Assalamualaikum
dan selamat petang.
Berkebun sudah
tentu pekerjaan yang menyenangkan. Daripada melihat halaman rumah kosong,
alangkah indahnya ditumbuhi pepohonan. Mengurus aneka tanaman hiasan,
sayur-sayuran, buah-buahan atau tumbuhan herba bukan saja dapat memanfaatkan
waktu senggang malah kebun itu sendiri boleh menjadi lokasi sesuai untuk terapi
minda setelah penat seharian di tempat kerja. Selain itu, suasana tempat
tinggal pun tampak lebih segar.
Tapi kan.. bagi
yang duduk di rumah teres macam ibu ni manalah ada tanah sangat nak bercucuk
tanam. Tanah sekangkang anak kera itulah nak disumbat segalanya. Bagi mereka
yang dah buat penambahan, terpaksalah bertanam di dalam pasu. Itupun
jika masih ada ruang berbaki.
Di barisan
rumah ibu ni, kebanyakan rumah dah pun disambung dapur mereka sampai ke
longkang. Tinggal beberapa buah saja yang masih kekal seperti asal, termasuklah
rumah ibu. Namun, ruang seciput di belakang rumah ibu ni tak bertanah. Semuanya
telah disimen oleh pemaju kerana kawasan ini agak berbukit. Namun tidak
bertanah tidak menjadi halangan untuk ibu merealisasikan hobi yang satu
ini.
Selain bercucuk
tanam dalam pasu dan kotak polisterin, ibu juga menggunakan kaedah penanaman
hidroponik. Adalah 2 buah takung hidroponik. Itu je yang boleh mengisi kebun
seciput di belakang rumah ni. Alhamdulillah, hasilnya dah beberapa kali dituai
untuk juadah kami sekeluarga.
Hasil semaian biji benih
Hasil regrow
Setelah tuaian kali ketiga, pokok kangkung mulai berbunga. Ini petanda pokok kangkung dah tua dan tidak enak lagi untuk dimakan. Ibu simpan sepokok untuk mendapatkan biji benih. Lepas ni boleh tanam semula dengan biji benih.
P/s: Sisa batang kangkung jangan dibuang kerana ia juga boleh ditanam semula. Hasil boleh dituai dalam masa 2-3 minggu. Jimat masa, jimat belanja.
P/s: Sisa batang kangkung jangan dibuang kerana ia juga boleh ditanam semula. Hasil boleh dituai dalam masa 2-3 minggu. Jimat masa, jimat belanja.
subur-suburnya ibu... Allah Ya Muhyi menghidupkan... rajin ibu tanam sendiri....
BalasPadam