Tidak ramai yang menggemari sayur tauge. Selalunya tauge dilihat sebagai hidangan yang tidak menyelerakan, lebih-lebih lagi oleh kanak-kanak. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk hidangan ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Antara khasit tauge ialah:
Meningkatkan Kesuburan
Tauge dikatakan
mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge
oleh kaum lelaki mampu meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan
telur yang dihasilkan.
Cegah Kanser
Tauge mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan punca kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Baik Untuk Wanita
Tauge juga mempunyai estrogen semula jadi yang dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu menghindar mereka daripada kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pramenopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Kurangkan Lemak
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge, secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Lebih Muda
Tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Oleh itu, tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Buang Kotoran
Tauge juga membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

Sumber: SINI
good sharing ibu..:)
BalasPadamAssalamualaikum ibu, baru sheila tahu rupanya ada banyak khasiat. tapi sheila kurang gemar makan taugeh. hehehe
BalasPadamWah...byk juga ya khasiat taugeh nie ibu,saya baru tau.. Tq share ya :D
BalasPadamGood info kak... hari ni pun lunch sayur tauge
BalasPadamgood sharing.. tapi anis tak suke tauge! huhuhu
BalasPadameiqaaaa sukee gilee taugehh.! :D
BalasPadamlagi2x taugeh yg kasar tu.. ehehe
Lama tak jenguk blog ibu niee..
Semoga ibu dalam keadaan sihat..
banyak rupanya khasiat taugeh....yah suka makan buat ulam ttp sskali je mkn sbb risau bila dengar kes taugeh disiram dgn air kencing........hu3X....
BalasPadamSalam Mie..
BalasPadamUmmi suka kalau tauge ni goreng simple2 je, bubuh kicap sikit, pergh!!. Tapi kalau tauge dalam mee atau laksa, ummi tak suka pula.
saya suka taugeh... lagi suka bila tahu khasiatnya. terima kasih. kasi campur kucai taruk kicap malam ni...
BalasPadamSalam,
BalasPadamSaya diyana Rahman.
Sila lah visit & comment ya my page:-
http://exclusivediyana.blogspot.com/
Regards;
-Diyana Rahman-
Terima kasih kongsi info mengenai khasiat tauge ni. Pertama kali mengetahuinya.
BalasPadamMaklong suka tauge ni kalau goreng mee, mee hon atau kuew teow. Tak sah kalau tak ada tauge.
yeay..saya suka taugeh! very good info..baru tau besarnya khasiat taugeh berbanding rupanya yang kecil lagi putih mulus tuh...
BalasPadamsape kata taugeh tak sedap?sy suka..aiman pun suka..en suami lglah..klu buat semangkuk beliau sorg je..byk khasiatnya kan..tak sgka!
BalasPadamanak mama tak suka makan tauge ni ibu, dia tanam tauge dia suka la. apa pun, terima kasih di atas info. terbaikk!
BalasPadamlagi satu taugeh leh banyakkan susu badan... :)
BalasPadam