Sabtu, 7 September 2013

Review Blog 2.0


Segmen pertama yang ibu sertai setelah menyepi sekian lama. Teringin nak tahu apakah komen Sheila tentang blog ibu ini nanti. Terima kasih Sheila atas undangan,

Ps: Klik banner untuk turut serta.


Jumaat, 6 September 2013

Gangguan Syaitan Ketika Solat


Rasulullah SAW bersabda: "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap, maka tahanlah sebisa mungkin". (HR Thabrani).
 
Abu Hurairah r.a berka
ta, "Rasulullah SAW bersabda: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya kamu tidak ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat dia solat". (HR Bukhari)

Abu Hurairah r.a berkata, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Jika salah seorang dari kamu solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai dia tidak tahu berapa rakaat yang dia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kamu mengalami hal itu, hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi)." (HR Bukhari dan Muslim)


Sumber:
halaqah.net
FB


Isnin, 12 Ogos 2013

Meredah Kepekatan Malam

Tika orang lain sedang lena diulit mimpi, kami sekeluarga masih meredah kepekatan malam menuju destinasi; baiti jannati. Namun, kami tidak sendirian. Puluhan kenderaan turut menemani kami di jalanan.

Moga perjalanan yang masih berbaki hanya beberapa kilometer ini terus dipermudahkan dan kami sekeluarga tiba dengan selamat. Aamiin..


Ahad, 11 Ogos 2013

4 Syawal di Jalan Raya


Assalamualaikum wbt.. Hari ini dah 4 hari kita di bulan Syawal. Tentu masing-masing masih sibuk beraya. Bagi ibu sekeluarga, aktiviti beraya seperti makan-makan dan jalan-jalan terhenti seketika pada Syawal ke-4 ini.

Hari ini Angah dan Ude pulang ke kolej masing-masing. Boleh dikatakan sepanjang hari kami berada di atas jalan raya. Pagi tadi selepas membeli-belah keperluan Angah dan Ude, kami terus bergerak ke Kuala Pilah. Terpaksa hantar Ude dulu kerana Ude perlu sampai sebelum jam 7.00 petang. Sebenarnya, boleh aje sampai lebih lewat tapi kenalah menapak dari luar kerana kenderaan dah tak boleh masuk.

Pukul 4.00 petang kami bertolak ke Dungun dan tiba pukul 10.00 malam. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan biarpun kenderaan bertali arus.

Ikutkan ibu, mahu aje bermalam di Dungun tapi ayah keberatan. Jadi, selepas makan, lebih kurang pukul 11.00 malam kami bertolak pulang.

Sekarang kami masih dalam perjalanan. Doakan moga kami selamat tiba.




Jumaat, 9 Ogos 2013

Raya Sakan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah sudah dua hari kita di bulan kemenangan ini. Tentu masing-masing sibuk menziarahi saudara mara dan sahabat handai sambil bermaaf-maafan.
 
Rasanya tidak kurang juga yang beraya di depan televisyen. Maklum sajalah, ketika raya ini  stesyen-stesyen televisyen bagai berperang untuk memikat penonton dengan pelbagai rancangan menarik.
 
Bagi ibu sekeluarga  yang menyambut Aidilfitri kali ini di kampung suami, walau apapun rancangan yang disiarkan memang tak akan berjaya menarik perhatian kami.
 
Suasana raya di sini memang cukup meriah. Selepas solat sunat, aktiviti kunjung-mengunjung pun bermula. Beraya sakanlah kiranya. Jadi, memang tiada  peluang untuk mengadap televisyen.
 
Macam mana pulak dengan sambutan raya di tempat teman-teman. Adakah semeriah sbutan di sini?

Ps: Kali pertama update blog dengan handphone. Kami dalam perjalanan pulang ni. Doakan keselamatan kami ye..


Rabu, 7 Ogos 2013

Salam Aidilfitri


Salam Syawal 1434H buat semua rakan dan pengunjung Ibu Berbicara
Dari kejauhan ibu menyusun sepuluh jari
memohon maaf andai ada tersilap kata, terlanjur bicara.
Moga kalian bergembira di Aidilfitri yang mulia.

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Ikhlas,


Bersua Kembali

Alhamdulillah, dapat juga ibu berbicara di sini setelah sekian lama menyepi. Maaf ibu pohon buat pengunjung blog kecil ibu ini juga buat teman-teman yang sapaan mereka belum berbalas. 

Sebenarnya, ibu agak sibuk pada Ramadan kali ini. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi UPSR bakal menjengah. Namun demikian, anak didik belum juga bersedia. Ini dapat dilihat dari keputusan ujian Jun lalu yang amat "luar biasa".

Hasil perbincangan dengan pihak pentadbir dan rakan-rakan guru, maka satu program yang "luar biasa" juga terpaksa dilaksanakan. Program ini menuntut pengorbanan masa dan tenaga oleh para guru.

Maaf ye, bukanlah sengaja bercerita tentang kesibukan ibu, cuma ingin memaklumkan  inilah antara  faktor mengapa blog ini sepi tanpa bicara.

Ps: Moga tak sepi lagi selepas ini. 




Isnin, 15 Julai 2013

Hargailah Permata yang Ada


Sering kali kita jadi buta.
Tidak nampak permata di depan mata.
Yang dikejar hanyalah kilauan kaca.
Hanya setelah permata itu ditemui oleh orang yang pandai menghargainya, barulah kita sedar bahawa kita telah kehilangan sesuatu yang berharga.
Kaca yang dikejar akhirnya membuat jari terluka.
Saat itu baru kita sedar bahawa kita sudah terlambat untuk menghargai apa yang telah Allah s.w.t anugerahkan buat kita dulu.


Sabtu, 13 Julai 2013

Pesanan Buat Suami

Sambil mencari-cari maklumat sebentar tadi, ibu terjumpa sebuah artikel yang cukup menarik. Ibu kongsikan di sini untuk renungan bersama. Moga bermanfaat ...

Seringkali apabila cinta beralih arah, isteri dipersalahkan:
  • Isteri tidak pandai pikat suami
  • Isteri kurang menghias diri
  • Isteri tidak berdandan rapi
  • Isteri sibuk dengan kerja sendiri

Wahai Suami, tanyalah diri sendiri...
  • Apakah suami sudah cukup memberi?
  • Apakah suami sudah cukup memerhati?
  • Apa pula sumbangan suami kepada isteri dan rumahtangga sendiri?
  • Apakah masa dan wang ringgit diperhati?

"Kaum Lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita"

Wahai Suami...
  • Pimpinlah isterimu dengan tulus dan ikhlas.
  • Didiklah isterimu dengan kasih dan sayang.
  • Jangan hanya memandang kerja pejabatmu dari jam 8-5 petang, tetapi perhatikan isterimu yang kerja tidak tahu mana pagi dan mana petang. 
  • Bezakan kekuatan tubuhmu dan isterimu dalam menjalankan tugas harian.
  • Gunakan kebijaksanaan dengan 9 akal yang ALLAH telah kurniakan dibandingkan dengan wanita hanya satu akal.
  • Sedangkan mesin pun rosak, inikan pula tubuh halus seorang wanita.
  • Sediakan wang untuk ubat-ubatan yang diperlukan.
  • Jangan hanya cari silap dan salah isteri.
  • Berilah perhatian, berilah masa, berilah ruang, berilah peluang.
  • Wanita kalau sudah bernikah, itulah syurga yang perlu dijaga..

Sumber: SINI


Jumaat, 12 Julai 2013

7 Kisah Menarik

Tujuh kisah berikut amat menarik untuk dikongsikan bersama. Renungan buat kita pada petang Jumaat yang indah ini. 
  1. Suatu hari,  ketika semua penduduk kampung berkumpul untuk berdoa memohon hujan, hanya ada seorang  budak lelaki yang membawa payung …Itulah IMAN
  2. Ketika kamu melemparkan seorang bayi ke udara, dia tertawa kerana dia tahu kamu akan menangkapnya ...Itulah KEPERCAYAAN 
  3. Semalam kita tidur, kita tidak yakin bahawa kita masih hidup keesokan harinya, tetapi kita masih mempunyai rencana untuk esok …Itulah HARAPAN 
  4. Ketika hanya tinggal dua potong kuih di meja, kamu hanya mengambil potongan yang lebih kecil dan membiarkan ayah/ibu/suami/isteri/anak kamu mengambil potongan yang lebih besar ...Itulah CINTA  
  5. Ketika sehelai selimut sedang dicuci dan hanya ada sehelai selimut lain, kamu membiarkan ayah/ibu/suami/isteri/anak kamu memakai selimut itu ...Itulah PENGORBANAN 
  6. Ketika ayah/ibu/suami/isteri/anak tidak boleh tidur, kamu berada di sampingnya, berbincang pengalaman hari ini, cerita-cerita lucu, tertawa bersama, mengucap syukur, dan berdoa ...Itulah KEBERSAMAAN 
  7. Ketika stok telur hanya tinggal sebiji, kamu berdua ingin makan bersama. Lalu kamu membuat omelet dengan telur itu ditambah tepung, sayur, dan bahan-bahan yang secukupnya …Itulah KREATIVITI
Sumber: e-mel


Khamis, 11 Julai 2013

Sambal Hitam Bekalan ke Kuala Pilah

Kali ini kami menyambut Ramadhan tanpa Angah dan Ude. Tahun ini adalah tahun kedua Angah berpuasa di rantau orang tapi kali pertama buat Ude. Alhamdulillah, Along dah cuti semester, dapatlah berpuasa dengan kami kali ini

Dua minggu lepas Ude hubungi ibu dan maklumkan yang dia ingin balik sebelum menyambut puasa. Jumaat minggu lepas kami ke Kuala Pilah untuk mengambil Ude. Sekadar balik hujung minggu, jadi hanya dua malam Ude di rumah. 

Sebagai bekalan balik ke kolej, ibu masakkan sambal hitam. Rakan-rakan sebilik Ude amat gemar dengan sambal hitam ni. Bagi yang belum tahu, sambal hitam adalah masakan tradisional orang Jerantut, Pahang. Pernah ibu ceritakan di SINI


Jom tengok bahan-bahannya..
Bilis

Belimbing rebus

Cili api

Bawang besar

 Inilah sambal hitam yang dibawa Ude ke Kuala Pilah.

Resipi Sambal Hitam

Bahan-bahan: 
  • ½ cawan belimbing rebus (ditumbuk lumat)
  • ½ cawan cili padi (ditumbuk lumat)
  • 2 cawan ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • 6 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar (ditumbuk lumat) 
  • ½ cawan minyak masak



Cara memasak:


  1. Panaskan minyak masak.  Masukkan semua bahan tadi dan gaul rata.
  2. Goreng dengan api kecil sehingga berbau harum dan ikan bilis agak garing. 

Selain sambal hitam kegemaran rakan-rakan Ude, ibu juga buatkan sambal cili api bilis+tempe  kesukaan Ude.


Rabu, 10 Julai 2013

Pengiktirafan Kejayaan oleh Yayasan Pahang

Sijil Pengiktirafan Kejayaan 2012 daripada Yayasan Pahang

Balik dari sekolah petang tadi, seorang jiran yang juga merupakan guru di sekolah menengah tempat anak-anak ibu belajar datang ke rumah dan menyerahkan sijil dan sampul surat.

Sijil dan wang tunai ini merupakan penghargaan daripada Yayasan Pahang atas kejayaan Ude dalam SPM tahun lepas. Seingat ibu, semasa Along dulu, satu majlis khas diadakan oleh Yayasan Pahang. Namun, majlis yang sama tidak diadakan pada tahun ini. Mungkin ada kekangan yang tidak dapat dielakkan. Lagipun, jika majlis diadakan sekarang, sudah tentu para pelajar yang terlibat tidak dapat hadir kerana masing-masing telah pun meninggalkan kampung halaman untuk menyambung pelajaran.

Apa-apapun, syukur Alhamdulillah atas penghargaan dan pengiktirafan ini. Moga ia menjadi pemangkin untuk Ude terus melakar kejayaan pada masa depan.


Marhaban Ya Ramadhan..







Assalamualaikum wbt. 

Ramadhan Kareem menjengah lagi. Alhamdulillah syukur. Moga kita dipanjangkan usia, diberi nikmat masa dan kesihatan untuk meningkatkan ibadah sepanjang bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini. 

Pada kesempatan ini ibu ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan sepanjang perkenalan. Sama-samalah kita memanfaatkan bulan barokah ini dan mengambil setiap peluang yang ada untuk memperbaiki amalan kita.

P/s: Sama-samalah kita menghayati erti Ramadan yang sebenarnya.


Terima Kasih Ummiross


Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Nampaknya dari sehari ke sehari koleksi Fridge Magnet ibu makin bertambah. Sebenarnya, tak pernah terlintas untuk mengumpul fm. Namun, semuanya bermula dengan cenderahati daripada kaum keluarga dan teman-teman.

Penghujung Jun lepas ibu terima kiriman fm lagi. Fm kali ini daripada teman tersayang, UmmirossTerima kasih yang tidak terhingga atas ingatan Ummi ni. Ummi baru sahaja pulang daripada bercuti ke tujuh buah negara Eropah. Amat teruja baca catatan perjalanan Ummi di sana. Jika ada yang hendak berkongsi pengalaman, bolehlah ke blog Ummi; Salam Borneo. Selain itu, boleh juga menjamu mata dan membeli-belah batik Sarawak.  


Ini pula cenderahati dari Melaka semasa menyertai lawatan sekolah ke sana minggu lepas.


Selasa, 9 Julai 2013

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak 2013



Isnin, 8 Julai 2013

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
Kerinchi | MyKeledek | Fanpage
Alycia | Fanpage
Aida Hanafiah
Amir Rofie | Google+
Chekgu Skolah | Fanpage
Anastasyea | Google+
Sha Dhira | Fanpage
Rafina Mimi | Fanpage
Paly | Fanpage
Dayang Deno | Fanpage
Cikgu Kaca Mata | Fanpage
Ieta | Fanpage
Deq'Nyss | Google+
Keyme Keymo | Google+
Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
1 x Glutaking bernilai RM 150
1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
1 x Teddy Bear bernilai RM 100
2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
1 x Wang Tunai RM 50
1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
3 x Doodle bernilai RM 10
2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
9 x Topup bernilai RM 10
4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...


Tarikh dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan 2013

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa adalah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah. Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab. 

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

  • Pontian Kecil, Johor; 
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;
  • Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
  • Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;

Lokasi lain ialah:

  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;
  • Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
  • Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
  • Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
  • Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;
  • Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan; Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;
  • Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
  • Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;
  • Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
  • Menara Kuala Lumpur;
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Sumber:  SINI


Ahad, 7 Julai 2013

Giveaway Ramadhan by JiwarOsak


Giveaway Ramadhan by JiwarOsak

JOM Sertai Giveaway Ramadhan yang dianjurkan oleh Jiwarosak.Com dan disponser oleh

AbgferOz | Emma Eshya | Cik Amabee | Puteri Insyirah | Atie Eryati | JR EvolusiKu | Miszz Nadea | Nor Syazwani | Amirul Syahnaz | Ieta Mat Sa’ad | Nadz Fisol | Nurmujahidah Ismail | Kak Noor Noorlia | Delima Zamrud | Nurul Syarafina | Edo Hayra | Schu Hada | Anastasia Ann | Khairul Zamri | MahaMahu | MahaGosip | Diari sedetik lebih Farisha | Ainul Asyirah Asyiqeen | Sempoi Jerk | Masni Abdul Kadir | Ahmad Siddiq Adnan

hanya 3 STEP dan anda mungkin memenangi hadiah yang menarik..
Terdapat pelbagai jenis hadiah dan cash yang boleh dimenangi.. untuk maklumat lanjut layari blog penganjur di AbgferOz


Sabtu, 6 Julai 2013

Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2013


MajlisTilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-55 yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur dari 29 Jun yang lalu telahpun berakhir sebentar tadi. Berikut adalah senarai pemenang Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-55: 

Qari
Johan: Dasrizal Bin Marah Nainin (Indonesia) - 93.26% 
Naib Johan: Mohammad Mashmoul (Iran) - 92.35%
Ketiga - Anuar Bin Hasin (Malaysia) - 89.55%

Qariah
Johan: Hajar Boussaq (Morocco) - 91.27% 
Naib Johan: Hanimzah Binti Jalaluddin (Malaysia) - 88.08%
Ketiga: Natipa Binti Manasiya (Thailand) - 87.67%

Hadiah
  • Johan: Wang tunai RM40 000, Jongkong emas bernilai RM70 000, cenderamata dan sijil penyertaan.
  • Naib Johan: Wang tunai RM25 000, cenderahati dan sijil penyertaan.
  • Ketiga: Wang tunai RM20 000, cenderamata dan sijil penyertaan.


Rabu, 3 Julai 2013

Cabaran dan Dugaan

Tahun ini ibu mengajar subjek Dunia Seni Visual Tahun 3. Sebenarnya, subjek DSV ini adalah subjek yang amat menarik di mana kita dapat melihat dan menilai kreativiti murid-murid. Walau bagaimanapun, subjek ini juga sering menguji kesabaran para guru. 

Masalah yang sering timbul adalah kesukaran murid-murid membawa peralatan dan bahan yang telah dipesan oleh guru.  Misalnya, minggu lepas daripada 25 orang murid dalam kelas, hanya beberapa orang sahaja yang membawa peralatan dan bahan yang ibu pesan. Yang selebihnya datang ke bilik seni dengan berlenggang kangkung.

Akhirnya, lain yang dirancang, lain pulak jadinya. Terpaksalah cikgu mencari alternatif lain. 
  Aktiviti mencorak dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di bilik seni.

Boneka daripada span yang dibuat pada minggu sebelumnya. Hanya sebanyak ini yang berjaya dihasilkan kerana hanya seramai ini jugalah murid yang membawa bahan-bahan yang telah dipesan.

Ps: Beruntungnya anak-anak yang ibu bapa mengambil berat tentang pelajaran mereka.


Selasa, 2 Julai 2013

Trafik Ibu Berbicara - Jun 2013

Syukur, Alhamdulillah kerana masih ramai yang sudi berkunjung ke blog ini biarpun bilangan entri semakin berkurangan. Ini membuktikan terdapat entri-entri lama yang menjadi tarikan kepada para pengunjung. 

Setelah semakan dibuat di Google Analytics, didapati ada peningkatan yang ketara dalam jumlah kunjungan berbanding bulan-bulan sebelumnya. Jika Trafik Bulan Mei adalah sebanyak 30,832, bilangan kunjungan pada bulan Jun pula telah meningkat kepada 58,718.   



Pecahan trafik adalah seperti berikut:

Search Traffic: 46,288 kunjungan

Direct Traffic: 10,436 kunjungan

Refferal Traffic: 1,994 kunjungan

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke sini. Kehadiran kalian amatlah dihargai.

Ps: Laporan trafik bulanan kali kelima. 


Moga Cemerlang di Negeri Sembilan

Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Pahang 2013 telah berlangsung di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec), Jerantut pada 19 hingga 21 Jun yang lalu. Pada konvensyen kali ini sekolah ibu mewakili daerah Jerantut dalam tujuh daripada lapan acara yang dipertandingkan iaitu tokoh Dr. Muda, inovasi, sketsa, bercerita bahasa Melayu, bercerita bahasa Inggeris, buku informasi dan pameran

Alhamdulillah, SK Temin telah memperoleh kejayaan cemerlang dengan menjadi johan dalam acara pameran dan buku informasi, naib johan dalam pertandingan bercerita bahasa Melayu, bercerita bahasa Inggeris dan sketsa, serta tempat ketiga dalam kategori inovasi. Agak mengecewakan kerana kami gagal dalam kategori tokoh Dr. Muda.

Alhamdulillah, akhirnya penat lelah ibu membantu rakan-rakan melatih tiga orang anak didik dalam kategori buku informasi akhirnya membuahkan hasil. 

Tiga orang Dr. Muda yang bertanding dalam kategori buku informasi iaitu (dari kanan) Alia Syazwina, Nurul Izzati dan Alia Zainina (belakang). Yang di sebelah kiri adalah calon tokoh Dr. Muda iaitu Farah Asyikin.

Buku Informasi  yang dipertandingkan di peringkat daerah dan negeri. Untuk peringkat kebangsaan, sedikit penambahbaikan telah dilakukan.

Booth pameran Dr. Muda SK Temin. Tiga orang Dr. Muda terlibat dalam pameran ini.

Hari ini, seramai enam orang Dr. Muda dari sekolah ibu telahpun berada di Negeri Sembilan untuk meneruskan perjuangan di peringkat kebangsaan. Moga mereka dapat melalui cabaran di peringkat kebangsaan dengan jayanya di samping menimba pengetahuan dan pengalaman.


Isnin, 1 Julai 2013

Khasiat Tauge

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Tidak ramai yang menggemari sayur tauge. Selalunya tauge dilihat sebagai hidangan yang tidak menyelerakan, lebih-lebih lagi oleh kanak-kanak. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk hidangan ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Antara khasit tauge ialah:

Meningkatkan Kesuburan
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Cegah Kanser
Tauge mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan punca kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Baik Untuk Wanita
Tauge juga mempunyai estrogen semula jadi yang dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu menghindar mereka daripada kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pramenopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Kurangkan Lemak
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge, secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Lebih Muda
Tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Oleh itu, tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Buang Kotoran
Tauge juga membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

Sumber: SINI


Sulaman Manik Lagi

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Pagi ini ingin ibu  kongsikan satu lagi sulaman manik hasil tangan ibu. Sebenarnya, dah agak lama ibu siapkan sulaman manik ini cuma kurang rajin nak ambil gambar. 

Untuk sulaman manik pada baju ini, ibu hanya menggunakan gabungan dua warna sahaja iaitu putih dan ungu, sesuai dengan warna kain. 

 Bahagian lengan baju.

Bahagian kaki baju.

 Sulaman manik yang amat simple.

Ps: Kalau nak tengok hasil tangan ibu yang lain, bolehlah ke sini.


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA