Jumaat, 19 Syawal 1435H, sekolah ibu mengadakan majlis raya. Murid² cukup seronok sebab dah banyak tahun sekolah tak mengadakan majlis raya. Paling menyeronokkan apabila mereka dibenarkan memakai baju raya.
Beberapa tahun lepas sekolah pernah mengadakan majlis raya tetapi murid² beraya dengan uniform sekolah. Mengapa dan kenapa.. jangan ditanya sebab ibu tak ada jawapannya.
Berhimpun untuk mendengar ceramah agama. Ceramah diadakan hingga pukul 9.30. Kemudian, murid² beraya di kelas masing². Selepas menjamu selera di kelas, Mereka mula menziarahi rakan² di kelas lain. Suasana cukup meriah.
Posing dulu sebelum makan.
Inilah putera puteri kelas ibu seramai 35 orang; 25 perempuan dan 10 lelaki. Terselit putera bongsu berbaju oren.
Tiga jejaka tampan ni antara tetamu terawal datang beraya di kelas ibu. Ketika ini tinggal ibu je yang melayan mereka. 35 orang tuan rumah lesap beraya entah ke mana.
Banyak makanan yang dibawa dari rumah. Selain biskut dan kerepek ada yang bawa mi goreng, nasi impit, makaroni goreng dan puding. Ibu sendiri bangun awal pagi memasak spiral goreng dengan gigihnya. Tapi sayang, lagi sekali terlupa nak snap gambar.
Kek yang dibawa oleh seorang murid.
Pukul 11.30 pagi, kami mula mengemas dan membersihkan kelas. Tak perlu bersusah payah bawa balik makanan yang lebih sebab semuanya habis dimakan. Alhamdulillah.
teringat kembali sewaktu zaman2 sekolah dulu...
BalasPadambestnya majlis hari raya..:)
BalasPadamPalajar akan seronok dan bergambira bila dapat pakai baju raya macam ini. Teringat masa sekolah rendah dulu-dulu.
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamselamat hari raya...
dah pakai bj raya baru mood raya datang..kan
ehe
kenangan ni terimbau pulak masa mama dulu sekolah, pakai baju raya, bawak kuih raya...
BalasPadam