Tahun ini ibu mengajar subjek Dunia Seni Visual Tahun 3. Sebenarnya, subjek DSV ini adalah subjek yang amat menarik di mana kita dapat melihat dan menilai kreativiti murid-murid. Walau bagaimanapun, subjek ini juga sering menguji kesabaran para guru.
Masalah yang sering timbul adalah kesukaran murid-murid membawa peralatan dan bahan yang telah dipesan oleh guru. Misalnya, minggu lepas daripada 25 orang murid dalam kelas, hanya beberapa orang sahaja yang membawa peralatan dan bahan yang ibu pesan. Yang selebihnya datang ke bilik seni dengan berlenggang kangkung.
Akhirnya, lain yang dirancang, lain pulak jadinya. Terpaksalah cikgu mencari alternatif lain.
Aktiviti mencorak dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di bilik seni.
Boneka daripada span yang dibuat pada minggu sebelumnya. Hanya sebanyak ini yang berjaya dihasilkan kerana hanya seramai ini jugalah murid yang membawa bahan-bahan yang telah dipesan.
Ps: Beruntungnya anak-anak yang ibu bapa mengambil berat tentang pelajaran mereka.
Assalamualaikum ibu, biasalah. sheila dulu pun lebih kurang je. hehe. harapnya ibu dan cikgu yang lain bersabar banyak ye :)
BalasPadamDulu lain, sekarang lain Sheila.. Sekarang murid dinilai sepanjang masa, tidak hanya dalam peperiksaan macam dulu-dulu. Jadi, kalau selalu sangat "terlupa", "tertinggal" dan macam-macam "ter" lagi, dah tentu tak boleh jadi pelajar cemerlang..
PadamBila tgk boneka span tu..teringat zaman sekolah dulu...ckgu seni yg ajar buat benda tu....
BalasPadamKat sekolah saya pun mcm tu jugak kak....selalu dgr rungutan guru2 yg ajar seni...
Aktiviti macam ni sebenarnya dapat menajamkan daya imaginasi murid2 di samping memupuk kreativiti mereka tapi sayang ramai ibu bapa yang tak menyedarinya. Ada ibu bapa menyifatkan membawa peralatan bagi kegiatan dsv ni sebagai "membazir"..
Padam2lh masalah yg dihadapi..skrg ni yah sbgai pengerusi panitia pss/dsv order semua pralatan utk pss utk menampung murid2 yg slalu lupa...memang geram bila nk mengajar mrk lupa nk bwk...
BalasPadamPeralatan dan bahan-bahan asas seperti warna, berus, gunting, gam, kertas lukisan dan kertas warna memang disediakan di bilik seni. Bahan-bahan lain tu menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakannya. Yang buat cikgu naik darah tu dari awal tahun hingga akhir tahun, murid yang sama je lupa bawa bahan. Kemudian, peel "TERlupa" tu berjangkit pulak kepada murid-murid lain..
Padamibu bapa tak ambik berat ke ibu bapa pun tak tau ni..kadang anak tak inform..kesian sama cikgu.hehe
BalasPadamSepatutnya ibu bapa kena ambil tahu, PK.. Subjek ni sekali seminggu je. Apa salahnya apabila tengok jadual anak-anak, tanya mereka apakah bahan yang dipesan oleh cikgu..
PadamKadang2 ibu bapa buat tak endah benda2 macam ni yang susah guru nak jalankan kerja.
BalasPadamUntuk mereka aktiviti ini tiada arah tapi sebenarnya dalam erti psikologi ia merangsang minda kanak2 tersebut ...
Betul tu Hanif. Ibu bapa sering menganggap subjek pendidikan seni sebagai subjek yang tidak penting. Hal ini sangat berbeza berbanding ibu bapa dari kaum Cina. Mereka sanggup menghantar anak-anak ke kelas tuisyen bagi subjek ini..
Padamhaha budak2 ni biasa lah...mmg mencabar tu....
BalasPadamAs Salam Ibu.
BalasPadamAda sesetengah tu, ibu bapa yang tak ambil berat bila anak minta sesuatu. Ada juga yg anak lupa nk cakp kt parents. Perkara biasa yang perlu diubah sebenarnya.
comel budak2 tuh buat.
BalasPadamSal kadang2 ibu bapa tak faham... maksud saya bila anak-anak ni minta dgn ibu bapa barang-barang yg cikgu suruh bawa mereka mungkin marah... dan banyak soal jawabnya... ini berdasarkan pengalaman saya sendiri... betul... dulu masa anak-anak saya berada di sekolah rendah kalau mereka kata besok cikgu suruh bawak kotak ubat gigilah.. itulah.. inilah.. saya mula berleter..."pergi sekolah belajar bukan buat benda2 merepek ni!"
BalasPadamHi Nor, this coming to you from across the sea, Canada. Bahasa saya da out of tune but boleh faham 37%...and yes, knowledge once gained is never lost. Good for you to learn.
BalasPadamAlways good to learn something, whatever.
And, the mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires.
You have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
wahhhh... comel dan kreatif... bestnya tengok..
BalasPadammak sy pun ajar seni utk tahun 2...mmg byk cabaran betul sbb kdg² alatan yg suruh bw tak bawa..lepas tu parent slhkan cikgu sbb tak bgtau...pdhl dh bgtau lm dh..
BalasPadamEiqaa suka gilee dengan seni dulu.. :D
BalasPadamEiqa doakan semoga ibu sabar, tabah dalam memberi ilmu ini.