Ahad, 4 November 2012

Kesabaranku Diuji @ Permohonan Online ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, dapat juga ibu bersiaran setelah beberapa hari menyepikan diri. Terima kasih buat rakan-rakan yang masih sudi mengunjungi blog ibu ni dan meninggalkan komen walaupun tiada entry baru. Yang adapun sekadar entry ringkas ibu menyertai pelbagai segmen.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, minggu-minggu akhir persekolahan adalah waktu yang paling sibuk buat kami yang bergelar guru. Banyak tugasan yang perlu dilunaskan sebelum cuti lebih-lebih lagi bagi guru-guru tahun enam macam ibu ni. *malu sebenarnya asyik bagi alasan yang sama je..

Kali ni ibu nak berbicara tentang karenah ibu bapa dan murid-murid yang hampir-hampir buat ibu hilang sabar. Cerita kali ni berkait dengan permohonan online SBP dan sekolah kawalan. Permohonan dibuka sejak 15 September dan ditutup pada 31 Oktober 2012. Lebih kurang sebulan setengah permohonan ni dibuka. Pihak sekolah telahpun memanggil ibu bapa menghadiri taklimat pengisian borang online ni. Namun, hanya beberapa kerat ibu bapa yang hadir. 

Sebulan berlalu, masih tidak ramai yang memohon. Pada firasat ibu, mungkin mereka tak berminat. Walau bagaimanapun, beberapa hari sebelum tarikh tutup ibu mula dihujani panggilan telefon daripada ibu bapa. Ada yang bertanya cara untuk memohon. Ada juga yang minta angka giliran anak masing-masing. Semua tu mula buat ibu sesak nafas. Dipanggil menghadiri taklimat tak nak datang. Si anak pula, angka giliran sendiripun tak boleh ingat padahal ibu dahpun minta mereka catatkan. Manalah ibu nak ingat angka giliran semua 35 orang murid ibu tu.
Guru Besar telah membuat pengesahan secara online pada hari Rabu, 31 Oktober 2012. Ingatkan dah selesai semuanya. Namun demikian, keesokannya ketika bercuti menemani Angah mendapatkan rawatan di Kuantan Medical Centre, ibu terima panggilan yang bertanyakan tentang permohonan salah seorang murid ibu. Katanya, pihak PPD menelefon sekolah memaklumkan permohonan murid ibu ni tidak disahkan. Rupa-rupanya, murid tersebut membuat permohonan di saat-saat akhir. Nama ibu juga disebut-sebut. Sabar je lah..
  
Ini cerita tentang karenah ibu bapa dan murid-murid. Belum lagi karenah aplikasi yang amat menguji kesabaran. Bukan satu, bukan dua, bukan tiga. Ada beberapa aplikasi online yang perlu diisi oleh guru-guru yang ada kalanya melibatkan data yang sama diisi berulang kali.  

p/s: sekadar meluahkan rasa.. 


6 ulasan:

  1. Faham..apa boleh buat. Sabarla.. kitakan SYMP.

    BalasPadam
  2. itulah masalah yg kita hadapi kak mie..sk yah lagi dasyat, semua cikgu yg isikan permohonan tu..ibu bapa slamber jer......huhuhu......

    BalasPadam
  3. Ummi pun faham sangat Mi, begitulah nasib guru.

    BalasPadam
  4. Parents yg jenis x kisahkah hal anak. Saya yg bukan cikgu ni pun hangin juga membacanya. Nak anak berjaya, tp tak kuasa bersusah payah dan berusaha. Pastu, kalau dah dapat nanti, tolak pulak, x paham lah. Kan ke tu menyekat peluang org lain yg betul2 ingin ke asrama.

    BalasPadam
  5. as salam

    kesian kat akak..besar pengorbanan guru..saya harap saya tak lupa doakan kesejahteraan untuk guru-guru saya dulu..take care kak

    BalasPadam
  6. Ya ke....baru saya tahu...Almaklumlah anak belum masuk sekolah lagi huhuhu...nampaknya saya kena perihatin...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA