Selasa, 3 April 2012

Bertemu dan Berpisah Lumrah Kehidupan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Jumaat, 30 Mac 2012, sekolah ibu mengadakan majlis khas  meraikan pertukaran GPK HEM, Ustaz Khosenulhan Abd. Rahman yang naik pangkat ke JPNP sebagai Penolong Pengarah.

Ibu kenal Ustaz Senu sejak ibu bertukar ke sekolah ini pada 2008. Ketika itu, ibu kerap berurusan dengan beliau kerana ibu dilantik menjadi penolong penyelaras Program Perintis Usahawan yang mana beliau adalah penyelarasnya.

Setahun kemudian, beliau bertukar ke sekolah lain kerana naik pangkat sebagai GPK. Bak kata pepatah, seperti belut pulang ke lumpur, pertengahan tahun lepas, beliau kembali ke sekolah ini sebagai GPK HEM.

Ibu dan rakan-rakan memang senang bertugas dengan beliau kerana sikapnya yang peramah dan suka bergurau. Selain itu, Ustaz Senu sangat komited dengan tugasnya. Beliaulah yang sering berada di sekolah hingga lewat malam menyiapkan tugas-tugasnya terutama ketika sekolah akan dinilai oleh pemantau untuk sesuatu pertandingan atau anugerah.

 
Pada majlis ini, wakil setiap Tahun menyampaikan cenderamata buat Ustaz.

 
Cenderamata daripada kakitangan sokongan

 
Cendermata dan amanat terakhir daripada boss..
Moga Ustaz terus cemerlang di tempat baru.  


Ps: Kagum dengan semangat Ustaz Senu yang gigih menyambung pelajaran ke peringkat sarjana walau perkhidmatan hanya berbaki beberapa tahun saja lagi


10 ulasan:

  1. banyak ustaz dapat hadiah :) biasa waktu mcm inilah yang cikgu2 akan dapat hadiah dari anak murid, kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya tak banyak sangat, ummu auni. Hanya 6 hadiah drp murid (setiap tahun 1 hadiah). Bila dah kumpul ikut tahun, hadiahnya besar2..

      Padam
  2. banyaknya dapat hadiah ustaz... teringat kat Qayyum dia cukup sibuk kalau waktu hari guru (masa sekolah rendah) dia akan keep on bising bila nak beli untuk muallim dan muallimah, dan mama siap le bukan sorang bukan 2 tapi semua muallim dan muallimah akan dapat hadiah setiap hari guru....itulah Qayyum...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama macam anak2 akak, mamaQS.. Beberapa hari sebelum hari guru dah sibuk beli hadiah utk cikgu2 mereka. Sebagai ibu, akak gembira sebab pemberian hadiah ni adalah antara cara mereka menunjukkan penghargaan terhadap jasa2 guru.

      Padam
  3. ustaz masih segak walaupun dh berumur..hehe

    BalasPadam
  4. seronoknya dpt hadiah....hehe


    ***semoga sentiasa sukses wp dimana berada..

    BalasPadam
  5. Pertama sekali nak ucap tahniah pd Ustz Senu. Walau pn xmengenali beliau ttp dari raut wajah memang nampak beliau seorg yg amat cool. Kita akan enjoy jika dpt brtugas dibawah org2 yg punya sikap toleransi...semangat makin brkobar2 bila diberi motivasi......

    Semoga Ustz Senu lebih cemerlang di tempat baru.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Yah. Seronok bekerja dgn org macam ustaz senu. Tak tau macam mana rupa kalau dia marah.. Senyum 24 jam..

      Padam
  6. Salam kenal... Tahniah pada Ustaz coss naik pangat... harap Ustaz akan terus berbakti untuk anak bangsa walaupun dah masuk ke JPNP

    BalasPadam
  7. semoga ustaz senu terus berkhidmat dgn cemerlang di tempat baru... mesti jadi kesayangan anak2 murid juga ustaz ni ye kak mie...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA