Selasa, 12 Ogos 2014

Jangan Berhenti Memberi Kebaikan

Assalamualaikum. Salam Syawal 1435H.

Jika diberi peluang, yang mana jadi pilihan? Naik pangkat atau rezeki yang berkat? APC atau anak-anak yang 'menjadi'? Rasanya tak sukar untuk kita membuat pilihan. Namun, betulkah pilihan kita dalam realiti kehidupan?

Ramai yang kecewa kerana keikhlasan dan kegigihan bekerja tidak dihargai majikan. Sebaliknya, orang yang bermuka², kaki ampu dan kaki bodek sering diberi pengiktirafan.

Soalnya, penghargaan daripada siapakah yang lebih kita inginkan? Penghargaan manusia yang pemberiannya terbatas atau penghargaan Allah yang Maha Memberi?

Sebenarnya, tanpa sedar kita telahpun diberi ganjaran atas keikhlasan dan kegigihan kita bekerja. Bukankah anak² yang cemerlang dan berjaya dalam hidup merupakan ganjaran yang tidak ternilai harganya? Adakah pasangan yang setia dan membahagiakan itu pemberian yang sia²?


Sesungguhnya Allah maha Mengetahui. Dia memberikan ganjaran yang lebih baik, yang lebih kita sukai dan yang lebih kita perlukan. Begitulah takdir Allah, terlalu misteri dan tidak terjangkau dek pemikiran kita. 

Ingatlah bahawa tidak ada kebaikan yang diperoleh melalui jalan yang salah. Mungkin ada yang hidup senang lenang hasil ampu dan bodek namun hakikatnya, bahagiakah mereka? Mampukah mereka memperoleh ketenangan hati? 

Justeru, teruslah bekerja dengan gigih kerana sesungguhnya, Allah maha melihat.
















3 ulasan:

  1. Betul tu akak. Kena terus bagi kebaikan. Insyallah Allah SWT akan balas kebaikan yang kita buat dengan ikhlas.

    BalasPadam
  2. Salam..setuju sangat semoga apa yang kita buat adalah Dia..

    BalasPadam
  3. Salam..setuju dan sukaa sangat baca entri ni...Alla yang lebih tahu segalanya..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA