Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Bertemu lagi dalam edisi pml (pinggan mangkuk lama). Agak lama juga ibu tak buat entry pasal hobi yang satu ni. Beberapa hari lepas ibu terima satu bungkusan dari seberang tambak.
Ada apa dalam bungkusan?
v
v
v
Ini dia... Teko cinonet Bunga kangkung
Perbandingan saiz dengan teko kicap, cawan dan teko aladin. Memang comel kan?
Corak bunga kangkung ni merupakan koleksi wajib bagi penggemar pml (pinggan mangkuk lama). Sebenarnya, awal2 dulu ibu tak berminat pun dengan corak bunga kangkung ni. Minat ibu baru je bercambah apabila melihat koleksi rakan2. Nampak gayanya, lepas ni melenggang-lengganglah si kangkung masuk ke lemari ibu.
Terima kasih Shieda Hazz..
As salam Ibu,
BalasPadamPinggan bunga kangkung ni byk dekat umah mak saya... Guna hari2... Baguskan klau dpt kumpul mcm ni... Sronok pulak sy tgk... Nnt nak suruh emak simpankan untuk sy lah...hikhikhik... BuAt koleksi, nice :)
wow....bertambahlah koleksi k.mie..yah pun mcm mula terjatuh hati tengok koleksi2 k.mie nie......cantik!!!!
BalasPadamBertuah Marya sebab dh ada.. Akak ni kumpul sikit2.. Dah lah harganya mahal, kena berebut pulak nak dapatkannya..
BalasPadamdulu masa kecik2 pingan bunga kankung nielah sy dok guna utk makan.skang dh hilang kemana.sejak aruah mak meninggal dh tak nmpk bayang dah..:)
BalasPadamCinonet tapi comel.. :D
BalasPadamHi Norsalmi, I love your teko cinonet bunga kangkung.
BalasPadamBut never seen, nor heard the word 'cinonet' before.
Sorry ya, I comment in English, bahasa saya sebelum Merdeka.
Looks very classy and elegant.
You have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.