Sijil Pengiktirafan Kejayaan 2012 daripada Yayasan Pahang
Balik dari
sekolah petang tadi, seorang jiran yang juga merupakan guru di sekolah
menengah tempat anak-anak ibu belajar datang ke rumah dan menyerahkan
sijil dan sampul surat.
Sijil dan wang tunai ini merupakan penghargaan daripada Yayasan Pahang atas kejayaan Ude dalam SPM tahun lepas. Seingat ibu, semasa Along dulu, satu majlis khas diadakan oleh Yayasan Pahang. Namun, majlis yang sama tidak diadakan pada tahun ini. Mungkin ada kekangan yang tidak dapat dielakkan. Lagipun, jika majlis diadakan sekarang, sudah tentu para pelajar yang terlibat tidak dapat hadir kerana masing-masing telah pun meninggalkan kampung halaman untuk menyambung pelajaran.
Apa-apapun, syukur Alhamdulillah atas penghargaan dan pengiktirafan ini. Moga ia menjadi pemangkin untuk Ude terus melakar kejayaan pada masa depan.
tahniah buat ude..:)
BalasPadamTerima kasih Nor
PadamAssalamualaikum ibu, taniah buat ude :)
BalasPadamTerima kasih Sheila.
Padamtahniah ude, k.mie n suami....semoga ude terus cemerlang....
BalasPadamTerima kasih Yah..
Padamtahniah buat anak ibu dan sekeluarga =)
BalasPadamTerima kasih In..
Padamsalam.... datang jenguk ni
BalasPadamWalaikumussalam PM. Terima kasih atas kunjungan.
PadamTahniah buat ude
BalasPadamTerima kasih Hanif.
PadamJom join !
BalasPadamhttp://anisakmal.blogspot.com/2013/07/mini-giveaway-by-diyanahani.html