Khamis, 24 Julai 2014

Ayam Goreng Bersos Lemon

Assalamualaikum, diharap semuanya sihat walafiat.  
Hari ni ibu nak bercerita pasal masak². 
Maaf ye sebab tepek gambar makanan di bulan puasa ni. 
Tiada niat lainpun, sekadar coretan kenangan buat ibu sekeluarga.  

Hampir sebulan berpuasa barulah berkesempatan bercerita pasal masak².
Walaupun setiap hari ibu memasak untuk juadah berbuka namun tak berkesempatan untuk berkongsi cerita di sini.  

Dah jadi kebiasaan bagi ibu, balik dari sekolah terus kemas² rumah. 
Lepas tu rehat sekejap. Pukul 6 baru sempat ke dapur. 
Masakpun yang mudah² je. Elok siap masak, 
azan Maghrib dah berkumandang. 
Tak sempatlah nak bergambar bagai.  

Ayam Goreng Bersos Lemon inipun bukanlah juadah berbuka kami.
Ude yang masakkan beberapa hari sebelum Ramadhan.


Ayam Goreng Bersos Lemon
Gambar yang kurang menjadi dek pencahayaan yang romantik di mahligai ini.

Resipi Ayam Goreng Bersos Lemon

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Tepung jagung
  • 1 biji telur ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan sos:

  • 2 biji lemon - ambil jus
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1/2 cawan air
  • Gula secukup rasa

Cara Memasak: 
  1. Isi ayam digaul bersama telur serta garam dan gula. Perap seketika.
  2. Gaul isi ayam dengan tepung jagung lalu digoreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 
  3. Untuk sos, panaskan air bersama jus lemon dan gula secukupnya. 
  4. Pekatkan sos dengan tepung jagung yang telah dibancuh air. 
  5. Curahkan ke atas daging ayam tadi atau boleh dihidangkan berasingan.
 Selamat mencuba..





5 ulasan:

  1. Wahhh... Sedapnya, boleh try berbuka ptg nanti ni

    BalasPadam
  2. Sedapnya. Ayam goreng bersos ini memang membuka selera.

    BalasPadam
  3. Sedapnya.. Blh cuba nti ni...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA