarawak
15 Apr
Jumaat
Hari Melaka Bandaraya Bersejarah
Melaka
26 Apr
Selasa
Keputeraan Sultan Terengganu
Terengganu
01 Mei
Ahad
Hari Pekerja
Seluruh negara
05 Mei
Khamis
Israk dan Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis
07 Mei
Sabtu
Hari Hol Pahang
Pahang
17 Mei
Selasa
Keputeraan Raja Perlis
Perlis
21 Mei
Sabtu
Hari Wesak
Seluruh negara
30 & 31 Mei
Isnin & Selasa
Hari Kaamatan (Pesta Menuai)
Sabah dan Labuan
01 & 02 Jun
Rabu & Khamis
Perayaan Hari Gawai Dayak
Sarawak
04 Jun
Sabtu
Keputeraan YDP Agong
Seluruh negara
06 Jun
Isnin
Awal Ramadan
Johor, Kedah, Melaka
22 Jun
Rabu
Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
06 & 07 Julai
Rabu & Khamis
Hari Raya Puasa/ Aidilfitri
Seluruh negara
07 Julai
Khamis
Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia
Pulau Pinang
09 Julai
Sabtu
Harijadi YDP Pulau Pinang
Pulau Pinang
31 Ogos
Rabu
Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan
Seluruh negara
10 Sept
Sabtu
Harijadi YDP Sarawak
Sarawak
12 Sept
Isnin
Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha
Seluruh negara
13 Sept
Selasa
Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha (Hari kedua)
Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu
16 Sept
Jumaat
Hari Malaysia
Seluruh negara
01 Oktober
Sabtu
Harijadi YDP Sabah
Sabah
2 Oktober
Ahad
Awal Muharram (Maal Hijrah)
Seluruh negara
14 Oktober
Jumaat
Harijadi YDP Melaka
Melaka
24 Oktober
Isnin
Keputeraan Sultan Pahang
Pahang
29 Oktober
Sabtu
Hari Deepavali
Seluruh negara kecuali Sarawak
06 Nov
Ahad
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Johor
11 & 12 Nov
Jumaat & Sabtu
Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan
27 Nov
Ahad
Keputeraan Sultan Perak
Perak
11 Disember
Ahad
Keputeraan Sultan Selangor
Selangor
12 Disember
Isnin
Maulidur Rasul
Seluruh negara
25 Disember
Ahad
Hari Krismas
Seluruh negara

Untuk muat turun fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2016, sila layari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Senarai Cuti Panjang Tahun 2016
CUTI/PERAYAAN
TARIKH
HARI
Tahun Baru 
1, 2 dan 3 Januari
Jumaat, Sabtu dan Ahad
Tahun Baru Cina 
6, 7, 8 dan 9 Februari
Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa
Hari Pekerja 
30 Mei, 1 dan 2 Jun
Sabtu, Ahad dan Isnin
Hari Raya Puasa 
6, 7, 8, 9 dan 10 Julai
Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad
Hari Raya Haji 
10, 11 dan 12 September
Sabtu, Ahad dan Isnin
Hari Malaysia 
16, 17 dan 18 September
Jumaat, Sabtu dan Ahad
Awal Muharram 
1, 2 dan 3 Oktober
Sabtu, Ahad dan Isnin
Deepavali
29, 30 dan 31 Oktober
Sabtu, Ahad dan Isnin
Maulidur Rasul 
10, 11 dan 12 Disember
Sabtu, Ahad dan Isnin
Krismas
24, 25 dan 26 Disember
Sabtu, Ahad dan Isnin

Tarikh-tarikh cuti umum dan cuti negeri yang dikongsikan disini mungkin akan ada perubahan. Sebarang perubahan akan dikemas kini kelak.




Selasa, 22 Disember 2015

Hantaran Kasih Fara ❤ Syed

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Rasanya dah lama benar ibu tak buat gubahan hantaran. Seingat ibu, kali terakhir dua tahun lepas. Ketika itu, ibu buatkan gubahan hantaran untuk sepupu ibu, Helmi. Tapi sayang, tak dapat ibu kongsikan di sini kerana semua gambar dalam kamera dah terpadam.

Bila ibu godek² balik entri hantaran, rupa-rupanya entri terakhir yang ibu postkan di sini ialah Hantaran Kasih Sharina ❤ Azman. Macam ada yang tak kena je.. Selepas hantaran untuk adik bongsu ibu tu, sebenarnya, ibu ada buatkan hantaran kahwin untuk kakaknya pula. Macam mana entri tu tak ada?

Godek punya godek, akhirnya jumpa juga. Rupa-rupanya gambar² hantaran tersimpan rapi dalam draf. Tuan blog tak publish sebab entri tergantung, tak sempat mengarang. Agaknya sibuk sangat masa tu. hihi.. Sayang pulak kalau sesuatu yang sepatutnya menjadi kenangan terus disimpan. Jadi hari ini dengan rasminya ibu postkan gambar² hantaran tersebut untuk kenangan di kemudian hari.











Sabtu, 19 Disember 2015

Si Puteh Kesayangan Kami


Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Hari ni ibu nak nak sorot kembali sejarah kehadiran anak² bulus di teratak kami. Dah lama anak² memujuk ibu untuk memelihara kucing namun ibu tak setuju. Bukan tak suka kucing tapi banyak perkara yang perlu diambil kira kerana bukan mudah nak pelihara kucing ni.

Teratak kami hanyalah sebuah rumah teres, tak ada kawasan bertanah. Yang ada hanyalah tanah dalam pasu. Sudah tentu banyak masalah terutama bab nak 'membuang'. Namun, anak² ibu terus memujuk dan masing² beri jaminan untuk memastikan segalanya berjalan dengan baik. Akhirnya, ibu setuju setelah Faiq meminta hadiah anak kucing untuk kecemerlangannya dalam peperiksaan ketika itu. 

Januari 2014, Along bawa balik Puteh dari rumah sewanya di Kuala Terengganu. Ketika itu usianya baru 3 bulan. Kata Along bimbang nak tinggalkan Puteh sebab semua penghuni rumah sewanya akan pulang bercuti di kampung. Ibunya pulak selalu menghilangkan diri membiarkan si anak sendiri. 

Gembiranya anak² ibu menerima kehadiran Puteh umpama menyambut kehadiran seorang bayi dalam keluarga. Yang mengejutkan, encik ayah pun bukan main lagi melayan Si Puteh ni, mengalahkan layanan kepada anak² sendiri. Kalau boleh makanpun nak bersuap


Montelnya Puteh masa ni. 
Tak sampai hati nak pisahkan dengan ibunya tapi terpaksa demi keselamatan. 

 
Comel, lincah dan manja

Ketika inilah, langsir pintu jadi tempat dia berlatih memanjat. Hajat ibu nak tukar langsir terpaksa dilupakan.

 Merajuk sebab tak dapat keluar rumah.

Masa ini suka sangat dia duduk kat bumbung rumah. Banyak kali jugalah dia tak boleh turun sendiri. Terpaksalah encik ayah jadi penyelamat.

Muka serius sepanjang masa

Dengki bila tengok ibu buat kerja

 Dah puas kacau ibu buat kerja, bakul buku ibu jadi mangsa.

 
Belum siap ibu balut kotak ni, dia dah lepak kat dalam dengan muka selamba.

 Masa kita basuh atau sidai baju dia pun sibuk juga nak masuk dalam bakul.

Berehat selepas balik dari jalan²

Sejak kecil, Puteh tak suka terkurung di dalam rumah. Kami biarkan dia bebas di luar rumah. Kebiasaannya, dia tidur di bawah kereta. Pukul tiga atau empat pagi barulah dengar dia mengiau nak masuk ke rumah.

Ini gambar terbaru yang ibu snap petang tadi.

Kehadiran kucing lain di rumah ini menyebabkan Puteh jarang lekat di rumah. Sensitif betul dia. 

Si Puteh Kesayangan Kami

Sekian untuk hari ini.
Jumpa lagi.




COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA