Sabtu, 13 Julai 2013

Pesanan Buat Suami

Sambil mencari-cari maklumat sebentar tadi, ibu terjumpa sebuah artikel yang cukup menarik. Ibu kongsikan di sini untuk renungan bersama. Moga bermanfaat ...

Seringkali apabila cinta beralih arah, isteri dipersalahkan:
  • Isteri tidak pandai pikat suami
  • Isteri kurang menghias diri
  • Isteri tidak berdandan rapi
  • Isteri sibuk dengan kerja sendiri

Wahai Suami, tanyalah diri sendiri...
  • Apakah suami sudah cukup memberi?
  • Apakah suami sudah cukup memerhati?
  • Apa pula sumbangan suami kepada isteri dan rumahtangga sendiri?
  • Apakah masa dan wang ringgit diperhati?

"Kaum Lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita"

Wahai Suami...
  • Pimpinlah isterimu dengan tulus dan ikhlas.
  • Didiklah isterimu dengan kasih dan sayang.
  • Jangan hanya memandang kerja pejabatmu dari jam 8-5 petang, tetapi perhatikan isterimu yang kerja tidak tahu mana pagi dan mana petang. 
  • Bezakan kekuatan tubuhmu dan isterimu dalam menjalankan tugas harian.
  • Gunakan kebijaksanaan dengan 9 akal yang ALLAH telah kurniakan dibandingkan dengan wanita hanya satu akal.
  • Sedangkan mesin pun rosak, inikan pula tubuh halus seorang wanita.
  • Sediakan wang untuk ubat-ubatan yang diperlukan.
  • Jangan hanya cari silap dan salah isteri.
  • Berilah perhatian, berilah masa, berilah ruang, berilah peluang.
  • Wanita kalau sudah bernikah, itulah syurga yang perlu dijaga..

Sumber: SINI


12 ulasan:

  1. As Salam Ibu,

    Saya setuju sangat dengan entri ni. Perlu ada give and take dalam sesuatu perhubungan kan ibu

    BalasPadam
  2. ini semua sebab ego kan kak..
    bagus artikel ni..
    salam ramadhan kak salmi :)

    BalasPadam
  3. good info..

    dalam rumahtangga perlu ada sifat tolak ansur..
    InsyaAllah bahagia,

    yang paling penting,
    kita tahu kedudukan kita sebagai isteri dan
    begitu sebaliknya...

    salam ramadhan kak...
    berbuka apa hari ni....

    BalasPadam
  4. Perkongsian yg menarik...
    pentingnya tolak ansur dan ikhlas dalm hubungan..suami2 patut baca ntri ni...

    BalasPadam
  5. saling bertolak ansur antara satu sama lain..itulah kunci kebahagiaan...

    BalasPadam
  6. thanks ibu... apa yg penting komunikasi dua hala perlu ada..kalau ada yg x puas hati cakap je...berlaku jujur biarpun pahit..

    BalasPadam
  7. Memahami peranan masing masing dan communication itu anatara kunci bahagia rumahtangga..dan hug selalu!!

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama14 Julai, 2013

    suka ngan entry..kadang2 suami terlupa apa yg patut dihargai...^^

    BalasPadam
  9. Nice sharing... Dan isteri juga perlu lah muhasabh diri jika rasa sebgitu juga kan... :-)

    BalasPadam
  10. Perkongsian yang menarik ...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA