Sabtu, 26 Julai 2014

Ucapan Aidilfitri


Berikut adalah antara ucapan sempena Aidilfitri 

yang bakal disambut esok.
Pilihlah ucapan untuk dikirimkan kepada
saudara mara serta handai taulan.

Ada tikanya..
MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf mentafsir, dan..
HATI tersilap menduga.
Mohon maaf atas segalanya
Salam Aidil Fitri
Maaf zahir dan batin.

Tangan dihulur maaf dipinta,

Salah dan silap harap dilupa,
Erat silaturahim sesama kita,
Ceria dan gembira di hari mulia.
SALAM AIDILFITRI
Maaf Zahir dan Batin.

Kata Imam Al-Ghazali:

Yang jauh itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,
Yang panjang itu AMAL SOLEH,
Yang indah itu SALING MEMAAFKAN.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Satu Syawal menjelang tiba,

Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,

Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Tangan dihulur pohon kemaafan.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi,

Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal di hati.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Andai jemari tak sempat berjabat,

Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Kuhulurkan salam menyambut Aidilfitri.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan.

Jika hati seputih awan, jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Ramadhan kini beransur pergi,

Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Mohon dimaafkan kekhilafan diri,
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Jambangan indah lagi Berseri,

Menjadi hiasan di Aidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa di hati.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat pulut di atas para,

Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dikirim pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN.

Kian berlabuh tirai Ramadhan,

Lambaian Syawal kini mengganti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Moga kesalahan akan dimaafi.
SALAM AIDILFITRI.

Maaf dipinta andainya..

Terkasar bahasa
Tersilap bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya yang tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpinjam harta benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila-bila.
SALAM AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Pelita indah lagi berseri,

Menjadi hiasan di Aidilfitri,
SMS dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Biar hati sejernih air,

Jangan pula dipenuhi lumpur,
Kalau salah saya belum berakhir,
Harap diampun dengan rasa syukur.

Jika budi dipenuhi ikhlas,

Janganlah ia disulam tuba, 
Jika salah masih berbekas,
Harap diampun di hari raya.

Biar amarah disunting senyum,

Ibarat pekerti disulam kasih,
Harap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki yang tidak disisih.
SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.
MOHON AMPUN dan MAAF ATAS SEGALANYA
SALAM AIDILFITRI




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA