Sabtu, 17 Mac 2012

Cara Mudah Bakar Kalori

Jom amalkan..

Ramai antara kita yang bersusah payah mengawal pemakanan untuk kekal langsing. Ada juga yang sanggup berhabisan menjalani program diet untuk menurunkan berat badan. Sebaliknya, ada pula yang tak menghiraukan soal berdiet, malah tak perlu bersusah payah menjaga pemakanan untuk mendapat bentuk tubuh idaman. Lebih dicemburui apabila mengetahui mereka tak rajin pun bersenam. 

Rahsianya terletak pada jumlah kalori mereka yang terbakar setiap hari. Bagaimana caranya? 

1.       Minum air sejuk 
Minum air sejuk lapan gelas sehari akan membakar lebih banyak kalori berbanding air suam atau air dengan suhu biasa. Air mampu meningkatkan proses metabolism. Semakin banyak air diminum, semakin kurang potensi lemak berkumpul di dalam tubuh. 

2.      Berjalan cepat, kemudian berjalan lambat
Di samping melakukan kerja-kerja rumah, manfaatkan tangga di dalam rumah. Turun-naik tangga membuatkan tubuh menggunakan lebih banyak otot. Lakukan dengan cepat selama 10 saat, dan perlahankan kembali langkah. Ulangi beberapa kali. 

3.      Makan makanan kaya protein 
Tubuh akan menggunakan lebih banyak kalori untuk mengubah protein menjadi karbohidrat. 

4.      Makan makanan pedas 
Makanan pedas membuatkan sel-sel lemak lebih responsive dan membantu penurunan berat badan. Makanan pedas juga membuatkan kita minum lebih banyak air. Minum kopi tanpa gula, susu ataupun krim juga dapat membantu membakar kalori sehingga 10 peratus. 

5.      Olagraga 
Jenis latihan yang banyak menggerakkan lengan dan kaki sangat efektif untuk membakar kalori dengan banyak. 

6.      Kunyah gula-gula getah 
Aktiviti ini dapat membakar 11 kalori per jam. Walau bagaimanapun, kunyahlah gula-gula getah yang tidak mengandungi pemanis buatan 

Sumber: Mingguan Wanita 

Ibu tertarik dengan nombor 1 dan 4. Tak sangka rupa-rupanya kesukaan ibu terhadap makanan pedas membantu membakar lemak dalam tubuh. Tapi, ibu selalu minum air suam dan seboleh-bolehnya mengelakkan minum air sejuk.. 

Macam mana pulak dengan rakan-rakan ibu?

 



10 ulasan:

  1. As salam ibu,

    Samalah, tertarik dgn no 1 & 4... Marya mmg kuat minum air kosong... Tp xpernah pulak tahu air sejuk, biasa air suam... Ada org ckp minum air sejuk @ ais boleh bekukan lemak... Tp xde pembuktian sains so, xbetul lah tu...hehehe... Sy org n9 mmg kuat mkn podeh... ;)

    BalasPadam
  2. no 1 tu agak confius..kt org2 tua xelok minum air sejuk dr peti ais.nnti bila dh brumo badan akn bisa2.....yah mmg suka minum air ttp air suam la.....dan yg pasti yah xsuka pedas...hu.hu.hu.....

    BalasPadam
  3. Selalu orang cakap minum air sejuk tu tak bagus... apapun saya memang suka minum air sejuk.

    BalasPadam
  4. Marya: Akak pun suka pedas.. Kalau takde masakan pedas, sanggup makan cili buat ulam..

    BalasPadam
  5. NzA: Akak pun confius jugak.. Arwah nenek selalu pesan, jangan amalkan minum air sejuk..

    BalasPadam
  6. Norliha: Saya jarang minum air sejuk. Dah jadi kebiasaan minum air suam walaupun makan makanan pedas..

    BalasPadam
  7. sy mmg dah berapabulan tak minum air sejuk.tak sgka dpt bakar kalori dengan cepat ekk..selalu minum air masak biasa jer..

    sy tak tahan pedas tp hari2 makan ikan dengan byk berbanding nasik.hiks..

    BalasPadam
  8. saya mmng dah lama tak minum air sejuk (ais)....tapi tak suka makanan pedas.......

    BalasPadam
  9. PK: harap2 betullah kenyataan dlm artikel tu; air sejuk dpt bakar kalori dgn cepat.. Akak pun memang suka makan ikan.

    BalasPadam
  10. sama ngan kak nza... konfius jg pasal air sejuk tu. selam ni kalau minum lebih prefer air masak biasa atau suam aje.

    makan pedas plak izan ni kalau pedas sgt sampai melelehlah airmata... hehe

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA